HOTEL PREMIERE KLANG PERKENALKAN LAKSA FIESTA, PROMOSI BULAN SEPTEMBER & OKTOBER 2021

Image
Assalamualaikum semua Saya pernah kongsikan makanan yang sedap-sedap di Hotel Premiere Klang sebelum ini, dan untuk promosi bulan September dan Oktober, Hotel Premiere Klang sekali lagi ada promosi di Restoran The Buzz yang menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, Hotel Premiere Klang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Mereka mempunyai 3 jenis restoran iaitu The Buzz, Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik sedangkan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang mudah menyajikan makanan ringan, burger dan pizza yang menghadap ke kolam renang. Promosi di restoran The Buzz kali ini menampilkan dua jenis hidangan iaitu SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO dan juga LAKSA FEAST SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO Set chicken wings ini dilengkapi dengan beberapa kentang wedges dan coleslaw berkrim dalam kombo. Ia juga didatangkan bersama 2 pilihan sos pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga. Mak ayah boleh makan so

MASAK NASI GORENG ULAM DENGAN MASTER CHEF BRIAN DI FACEBOOK

Assalamualaikum semua

Minggu lepas saya dijemput untuk bersiaran di Facebook live bersama Master Chef Malaysia iaitu Abang Brian. Serius nervous sebab saya tak pernah live di social media dan tak pernah terfikir pun nak buat live. Almaklumlah followers pun sendu ja haha Saya terima undangan live tu sebab nak cabar diri sendiri. Saya bukan la jenis pemalu sangat, tapi berdebar lah jugak kan sebab tak pernah live. 

Kalau ada yang tak kenal Abang Brian saya kongsikan serba sedikit ye. Abang Brian atau na sebenarnya Brian Chen merupakan anak jati Johor. Beliau merupakan peserta Top 8 Master Chef Malaysia musim pertama. Selepas program MasterChef, Abang Brian menjadi pengacara beberapa program seperti CJ WOW Shop dan juga penyampai radio. Kalau korang tengok live haritu, korang boleh nampak betapa fasihnya Abang Brian berbahasa melayu. 


Alhamdulillah live selama satu jam berjalan dengan lancar.  Nasihat Abang Brian, jadi diri sendiri je masa live, dan betul kata Abang Brian, bila jadi diri sendiri masa live tu kita tak rasa kekok. Walaupun di awal live tu memang rasa malu, sebabnya kita boleh nampak berapa orang yang live, dan kawan-kawan yang komen tu ada yang kita tak kenal kan. Kalau semua yang tengok tu kawan kita saja tak risau sangat, haha kawan-kawan ni dah faham perangai 'hawaq' seorang Bae Roslan HAHAHA

Jemputan live ni adalah untuk mempromosikan set pisau jenama Neoflam dengan berkongsi resepi Nasi Goreng Ulam. Terima kasih pada semua yang beli set pisau ni semasa siaran yang semestinya harga lebih murah yang korang takkan dapat selepas siaran live. 


Masa live tu saya hanya nampak 52 orang saja yang menonton live sepanjang siaran, macam pelik la jugak, tak berkurang atau bertambah lansung. Lepas selesai siaran live saya pun tengok berapa jumlah view secara keseluruhan. Teruja nak tengok sebab pertama kali live kan, semangat tu lain macam sikit. Rupanya 1K views bersamaan 1000 orang yang menonton live tu. Rasa happy sangat, dan saya tau ramai kawan-kawan saya tengok live saya tu. 


Saja nak letak kat blog, supaya ada ingatan oernah live dengan Master Chef Malaysia Abang Brian. Bukan mudah kan nak live bersama chef ternama. Moga ada peluang yang lebih baik in future. Di kesempatan ini, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang menonton, komen dan share live saya haritu. Hanya Allah mampu membalas kebaikan korang semua. Terima kasih korang!

Saya kongsikan resepi Nasi Goreng Ulam Abang Brian semasa live haritu. 

Bahan-bahan

Nasi putih
Bunga kantan
Daun kesom
Kacang panjang
Kacang botol

Bahan kisar
Ikan bilis
Cili burung/padi
Cili besar

Cara masak

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau

2. Masukkan nasi dan gaul sekata

3. Racik halus bunga kantan, daun kesom, kacang panjang dan kacang botol

4. Masukkan ke dalam nasi dan tambahkan garam dan perasa

Siap! Mudah sangat resepi ni. Selamat mencuba.

Comments

  1. satu pengalaman baru ya sis, memang kalau akak pun rasa kekok tapi lama-lama dah ok kan, sedapnya menu yang dikongsi ni

    ReplyDelete
  2. Tahniah Bae, memang seronok dapat pengalaman baru. Nak2 bergandingan dengan Masterchef. Suka dengan Brian ni sebab setahu saya dia ni sangat peramah dan humble orangnya. Benda macam ni mesti kena tulis dan jadikan kenangan untuk hari esok. Peluang baik tak selalunya datang banyak kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn manatau anak cucu boleh baca muahahhaa

      Delete
  3. wah..hebatnya..tahniah, peluang yang baik dalam industri ni kan. sedap tu nasi ulam..dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  4. Wow................tahniah Bae sebab dpt jadi chef tamu Abang Brian. Bukan senang nak dpt pluang macam nie. Good for you.

    ReplyDelete
  5. Pasni boleh terus buat live selalu sebab dah tak neves kan. Hehe

    Rawlins mau tergagap sampai sudah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan abg brian kurang nervous sebab dia banyak cakap hehe

      Delete
  6. Wahhh bestnya dapat live memasak dengan chef Brian Master Chef! Mesti happy sangat kan. Kenangan manis yang susah nak diganti tu

    ReplyDelete
  7. fuyooo bestnya sis. tahniah lah dapat pengalaman yang berharga macam ni. bukan semua orang dapat tau. kiranya sis ni antara yang bertuah lah.

    ReplyDelete
  8. Tahniah bae utk live aritu. Kita sempat terjah kejap je. Seronokkan pengalaman buat live mcmtu. All the best bae.

    ReplyDelete
  9. Waaa tahniah berjaya buat LIVE. Debor debor tak? Hehehe. Nanti nak follow resepi tu. Simple dan menyelerakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa nak start tu memang deboooor sangat haha

      Delete
  10. Wow congrats on your FB Live show, its was a success and keep it up. I m going to try out your recipe.

    ReplyDelete
  11. Laaa Sis baru tau ini.. kalau tak boleh juga join live tu.. boleh laaa cuba nanti resepinya tu..

    ReplyDelete
  12. Tak tengok live ritu. Tahniah. Ramai yang view kan. Semangat lepas ni nak buat live

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat live sorang-sorang tu tak pasti la haha

      Delete
  13. Tahniah Bae dah tengok live tu hehe..rajin dia buat artikel ye. Keep it up Bae

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab first time live kak min, so excited lebih haha

      Delete
  14. Memang best kan bila tengok dia LIVE.. i get to know about him pun few years back to fasting months.. menu2 sahur pun kadang2 ikut menu dia :P btw, congratulation sis and semoga terus dimurahkan rezeki dalam business yang sis ceburi ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sebab abg brian dah start berpuasa since 2 years back

      Delete
  15. Tahiah Bae dapat peluang live bersama artis, chef Brian tu..ehhee. Memang meriahla mas alive tu. Sedap nasi ulam dibuat tu. Boleh try

    ReplyDelete
  16. woow...congrats on your great acheievement Bae, so proud of you, wanna see more of your cooking live show moving forward ya :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  17. Terbaik sgt bae. Tahniah tau. Lepas ni mesti dah expert sikit live sbb dah ada pengalaman. Dgn abg brian pulak tuu

    ReplyDelete
  18. wah hebat! keep it up. bagus ada kawan2 yang supportive tengok time live. nak try la resipi ni nanti!

    ReplyDelete
  19. Dah lama tak tengok Abang Brian memasak. Memang kemunculan yang dinantikan. Pastu Bae pula jadi tetamu jemputan untuk masak sama-sama. Well done!

    ReplyDelete
  20. Tak dapat join hari tu. Ada resepi kat sini boleh la iza try nanti. Iza bukan pemakan ualm tapi dengan nasi goreng boleh cuba kot.

    ReplyDelete
  21. wow wow wow tahniah sis. seronok betul aktiviti kali ye. saya tak pernah lagi buat live selama saya hidup. pemalu sangat.

    ReplyDelete
  22. Meriah ya memasak dgn Chef. Lepas ni boleh live selalu masak2. Sis segan nak live tk pandai cakap. Nanti kita try resepi ni 👌👌

    ReplyDelete
  23. Wahhhh tahniah Bae dapat jadi chef tamu chef Brian. Bukan mudah dapat peluang gini. Well done!!

    ReplyDelete
  24. Wahhh tahniah. Peluang yang baik. Dan kira achievement 2021 la. :) tahniah

    ReplyDelete
  25. Wahh best dah jadi celebriti sekarang ni hehehehe Chef Brian ni memang mulut tak behenti cakap hehehe seronok sempat kenal dengan beliau hehehehe..

    ReplyDelete
  26. This sounds absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe and congratulations again for making it this big! :)

    ReplyDelete
  27. Wah pengalaman baru. Bukan setakat dapat pengalaman, dapat resepi juga. Tahniah dapat jemputan dan dapat buat live.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers