12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

RESEPI HOMEMADE BISKUT BABY MANGO OATS GUNA NATURAL FOOD POWDER NUTRIPURE

Assalamualaikum semua

Pada yang kenal dan follow saya di Facebook, korang dah tau yang saya sangat suka baking especially roti. Sejak dah beli bread maker ni lagi lah rajin buat roti. Jadi nak cuba buat roti yang lebih sihat, bahan-bahan pun kenalah yang natural kan. Kalau guna bahan natural, untuk roti yang plain okay je, kalau nak buat ala-ala roti pelangi tu, perasa dan pewarna ni kebiasaanya tak guna bahan natural tau. Misi mencari bahan natural untuk #weekendproject pun bermula. Tapi kali ni saya nak kongsikan resepi buat biskut baby dulu, sebab ramai kawan-kawan nak saya buat biskut baby, next time saya akan kongsikan resepi roti pulak tau.


Nampaknya misi mencari bahan natural untuk projek baking berhasil sebabnya saya bahan-bahan yang saya nak ada di Nutri Pure Trading. Harga pun berpatutan sangat, dan terdapat banyak pilihan tau. Terus jatuh cinta dengan produk NutriPure ni. Penyimpanan pun mudah, simpan je kat tempat kering, kalau dah buka, boleh tahan sehingga 12 bulan, maknanya setahun tu.

Kalau korang nak tau, Nutri Pure ni menjual 100% natural food powder secara online. Walaupun produk ni masih baru, tapi dah ramai yang guna dan terus jatuh cinta. Food powder Nutri Pure ni selain berkualiti, ianya juga HALAL tau. Jadi, gunalah tanpa was-was. Dan jangan risau, Food powder Nutri Pure ni ada pelbagai buah-buahan dan sayuran tau. Paling best, semua produk Nutri Pure ni tak ada gula tambahan, semuanya asli dari buah dan sayur tu. Disebabkan produk ni tak ada pengawet, jadi kadang-kadang serbuk tu boleh bergumpal, tapi jangan risau boleh guna macam biasa je, itu sebab kelembapan persekitaran je. Tapi, takyah risau la kan, jarang-jarang berlaku pun.

KEBAIKAN FOOD POWDER NUTRI PURE

  • 100% Perisa & Warna Asli Asli
  • ️ Mengekalkan semua nutrien dari sayur-sayuran sebenar
  • ️ Proses Pembekuan & Pengeringan bagi menjaga kualiti
  • ️ TIADA bahan tambahan
  • ️ Disahkan HALAL

KEGUNAAN FOOD POWDER NUTRI PURE

1. Sebagai pewarna & perasa semula jadi untuk masakan dan produk baking seperti roti dan pastri

2. Memasak untuk pewarna & perasa semula jadi

3. Mencampurkan makanan bayi untuk nutrien & warna tambahan

4. Makanan untuk warga tua untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi

Banyak tau pilihan buah dan sayur yang korang boleh pilih kat Nutri Pure ni, antaranya pisang, mangga, strawberry, tomato, beetroot, lobak merah, ubi kentang, labu, bayam dan macam-macam lagi. Korang boleh tengok pelbagai pilihan di sini. Proses mengeringan yang terbaik dari Nutri Pure dapat menjaga kualiti makanan serta nutrien yang terdapat dalam buah dan sayur tersebut. Jadi, ia sangat sesuai untuk bayi. Memang kombinasi terbaik guna food powder ni, anak dapat makan makanan sihat, dan mudahkan kerja mak ayah nak sediakan makanan yang sihat dengan lebih cepat. Saya yakin korang pasti jatuh cinta dengan produk Nutri Pure ni.



Sebab saya masih belum ada anak, saya gunakan produk ni untuk projek baking dengan menggantikan pewarna tiruan kepada natural food powder Nutri Pure. Lebih sihat, dan lebih banyak nutrien dapat diserap oleh badan.

Produk natural ni jarang-jarang la murah sebab kualiti produk tu sendiri. Jadi harga sebotol food powder ni tak sama tau, bergantung pada bahannya. Tapi jangan risau, meh sini nak share, korang jimat dengan membeli 3-IN-1 STARTER PACK FRUIT & VEGETABLE POWDER. Ada tiga pakej yang korang boleh pilih hanya dengan serendah RM 49.90 SAHAJA. Murah sangat dah tu, sebab dapat 3 serbuk dalam satu kotak. pakej tu korang boleh tengok kat bawah ni.

PACKAGE A
1. Carrot Powder (25g)
2. Strawberry Powder (25g)
3. Spinach Powder (20g)

PACKAGE B
1. Purple Sweet Potato Powder (25g)
2. Pumpkin Powder (25g)
3. Banana Powder (25g)

PACKAGE C
1. Sweet Potato Powder (25g)
2. Beetroot Powder (20g)
3. Mango Powder (25g)0.25

Apa tunggu lagi, korang boleh beli kat sini dan masukkan PROMO KOD BAEXTRA10% korang akan dapat DISKAUN 10% >> 3-IN-1 STARTER PACK FRUIT & VEGETABLE POWDER (25G)

Dah beli NATURAL FOOD POWDER NUTRI PURE , baru boleh kongsikan resepi. 

RESEPI HOMEMADE BISKUT BABY MANGO OATS

Bahan-bahan
Tepung wholemeal
Oats
Kelapa parut kering
Susu oats
Peanut butter
Madu
Mango powder
Baking powder

Cara masak
Kisar tepung,oats dan kelapa sehingga halus. (Saya tak kisar kelapa sebab untuk dewasa nak kekalkan tekstur, kalau untuk budak-budak lebih baik kisar halus)

Campurkan mango powder, cinnamon, baking powder, peanut butter dan madu dan susu oats. Gaul sebati guna tangan je tak perlu mixer.

Adunan akan sedikit lembik, sejukkan dalam peti dalam 20minit. Kemudian, bentukkan adunan ikut citarasa.

Panaskan oven, dan bakar suhu 190 celcius selama 20minit (atau sehingga masak).

TIPS : Nak tau biskut dah masak atau belum, tolak biskut dengan sudu, kalau bergerak maknanya dah masak, jika masih melekat tambah lagi 5-10minit)


Bila biskut dah nak masak, bahan-bahan tadi akan bau wangi sangat. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara boleh tahan sehingga 5 hari, atau boleh simpan dal freezer tahan sehingga 3 bulan. Selain mango korang boleh jugak buat biskut perisa lain sebab Nutri Pure ada pelbagai perisa buah-buahan yang pasti anak-anak suka. Saya ada buat biskut pisang kurma, resepi tu saya kongsikan di entry yang lain okay. 

Kalau korang ada sebarang pertanyaan ,atau untuk makluman lanjut tentang Nutri Pure Food Powder korang boleh layari :

FACEBOOK
https://www.facebook.com/NutriPureTrading

INSTAGRAM
@NutriPureTrading

EMAIL
customerservice@nutripure.com.my 

HOTLINE
+ 6017-392 1181.

#vegetablepowder #fruitpowder #powder #fruit #ftuirs #vegetable #vegetables #vege #nutrition #organic #nutritious #fruits #fruitspowder #organicpowder #healthy #health #healthyliving #healthyfood #superfood #bake #baking #cook #cooking #coloring #colouring #foodcoloring #foodcolouring #natural #naturalcolouring #naturalcoloring #naturalfflavor #naturalflavour #naturalflavors #naturalflavours #mangopowder #bananapowder


Comments

  1. Ini bukan baby aje, dewasa kalau buat pun sedap juga ni.. nanti nak try laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, yang penting guna natural food powder

      Delete
  2. so interesting recipe there. can give it a try and make for my family one day

    ReplyDelete
  3. Waaa banyaknya powder yang ada. Ni kalau nak buat kuih muih lain ke, donut warna-warna ke, atau noodles pasta meriah guna je ni tak perlu guna pewarna artificial dah. Rambang mata tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. warna beetroot cantik sangat untuk pastry

      Delete
  4. These mango oat cookies look so yummy. You make me wanna try it. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  5. Menarik jugak food powder. Senang nak buat biskut untuk baby. Macam2 bole buat ni.

    ReplyDelete
  6. Kalau gini, Rawlins pun boleh habiskan nie. But this is great. Boleh parents sediakan food for the kids sendiri kan

    ReplyDelete
  7. Menarik..baru tau ada serbuk puree macam ni. Kak Bell ni suka nak try. Nanti kita follow resepi Bae ni ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay kak bell, yang penting guna natural food powder

      Delete
  8. Cantik kejadian biskutnye. Kalau gini bukan baby je suka, ibu baby pun suka makan

    ReplyDelete
  9. Untuk baby ke? Kita Mak orang ni tengok pun dah teruja nak rasa! Nampak sedap buat Kudap-kudap ni...

    ReplyDelete
  10. This looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy and healthy cookie recipe and cant wait to make it for my niece!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers