NUKILAN BAE - MY PIECES HEART

Image
Assalamualikum semua Nukilan kali ini adalah antara koleksi poems saya. Sebenarnya saya jarang menghasilkan puisi dalam bahasa english sebabnya penguasaan bahasa untuk saya berpuisi lebih kepada bahasa ibunda. Sesekali cuba untuk menghasilkan kelainan dalam berpuisi. Jika ada kesalahan tatabahasa harap dimaafkan hehe Sumber : Google My Pieces Heart ‘We are Just Friend’ Has Slide, Like I Expected It Would, Everything Is Just In Place, And Hits Me On Time. A Friend Of Mine Once Said, 'Delay Aren't Denials', I Can See Clearly Now, As An Expiry Never Wait, Separation Never Late, Karmic Cycle Keeps Changing, No Matter How Hard You Trying. My Pieces Heart, Just A Literal Separation, After A Lesson Plays Their Part, Makes Us Stronger And Wiser, A Blended You And Me, That Tie Us Forever, In Our Own Beautiful Way. bae@14062019 Puisi ini mengenai sebuah kekecewaan yang menggambarkan hati yang berderai. Lafaz perpisahan yang sudah dijangkakan namun hati selalu menidakkan. Manusia ni s

REVIEW KITSUI BELLOS FIBER DAN KOREAN WHITIE +PLUS TOMATO

Assalamualaikum semua

Bila dah semakin meningkat usia, produk makanan tambahan menjadi satu keperluan bukan sahaja untuk kesihatan tapi kecantikan tubuh badan. Untuk kekal sihat, bukan sahaja perlukan tidur yang cukup, menjaga keseimbangan nutrien dari makanan juga sangat penting. Tapi seiring usia, kemampuan badan menyerap nutrien dari makanan secara semulajadi menjadi lemah. Pengambilan ubat-ubatan juga turut membuatkan nutrien yang diperlukan tidak dapat diserap dengan baik oleh badan. Oleh itu, makanan tambahan dapat memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan.

ADAKAH KITSUI BAHAYA?

Beberapa minggu lepas, saya mencuba produk makanan tambahan daripada Kitsui demi kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Maklumlah dah semakin berumur ni, nak turunkan berat badan pun dah semakin susah. Jadi, makanan tambahan adalah solusi terbaik untuk saya, agar kekal sihat dan cantik. Saya memilih produk makanan tambahan daripada Kitsui iaitu Kitsui Belloss Fiber dan Kitsui Korean Whitie +Plus Tomato.






Hanya produk yang berkualiti dijual di Watsons dan Guardian tau. Jadi, produk Kitsui adalah antara produk yang berkualiti yang di jual di kedua farmasi besar di Malaysia ini.


Tak perlu ragu, produk kesihatan Kitsui dijamin HALAL yang telah disahkan oleh Jakim tau. Semestinya selamat digunakan.


Kalau korang nak tau, Kitsui adalah produk jenama tempatan dan telah berada lebih 20 tahun di pasaran dan semua produk dibawah jenama Kitsui bukan saja lulus ujian makmal tetapi juga telah mendapat sijil HALAL dari kilang bertaraf GMP. Kitsui juga telah memenangi anugerah HWB tau, sebab tu, produk Kitsui dijual di Farmasi Watsons dan Guardian di seluruh Malaysia. Jadi, tak perlu ragu dengan produk Kitsui, ianya selamat digunakan. Korang boleh tengok sendiri sijil-sijil untuk produk Kitsui. Bukan mudah ye sesuatu produk nak dapatkan semua sijil ni. Memang terbaiklah Kitsui.


KEBAIKAN PRODUK KITSUI

√ Kualiti
Kesemua produk Kitsui terdiri daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk golongan lelaki dan wanita

√ Vitamin dan Mineral
Makanan tambahan Kitsui bukan ubat-ubatan. Ianya berfungsi untuk memberi nutrisi ke atas badan sesorang kerana bahan uatamanya terdiri dari makanan harian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

√ Jaminan
Jangan risau, semua produk keluaran kitsui adalah bebas dari bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan larangan yang boleh mengganggu hormon dan kesihatan badan.

√ Mudah
Produk Kitsui mudah untuk dibawa kemana-mana dan dikonsum dimana sahaja.
Kitsui Review Korean Whitie +Plus Tomato

Korean White Plus Tomato adalah makanan tambahan yang diperkaya dengan Vitamin A, dan zat besi yang mampu membantu mencerahkan kulit kusam dan kulit berminyak menjadi lebih segar dan bersih. Setelah penggunaan selama seminggu, parut nampak semakin memudar. Ini kerana bahan utama yang digunakan adalah tomato yang dipanggil raja anti oksidan dan dilabel sebagai superfood oleh Times Magazine. Selain itu camu-camu yang terdapat dalam Korean Whitie Plus Tomato ini juga mampu meningkatkan pembentukan kolagen sekaligus dapat menjadikan kulit lebih cerah hanya dalam tempoh 7 hari sahaja. Jangan risau, Korean White Plus Tomato bebas bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan yang boleh mengganggu hormon.

Kitsui Review Kitsui Bellos Fiber

Produk Kitsui juga memperkenalkan produk pengawalan berat badan iaitu Kitsui Bellos Fiber yang mana ia berfungsi untuk mengekalkan kecergasan badan dan membantu masalah pencernaan. Diperbuat daripada buah Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas dan Sena, formulasi bahan-bahan ini dapat membantu mengelakkan masalah perut buncit dan kegemukan disebabkan kandungan seratnya yang tinggi. Peningkatan usia akan membuatkan pencernaan badan semakin lemah dan akan memberi kesan kepada perubahan fizikal malah boleh mengurangkan keyakinan diri kerana timbulnya masalah-masalah lain seperti bau badan, bau mulut, cepat letih dan tahap metabolism menjadi rendah. Kitsui Bellos Fibre bukan sahaja berkesan, malah ia tidak mengandungi bahan pengawet, pigment, gula tambahan dan mengandungi bahan yang boleh mengganggu sistem hormon badan. Menggunakan campuran botani seperti Acacia Gum yang kaya dengan serat prebiotik yang dapat mengekalkan sistem usus serta melancarkan sistem penghadaman. Selain itu, bahan lain seperti buah epal yang mana mengandungi Catechin membantu meningkatkan kadar metabolism, dan Senna mengandungi Sennosides membantu merangsang pencernaan usus. Bahan lain seperti Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas pula merupakan buah-buahan yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan kaya dengan pelbagai vitamin yang mengekalkan tahap hidrasi dalam tubuh badan. Bellos Fiber ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami sembelit. Disebabkan pengambilan makanan yang kurang sihat, toksin yang terkumpul dalam badan membuatkan masalah sembelit saya lebih serius. Tapi, hanya dengan dua hari pengambilan, perut saya rasa lebih lega, dan pencernaan lebih lancar. Bellos Fiber terbukti berkesan untuk masalah sembelit kerana ia membuang toksin secara semulajadi. Maaf kalau terlalu jujur, kentut pun jadi sangat berbau sebab Bellos Fiber ni memang betul-betul buang toksin dalam badan kita. Kalau korang nak hilangkan perut buncit, elok ambil Kitsui Bellos Fiber selain amalkan senaman dan makanan yang sihat.

Cara penggunaan produk Kitsui

Campur 1 sachet Korean Whitie Plus Tomato kedalam 100ml air suam, goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas bancuhan. Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik. Saya sertakan video untuk korang lebih faham cara penggunaan produk kesihatan Kitsui.


Korang boleh tengok video kat bawah ni, penerangan yang lebih jelas perbezaan Kitsui sachet dengan produk lain. Pasti korang akan jatuh cinta dengan produk kesihatan Kitsui ni


Produk Kesihatan Kitsui Harga Mampu Milik

Dengan mengamalkan makanan tambahan Kitsui bukan saja dapat kekalkan kesihatan dan kecantikan korang, tapi juga dapat jimatkan duit korang. Produk kesihatan biasanya sedikit mahal lebih-lebih lagi produk yang ada kelulusan makmal dan sijil Halal. Tapi dengan Kitsui korang tak perlu risau, harganya sangat mampu milik. Ini antara sebab saya memilih Kitsui sebagai makanan tambahan dan produk kesihatan kegemaran saya sekarang. Harga mampu milik produk Kitsui hanyalah


KITSUI KOREAN WHITIE PLUS TOMATO
HARGA JUALAN >> RM38.80

KITSUI BELLOSS FIBRE
HARGA JUALAN >> RM38.80

Korang boleh dapat KITSUI KOREAN WHITIE PLUS TOMATO dan KITSUI BELLOSS FIBER di seluruh Farmasi Watson dan Guardian. Nak jimat lagi, korang boleh gunakan promo kod “KITSKULIT” untuk mendapatkan diskaun sebanyak 12% hanya di Shopee KITSUIMALL.

Untuk maklumat lanjut tentang Produk Kitsui korang boleh layari:

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

TIK TOK

#Kitsui #KitsuiMalaysia #watsonsmalaysia #guardianmy #tipskecantikankulit #kulitsehat

Comments

  1. Rasa tomato ke Bae? Sis kalau makan mentah tomato ookay laa, tapi kalau nk minum jenis dah siap air ni erkkk... but Sis orangnya makan sos tomato yaa, tak makan sos cili hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pun, rasa plain je. kalau bellos tu sedapp

      Delete
  2. Di usia seperti Rawlins nie memang kena banyak ambil supplemen dan bahan bantuan seperti ini agar kekal cergas dan muda remaja. Hehe

    ReplyDelete
  3. Boleh dicuba nih, dah meningkat umur nih memang rasa percernaan tak berapa ok, selalu sangat sembelit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. bellos fiber tu serius power. rasanpun sedap

      Delete
  4. Kitsui ni selalu juga tengok iklan. Nampak menarik dan suka ingredients dia natural. Nanti nak cuba lah. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Lama dah tau jenama ni tp belum pernah try. Rasa nk cuba yg white korean tu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kak bell consume korean whitie tu bertambah peloles

      Delete
  6. I never heard of this product. But it sounds good. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  7. selalu jugak nampak supplement jenama kitsui ni dekat watson dengan guardian tapi tak pernah try sebab tak suka air tomato haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. try kitsui korean whitie +plus tomato, tak rasa tomato pun, mesti farhana suka

      Delete
  8. Memang terbaik kitsui ni. Banyak produk dia.

    ReplyDelete
  9. Liez mmg minum bellos fiber sebelum pregnant last year. Mmg berkesan tambah,tambah bila liez sejenis ada masalah pembuangan since baby lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, saya pun fall in love dengan belloss fiber

      Delete
  10. review yang menarik.. produk ni baru saya nampak.. jarang masuk watson atau guardian.. yang penting halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan jarang masuk guardin watson, selalu sold out haha

      Delete
  11. Mmg guna produk Kitsui skrg ni. Plg suka dengan whitie sbb rasanya sedap

    ReplyDelete
  12. Lepas baca ni baru i confident nak try product ni, their dellos fiber macam ok juga.

    ReplyDelete
  13. Sekarang semua produk kesihatan dan penjagaan diri tak kira dari mana kena ada pengesahan KKM dan juga Halal baru yakin macam produk ni hehehehe bagus dan berkualiti ok lah ni....

    ReplyDelete
  14. Kalau nak consume produk luar ni, halal tu menjadi keutamaan. Nampaknya produk ni ada halal. Usia begini nak kena juga ambik suppliment untuk kekuatan badan. Nanti penyakit pun tak datang kat kita.

    ReplyDelete
  15. This looks like such a beneficial and good product. i've tried one of the supplement from this range, cant wait to try the rest!

    ReplyDelete
  16. I pernah cuba yg Belloss dgn yg lagi satu utk kulit, tp xingat nama. Belloss tu mmg nmpk cepat kesan dia. Yg utk kulit tu maybe nk kena guna long term baru nampak kesan kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bellos tu memang power satu sachet pun dah berkesan

      Delete
  17. Kitsui ni bukan ada skincare juga kan? Ke tak? Yang tau kitsui ni memang suplemen

    ReplyDelete
  18. rasa macam pernah dengar jugak pasal produk ni. sekarang ni untuk kekal sihat, makanan tambahan mmg kena ambil :)

    ReplyDelete
  19. Rasa berminat nak cuba tapi lepas habis pantang nanti la. Kena la kekalkan kesihatan dengan minum minuman macam ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kekalkan kesihatan dengan kitsui

      Delete
  20. Wahhhh menarik ni. okay lah dengan usia Nina yang sekarang ni memang patut ambil supplemen-supplemen ni. Yelah untuk tambahkan nutrisi dalam badan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kira umur kak, kita tetap kena kelakan kesihatan.

      Delete
  21. Okay lah ada segera gini. Tak yah pergi kedai beli tomato. Tomato pun simpan lama tak tahan. Lagi pun ada minuman-minuman macam ni senang and mudah sikit. Terus bancuh jee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang yang tak suka makan tomato boleh minum je kitsui ni

      Delete
  22. Memandangkan I need to detox, boleh la try Kitsui Bellos Fiber ni.. senang dan convenient dalam bentuk serbuk ni.. nak pergi grab kat Watsons bawah rumah jer la.. seem promising :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bellos fiber ni power tau. memang worth trying

      Delete
  23. I read many good reviews about Kitsui now sis nak try to check out the products mana tau boleh membantu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers