EARTH HOME PRODUK RUMAH YANG WAJIB KORANG ADA

Image
Assalamualaikum semua Serangga adalah penyebab utama penyakit dan ketidakselesaan di seluruh dunia. Penyakit yang disebabkan oleh serangga, seperti malaria, boleh menghalang perkembangan ekonomi dan sosial negara. Ini terutama berlaku di kawasan tropika dan sub-tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia. Contohnya penyakit Malaria lebih daripada 300 juta kes setiap tahun dan beberapa juta kematian, yang disebabkan oleh nyamuk Anopheles. Denggi berdarah pun berjuta-juta kes ada yang sehingga menyebabkan kematian disebabkan oleh nyamuk Aedes. Dan banyak penyakit bakteria, virus dan parasit, seperti kolera, disentri, kepialu, kusta, poliomielitis, hepatitis berjangkit, cirit-birit, jangkitan helminthik, dan sindrom hospital yang disebut dipercayai disebarkan secara mekanik oleh lalat, lipas dan perosak lain. Selain daripada risiko digigit serangga, alergi yang berkaitan dengan lipas dan serangan tungau debu rumah juga bahaya untuk kesihatan. Sebuah rumah pasti tak lengkap kalau tak a

NUKILANBAE - KAU LAYAK BAHAGIA


Malam ni agak emosi,
Bilamana kawan sendiri,
Sekian lama,
menanggung beban dihati,
Mengharung sepi,

Di simpan sendiri, rapi.
Terpaksa menjadi tuli,
Asbab menjaga aib diri,

Tak betah aku disini,
Hanya mendengar di kejauhan,
Tak mampu menghulurkan tangan,
Menarik sahabat yang kesusahan,
Lelah juga membiarkan,

Kawan..
Jauh mana pun aku berlari,
Aku masih ada, dekat dihati,
Jangan pernah menyendiri
Sengsaramu itu racun,
Yang tak kau sedari,
Lepaskan semuanya,
Beri ruang untuk aku bersama,
Mengharung duka,
Yang dia cipta,
Kerana kau, layak untuk bahagia...

@bae19012021

Kredit gambar : Google


Saya jadi agak emosi baca puisi KAU LAYAK BAHAGIA ini, dan ia terhasil secara spontan saja selepas menerima khabar yang agak sedih daripada seorang sahabat. Banyak kisah-kisah yang tak sedap didengar semenjak PKP tahun lalu berkaitan perhubungan, kekeluargaan. Tapi selalu saya doakan yang terbaik untuk saya dan orang-orang disekeliling. Namun, kita tetap hambaNYA yang hanya mampu berdoa, apakan daya jalan hidup ini adalah ukiran Illahi. Walaupun jarang berjumpa dan bertanya khabar, semua kawan-kawan saya sentiasa disebut dalam doa, agar sejahtera hidup mereka. Orang kata, bila berkawan, sedih dia sedih kita juga. Memang hati saya turut merasa dirobek, di siat bila tahu apa yang dia lalui. Hanya mampu mendoakan dari kejauhan.

Buat para pemimpin keluarga,
Jika kau merasa tak betah lagi di rumah,
Lepaskan dengan berhemah,
Adili zaujahmu dengan hikmah,
Agar tak kau di soal sehingga lelah
Di mahkamah Allah..



Comments

  1. Harap semua tabah harungi dugaan zaman ni. Bnyk yg terkesan emosinya. Harap dimudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  2. Saya pun ada seorang sahabat yg terkesan teruk disebabkan pkp ni. Mcm kata Bae la, sedih dia, kita pun terasa. Tapi tak boleh buat apa, cuma boleh jd pendengar setia je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tapi tak sanggup nak berdiam tanpa tolong dia

      Delete
  3. Semoga kita semua dapat harungi diwaktu yang mencabar ni. Cabaran datang dari pelbagai arah. Semua orang terkesan. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kadang kita tk perasan cabaran emosi ni

      Delete
  4. Moga kita semua bertabah dan sentiasa berkomunikasi dengan orang sekeliling agar dapat menjaga diri dan mereka

    ReplyDelete
  5. Semoga semuanya baik2 saja hendaknya. Dan semoga dipermudahkan urusan kita & org2 yang kita kenal juga.

    ReplyDelete
  6. Sayunya hati, terasa sungguh nukilan bae ni. Harapnya kita semua dpt mengharungi waktu ni dgn baik.

    ReplyDelete
  7. Yaa Bae, ramai juga dalam kalangan kawan Sis semua punya masaalah sejak Pandemik ni, Sis mampu bantu jika antara mereka menjual makanan, Sis belilah.. at least kita bantu juga.. moga mereka yang terkesan tabah dalam harungi kehidupan mendatang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkesan dari segi perhubungan ni agak struggle jugak sis lin

      Delete
  8. PKP banyak mengajar erti kebersamaan dan kesatuan dalam keluarga but, for some PKP menuntut banyak hal termasuk masalah kewangan dsb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kewangan pun boleh jadi punca tapi itu bukan asbabnya

      Delete
  9. So much feel after reading this. Yes. times are tough. But let's continue to stay strong. If we manage to win this battle, we would create history of a lifetime.

    ReplyDelete
  10. Betul tue, bila kita dah ikhlas berkawan, sedih dia sedih kita juga... Very true...! Semua orang wajib bahagia dan tak sepatutnya dilukai..kita juga kena beranikan diri untuk buat apa yang bahagiakan kita sendiri kan sebelum bahagiakan orang lain..

    ReplyDelete
  11. Touching baca! Rasa beratnya bebenan tu.. Dari jauh kita ni sekadar mampu mendoakan moga beliau diberi ketabahan, dipermudahkan segala urusan dan dikeluarkan dari sengsara. Aamiinnn...

    ReplyDelete
  12. Cabaran kehidupan masa musim pandemik COVID-19 ni memang terkesan sangat. Dari kita macam okay boleh harungi, tetiba giliran kita pula Allah s.w.t uji. Ingatkan dah bleh bernafas lega lepas PKP tahun lepas. PKP mula balik, saya pula kena lalui kerugiaan dan simpanan dah susut. Semua terkesan 360°. Belum campur cabaran rakan-rakan berniaga dan memerlukan kita sebagai team. Nak keluar modal lg. Pandemik ni mengajar utk kita berfikir, ambil hikmah dan belajar. Semoga kita semua istiqomah! Hugs!

    ReplyDelete
  13. all your poems are so touching and get me all emotional :'( thanks for the beautiful words!

    ReplyDelete
  14. Faham , saya pun sedang dalam fasa berjauh hati dengan kawan. Tapi anggap itu semua salah kita dan tak sesekali akan salahkan kawan. Mungkin kita bukan lagi kawan yang sesuai untuknya mengadu danbercerita apa sahaja seperti dahulu. Apa yang kita mampu lakukan doakan yang terbaik untuknya dari kejauhan. Semoga Allah permudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin, saya tak jauh hati dengan kawan cuma ralat tak dapat bantu dia

      Delete
  15. Semoga baik2 sahaja kawannya. Memang betul, banyak perkara yang mungkin tak expect pun berlaku sepanjang pandemik dan PKP ni lagi orang disekeliling kita hatta kita sekali pun kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, pkp ni banyak dengar kes perceraian

      Delete
  16. PKP ni memang mengajar kita banyak perkara. Dalam setiap kesulitan pasti ada jalan

    ReplyDelete
  17. Kau layak untuk bahagia.. sedih puisi ni..
    Semoga kita semua tabah hadapi dugaan ni..memang ramai yang terkesan dengan kehadiran covid ni..apa yang terjadi memang kita tak dapat jangka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...ramai sangat terkesan, emotinally, financially

      Delete
  18. Dalam keadaan PKP ni dan hidup dlm normal baru meang byk dugaan yv masing2 terpaksa lalui, semoga suasana begini crpatlah berlalu

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN