TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

APA PERLU BUAT SETELAH KEMASKINI APLIKASI MY SEJAHTERA UNTUK PENDAFTARAN VAKSIN COVID 19

Assalamualaikum semua

Harini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang lebih dikenali sebagai Abah Din menerima suntikan pertama Vaksin Covid 19 Pfizer-BioNTech menjadikan beliau rakyat pertama menerika suntikan itu. Kita sebagai rakyat Malaysia, sudahkah kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan mendaftar menerima vaksin?

Kredit gambar : Berita Harian

Untuk menerimna vaksin covid 19 korang perlu mengemaskini aplikasi my sejahtera di telefon pintar korang. Hanya dengan 10 langkah mudah, pengguna aplikasi my sejahtera boleh membuat permohonan vaksin covid 19. Saya sediakan 10 langkah mudah untuk pengguna Android.

LANGKAH 1
Langkah pertama buka aplikasi My Sejahtera korang kemudian tekan butang "CLOSE" dibahagian atas sebelah kanan. Kemudian satu tetingkap kemaskini "UPDATE" muncul pada screen. Tekan butang UPDATE.


LANGKAH 2
Setelah proses kemaskini "UPDATE" selesai. ulang langkah satu (1) kemudian ikon "Covid-19 Vaccination" akan muncul pada paparan screen anda. Tekan pada ikon "Covid-19 Vaccination".


LANGKAH 3
Tekan pada butiran nama anda yang di paparkan di skrin.


LANGKAH 4
Paparan berkaitan nama penuh, No.Kad Pengenalan dan Telefon korang dipaparkan seperti berikut. Pastikan maklumat berkenaan adalah betul sebelum menekan butang "Confirm". Jika terdapat sebarang pembetulan, tekan butang "Edit".


LANGKAH 5
Kemudian tekan butang "OK"


LANGKAH 6
Tahniah anda berjaya mengesahkan maklumat anda. Seterusnya tekan butang "Next"


LANGKAH 7
Tekan "CLICK HERE" untuk maklumat tambahan untuk pendaftaran.


LANGKAH 8
Jawab semua soalan yang dipaparkan dengan Jujur sehingga selesai.


LANGKAH 9
Pastikan lokasi tempat tinggal anda betul. Setelah selesai tekan butang "Submit"


LANGKAH 10
Tekan butang "OK" dan pendaftaran anda telah berjaya. Tahniah!


Selain daripada pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera,  korang juga boleh mendaftar secara dalam talian di www.vaksincovid.gov.my atau secara manual dengan menghubingi talian hotline yang akan dimaklumkan kemudian oleh KKM. 

APA PERLU BUAT SETELAH KEMASKINI APLIKASI MY SEJAHTERA

Setelah korang mengemaskini aplikasi my sejahteta, aktifkan notikifikasi agar korang dapat menerima sebarang info terkini berkaitan program vaksinasi yang akan bermula secara berperingkat. 

Jika korang terpilih, korang hanya perlu memberi pengesahan persetujuan untuk hadir sesi temu janji. 

Kemudian, korang perlu hadir ke pusat vaksinasi pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk menerima vaksin, imbas kod QR pusat vaksinasi sebagai pengesahan kehadiran.

Korang perlu sahkan profil aplikasi my sejahtera mengikut arahan petugas kesihatan dan vaksin akan disuntik, korang perlu imbas kod QR vaksin dan mengesahkan proses apabila diarahkan pihak petugas kesihatan.

Penerima vaksin perlu menghantar maklum balas berkaitan simptom yang dialami dalam aplikasi MySejahtera dan sijil vaksinasi covid 19 akan diberikan. Semakan berkaitan sijil boleh dibuat di menu profil aplikasi.

Kredit gambar : Mohd Azrul Mohd Razak

Comments

  1. penerangan yang sangat terperinci dan jelas. Harapnya lebih ramai yang berdaftar untuk vaksin ini. tak sabar dah nak balik kampung ni ;)

    ReplyDelete
  2. nice sharing...tak apply lagi vaksin ni. nak kena tengok masa yang sesuai nanti sebab busy dengan sek anak2 sekarang

    ReplyDelete
  3. dah buat dah semua steps, tinggal nak tunggu vaksin available je sekarang ni. Hopefully tak ada apa-apa masalah akan datang

    ReplyDelete
  4. Ha mudah je kan cara nak daftar vaksin. Kena amik berat tentang part vaksinasi ni untuk diri sendiri. Kena ingat #kitajagakita

    ReplyDelete
  5. Yep, I already registered for the vaccination via MySejahtera. Insya'Allah semoga dipermudahkan urusan. Thank you for sharing this information dear.

    ReplyDelete
  6. i pun dah register. now waiting for our turn pulak untuk terima vaccine. hopefully after this semuanya back to normal, can travel anywhere without worrying about this covid

    ReplyDelete
  7. Rawlins dah siap update my details. Moga dipermudahkan urusan kita semua dan semuanya selamat

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah register dekat MySejahtera. Bagus article ni tunjuk cara step by step. Mereka yg masih belum & tak reti buat boleh rujuk sini

    ReplyDelete
  9. Bagus info tentang ni... Saya tak daftar lg sbb mse mula2 kata org yg preggy, menyusu dan rancang hamil xleh amik tp baru2 ni kata boleh pula. Nnti slps jupe doc bru sy sahkan amik vaksin ke x.. Thnks share benda ni

    ReplyDelete
  10. Dah kena update sekali lagi Bae, sebab MySejahtera baru kemaskini, so kena daftar lagi baru pendaftaran kita ada noti pengesahan huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah dianya hahahaha update ajelah sis hehe

      Delete
  11. Marsha baru je buat. Alhamdulillah all going smooth. Kita tunggu je turn nanti. Moga dipermudahkan...Aaminn

    ReplyDelete
  12. Ada update terbaru dah kan... kena fill up sekali lagi kot then akan muncul the timeline version yang mentioned you have successfully registered. Tak sabarnya nak dapatkan vaksin dan getting back a normal lifestyle..

    ReplyDelete
  13. saya dah buat..jom ramai2 kita daftar untuk vaksin covid..mencegah lebih baik utk yang pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada lebih banyak awareness untuk vaksin

      Delete
  14. Saya dah register dah. Lepas ni nak register untuk mak pula. 🙂

    ReplyDelete
  15. dah register semalam. haish neves lah pulak fikir nak kena cucuk jarum. sebab dah lama kot tak serah diri pada nurse utk inject..huhu

    ReplyDelete
  16. Kak Bell juga dah daftar..so tunggu giliran ajelah. Kita tgk feedback selepas dos kedua diberikan. Hope vaksinnya ok utk kita semua.

    ReplyDelete
  17. Terkini kena daftar lagi sekali baru betul sukses permohonan kita. Apa pun dalam MySejahtera memang lengkap cuma kena rajin baca kannn..

    ReplyDelete
  18. Saya tertekan ya hadir selepas tarikh appointment..dan dah 2minggubtiada update baru..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers