12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

GAMBAR RANDOM TRIP HIKING GUNUNG DI MALAYSIA

Assalamualaikum semua

Dah setahun tak hiking, rindu pulak bila tengok gambar-gambar lama. Saja pun sini beberapa moment indah daam hutan. Paling rindu nak hiking bermalam, camping tepi sungai, tidur kat trek, kepenatan yang sangat indah yang tak akan dapat kat mana-mana. Rindu sangat dengan kawa-kawan hiking, kadang tu baru pertama kali hiking sama, tapi masing-masing macam dah kenal lama, akrab dan mesra dan sentiasa membantu sepanjang trip hiking.

Impian saya untuk hiking untuk lengkap misi pendakian G7 iaitu mendaki 7 Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Jika lihat hanya pada ketinggian, banyak lagi gunung yang lebih tinggi tapi G7 bukanlah gunung biasa, trek nya kategori hardcore dan panjang tak sesuai untuk pendaki beginner. Saya pernah mendaki gunung di luar negara tapi lebih suka mendaki gunung di Malaysia kerana ianya kategori trek teknikal yang bukan saja perlukan stamina tapi mental pun kena kuat. 


Gambar ni masa hiking Trans Jerging dayhike, iaitu menawan 4 puncak gunung. Boleh baca hiking log Trans Jerging disini. Pokcik ajar bergambar ramai-ramai dengan simbol muka petak, haha muka petak ni maksudnya nak bagi kami dah penat. Paling depan tu Raja, guide kami untuk Trans Jerging.


Masa ni hiking Gunung Yong Yap kami bermalam di Kem Waktu ni baru sampai kemsite, terus pasang khemah dan ground untuk tidur malam nanti. Petang tu santai-santai masak lempeng makan ramai-ramai. Esok pukul 3 pagi bangun hiking untuk sunsrise di peak Gunung Yong Yap. Depan sekali Yuz, Ain dan Ana. Hanya Yuz je yang masih contact yang lain entah kemana.


Di salah satu tempat wajib pendaki bergambar kalau buat trip Trans Jerging atau Gunung Irau.


Kenangan paling tak dapat dilupakan, kenangan hiking paling indah. Saya sayang semua yang ada dalam gambar ni. Inilah trip hiking G7 pertama saya, iaitu Trans KORGA misi menawan Gunung Korbu dan Gunung Gayong. Trip ni mengajar banyak perkara, bukan hanya tentang hiking, tapi erti sebenar kehidupan. Saya mendoakan semua geng Trans KORGA baik-baik saja. I miss u all


Masa ni adik abuja saya injured pulak, kesian dia. Jadi kami semua berehat sebentar bagi dia rehat jap sebelum meneruskan lagi perjalanan. Sebab masa ni perjalanan masih jauh. Kami dari Gunung Korga nak ke Gayong, perjalanan kurang 2 jam jugak. Kerjasama sangat penting dalam hiking. 


Masih merindukan Korga haha Sepanjang trip KORGA ni kami memang jalan bertiga, Ini adalah adik-adik kesayangan saya. Misi menamatkan G7 jugak kami bersama, semua tujuh gunug kami mendaki bersama. Inilah antara trek teknikal yang saya bagitau tadi. Kalau takda stamina boleh hilang nafas nak hiking hehe


Gambar ni masa saya hiking Trans CUS Compress. Tri ni misi menawan Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat. Kebiasaanya para hikers buat trans CUS selama 5-6 hari atau 2-3 hari untuk trip single. Tapi sebab kami semua tak boleh nak ambil cuti yang lama, jadi kami buat keputusan untuk buat trip compress menawan dua gunung  dalam 3 hari. Kepenatan yang berbaloi, nanti saya cerita detail trip Trans CUS ni, trip ni paling barai (penat) sebab trip single yang biasanya orang buat 3 hari kami buat dayhike, naik dan turun, tidur hanya 1-2 jam di trek saja, nak pasang khemah pun dah tak sempat. Trip ni saya injured masa berlari turun Gunung Chamah, meletup urat kaki hehe Alhamdulillah dapat jugak completekan misi Trans CUS.


Inilah cabaran hiking gunung di Malaysia, Masa ni powil sangkut dari Trailhead Gunung Ulu Sepat nak turun ke tempat kami parking kereta. Trek ni memang tak mendaki, naik powil pun, jika tak hujan ambil masa 3-4 jam, memang tak ada yang mendaki dari tempat parking tu ye, kena sewa powil.


Masa ni pukul 2 pagi rasanya sampai di peak Gunung Chamah. Masa sejuk jangan cakap lah, dah berselumbung dengan emergency blanket pun masih ketar kesejukan. Saya sejenis tahan sejuk, tapi sejuk atas puncak gunung ni rasa sampai ke tulang. Kami semua tidur dalam 2 jam atas puncak Chamah sebelum turun semula untuk mendaki Gunung Ulu Sepat.


Di atas puncak Gunung Tok Nenek. Antara view gunung yang hikers suka sebab viewnya 360 darjah, memang cantik sangat. Kami sunrise di Gunug Tok Nenek. Trip ni kalau orang yang gayat, kena jaga mental, masa nak sampai puncak, trek berbatu tu agar mencabar untuk orang yang gayat.


Masa ni hiking ke Gunung Gajah Bobok di Indonesia. Trek pendek tapi pacak landai, mengah jugak dibuatnya hehe. Tapi trip ni senang sebab bawak load sendiri je, khemah semua dah disediakan kat atas puncak, kita bayar dan mendaki ke atas je. 


Trip yang paling sedih sebab hanya mendaki ke Gunung Yong Belar sedangkan masa tu sepatutnya buat trip Trans YB3B iaitu menawan 4 puncak gunung, tapi atas beberapa faktor hanya dapat dapat tawan 1 puncak saja. Masa di puncak hujan lebat yang teramat. Jadi turun semula dengan baju basah tu, esok pagi subuh baru sampai. Trip paling kecewa, InshaaAllah akan repeat lagi.


Trip Trans KORGA 2.0 saya repeat hiking KORGA sebab ia adalah trek yang saya suka. Treknya pada saya best dan mencabar, ada trek berbatu, redah sungai, lalu kayu balak, kem pacat yang serius banyak pacat kat situ, trek pacak, landai, mossy semua ada dalam satu trip. Antara trek yang saya tak jemu nak hiking.


Masa ni kat kem seroja, mendaki KORGA 2.0 Kami masak ramai-ramai malam tu. Dalam gambar abang mie, Yuz dan Afiq. Moga depa semua baik-baik saja. Semua tu hikers padu, jarang buat trip tak hardcore hehe


Gambar graduasi pun nak atas puncak jugak, gigih hiking bawak naik robe graduasi demi sebuah gambar. Haha Syukur dapat konvo sebab batch yang bergraduasi selepas saya semua tak dapat konvo sampai lani. Rezeki namanya, syukur.


Dan dengan sekali lafaz, inilah jodoh saya. Hampir 3 dekad menunggu, rupanya jumpa dalam hutan. Alhamdulillah, perkenalan yang singkat, paling tak sangka. Sebab masing-masing bercakap pun kasar (yang kenal saya tau lah saya sejenis yang kasar haha) tak pernah nak sweet ke apa, tapi dah jodoh kan, kenal beberapa bulan, dipinang dan menerima pinangan terus uruskan hal berkahwin. Walaupun kahwin masa PKP, tak dapat buat majlis, syukur pada semua nikmatNYA.Ada rezeki nak buat majlis, sebab duit catering semua dah bayar, nak refund pun tak boleh, postpone sehingga boleh buat majlis je la. Doakan kami bahagia hingga syurga ya. aamiin

Comments

  1. Banyaknya ekspedisi hiking dia. Rawlins pula sejenis tak suka hiking. Tapi boleh pula terjumpa jodoh masa hiking ye. Hehe. Maybe Rawlins pun kena start hiking agar jumpa jodoh kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha okay gak tu rawlins, manatau jumpa kan

      Delete
  2. Best sangat kalau dapat hiking dengan kengkawan yang jenis sekepala

    ReplyDelete
  3. Wow...So nice the sceneries to enjoy at top after hiking, that's always my satisfaction gained when I was hiking in the past. Thanks for sharing this, it recalled mine too :) cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Banyak dah tempat dan bukit semua ko hiking ya Bae.. best betul nengok.. Sis ni diri sendiri tak berkeyakinan nak panjat, faktor kesihatan pun ya.. takut kang kena kendung turun bawah hahahaha

    ReplyDelete
  5. Bestnya jungle trekking macam ni.. so far i buat day trip trekking only.. would be nice if boleh overnight and stay in the camp like this (Y) nanti dah boleh travel around kena repeat la.. nak train stamina juga.. sure dah down giler now..

    ReplyDelete
  6. wah best yer hiking sampai luar negara. rindu yer nak pergi hiking semula, dah lama sangat tinggal aktiviti ni. tahniah jumpa jodoh dan dipermudahkan

    ReplyDelete
  7. this looks like such a great hiking destination. love the view from the top

    ReplyDelete
  8. Rajinnya hiking. Sis bukan seorang yang adventure. Trip hiking ni sis gayat. Nak nak ke tempat tinggi tu. Gunung Irau tu cantik la. Hiking ni pun salah satu tips untuk kurus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiking memang kurus, dulu masa selalu hiking, inch loss memang banyak, sejak pkp memang bagai di pam2 haha

      Delete
  9. Wahh! bestnya Nina dah lama tak hiking ni. Memang best tau kalau hiking dengan kekawan ni. Penat tu perkara biasa tapi bila dah sampai puncak dapat tengok pemandangan yang cukup cantik hilang terus penat lelah dia. Nikmat dia. Fuhhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la rinduuu sangat nak hiking, view dari peak tu memang superb

      Delete
  10. wow bestnya hiking! khai tak ingat dah bila last hiking padahal tu hobi juga. tapi circle semua tak berapa minat hobi ni so kite pun mereput lah hahaha

    ReplyDelete
  11. Beautiful pictures! Glad you enjoyed your hiking trip. Thank you for sharing your experience with me.

    ReplyDelete
  12. Bestnya Bae. Nur suka hiking dari zaman skolah lagi tapi minat tu parents tak support atas dasar keselamatan. Bila dah kahwin, suami boleh layankan. Dapatlah naik gunung lambak berkali kali. Itu jela. Sbb ada 'handbag' comel 2 ketul tu, susah sikit. Btw, tahniah Bae jumpa jodoh dlm hutan. Moga bahagia selalu

    ReplyDelete
  13. Tak taula kak bell larat ke tak kalo hiking. Tp tgk suasana dan permandangan atas gunung sangatlah cantik. Huhu. Teringin nak pi.

    ReplyDelete
  14. Marsha dah lama tinggal aktiviti hiking ni. Nak tunggu anak-anak besar sikit then bawak dorang hiking skali. Marsha peminat nature so xleh bersara lagi dari hiking...hahaha

    ReplyDelete
  15. Saya ada jugak la join hiking trip a few times tapi yang senang2 je la. Hehe. And I'm also quite social phobic, so kalau pergi pun, prefer in a small group, with close friends only, especially kalau trip yang bermalam.

    ReplyDelete
  16. Syoknya. Dah lama tak hiking. Last hiking zaman bujang dulu. Dah beberapa tahun dah. Lepas kawen & ada anak, tak berkesempatan pula nak pergi hiking.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers