WORDLESS WEDNESDAY - TUMBUHAN MENAKJUBKAN DI DUNIA

Image
Assalamualaikum semua AFRICAN BAOBAB Dengan ukuran mencecah 25meter dan batang yang sangat besar. Buahnya digunakan untuk membuat ubat dan makanan DRAGON TREE Pokok ini hanya terdapat di Maghribi, Madeira, Kepulauan Cape dan Kepulauan Canary. Daunnya berduri dan buah berwarna coklat, manis rasanya. Pokok naga yang semakin pupus, digunakan oleh bangsa Rom kuno sebagai pewarna peralatan besi.   BOIS DENTELLE Bentuk bunganya menyerupai loceng dengan kelopak berenda. Bunga ini hanya mekar di bulan Januari hingga Mac hanya ada di Mauritius. ST. HELENA GUNWOOD Pokok yang menjadi lambang Pulau St. Helena berbentuk kanopinyang merimbun. Daunnya membesar sehingga 12cm dan berbunga pada musim sejuk dan akhir musim bunga. HINTON'S OAK (ENCINO OF HINTON) Pokok ini terdapat di Mexico dengan tinggi mencecah 15meter. Digunakan sebagai kayu api dan asapnya ada aroma yang unik.  MONKEY PUZZLE Mencecah sehingga 40meter memiliki

EARTH HOME PRODUK RUMAH YANG WAJIB KORANG ADA

Assalamualaikum semua

Serangga adalah penyebab utama penyakit dan ketidakselesaan di seluruh dunia. Penyakit yang disebabkan oleh serangga, seperti malaria, boleh menghalang perkembangan ekonomi dan sosial negara. Ini terutama berlaku di kawasan tropika dan sub-tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia. Contohnya penyakit Malaria lebih daripada 300 juta kes setiap tahun dan beberapa juta kematian, yang disebabkan oleh nyamuk Anopheles. Denggi berdarah pun berjuta-juta kes ada yang sehingga menyebabkan kematian disebabkan oleh nyamuk Aedes. Dan banyak penyakit bakteria, virus dan parasit, seperti kolera, disentri, kepialu, kusta, poliomielitis, hepatitis berjangkit, cirit-birit, jangkitan helminthik, dan sindrom hospital yang disebut dipercayai disebarkan secara mekanik oleh lalat, lipas dan perosak lain. Selain daripada risiko digigit serangga, alergi yang berkaitan dengan lipas dan serangan tungau debu rumah juga bahaya untuk kesihatan.

Sebuah rumah pasti tak lengkap kalau tak ada produk untuk menghalang seisi rumah daripada binatang dan serangga yang tak diundang ni. Terkadang bukan sebab kita tak bersihkan rumah, tapi bila dah kawasan perumahan yang maintenance tak dijaga oleh management pun masalah juga kan. Macam rumah saya walaupun kawasan sekitar hari-hari dibersihkan, masih banyak nyamuk. Sebagai inisiatif kita untuk elak daripada serangga ni, produk EARTH HOME dapat membantu korang selesaikan masalah serangga dirumah.

KEBAIKAN PRODUK EARTH HOME

๐Ÿ‘‰Menggunakan bahan natural
๐Ÿ‘‰Menghapuskan lebih 99% bakteria dan virus
๐Ÿ‘‰Tanpa alkohol
๐Ÿ‘‰Minyak pati (essential oil) sebagai bahan pewangi.



Earth Corporation (EC) Jepun, pengeluar racun serangga isi rumah di Jepun, memperkenalkan produk bertaraf dunia ke Malaysia. Ia ditubuhkan semenjak tahun 1892 iaitu lebih 128 tahun adalah pengeluar utama produk berkaitan kawalan serangga di rumah. 6 produk diperkenalkan oleh syarikat Earth Corporation yang mana ianya merupakan produk yang laris di pasaran Jepun.

"Kami memahami kegelisahan terhadap pandemik dan juga masalah kesihatan terhadap penyakit yang disebabkan oleh nyamuk seperti denggi, yang mendapat permintaan tinggi untuk keperluan rumah anda. Produk ini akan membantu menjadikan persekitaran rumah sebagai tempat yang lebih selamat dan sihat bagi setiap keluarga." - Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd

Saya dah menggunakan produk ni lebih dari 2 minggu dan sangat berpuas hati. Korang pasti jatuh cinta dengan semua produk Earth Home. Antara 4 produk yang menjadi bestseller di Malaysia adalah :

NATUCAIR Air Fresh Mosquito Repellent Gel


Gel Air Freshener atau penyegar udara semula jadi yang tidak beracun ini dapat menghalau nyamuk juga. Saya gunakan di dalam bilik, bau haruman yang wangi, dan tak menusuk hidung. Sesetengah pewangi gel bau sangat menyengat tapi Natucair ni sedap je bau wangiannya. Paling best ada fungsi menghalau nyamuk. Tak perlu lagi gunakan penyembur racun nyamuk. Lebih selamat untuk kita dari hari-hari nak kena bau racun serangga kan. Inilah kelebihan Natucair yang tak ada pada produk lain. Gel penghalau nyamuk Natucair ini menggunakan minyak pati semulajadi tau dan boleh menghalau nyamuk 30-60 hari, paling penting tidak mengandungi bahan racun serangga. Memang berbaloi-bali beli, jimat poket, dua fungsi dalam 1 produk. Terdapat dalam 3 jenis wangian iaitu Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom. Jika korang gunakan untuk jangka masa yang lama, ia akan meneutralkan dan menghilangkan bau secara semulajadi. Rumah wangi, nyamuk pun tak ada. Ia juga selamat digunakan di dalam kereta. wangian yang tahan lama ini akan segarkan bau dalam kereta korang

Cara Penggunaan:

1. Koyakkan bungkus luar, lepaskan bibir, koyakkan kerajang aluminium, kemudian tutup bibir, letakkan di ruangan di mana keperluan untuk menyimpan penyegar udara penghalau nyamuk untuk digunakan.

2. Sila ganti apabila kristal menjadi kecil dan kuning.

3. Jangan gunakan semula bekas untuk tujuan lain.

NATUCAIR Fabric Spray (400ml)


Fabrik seperti langsir, sofa dan kusyen kereta antara yang mudah melekat bau busuk bila kita memasak, atau makan dalam kereta. Dan bau ni susah nak hilangkan melainkan kita bersihkan dengan betul atau gunakan penyembur fabrik yang mempunya beta-cyclodextrin yang mana ia berfungsi untuk memerangkap bau dengan efektif jadi fabrik akan berbau segar je. Lebih mudah dan selamat jika kita gunakan Natucair Fabric Spray sebab ia menggunakan natural essential oil yang dapat bukan dapat hilangkan bau tetapi juga dapat menghilangkan bakteria dan virus sehingga 99%. Natucair Fabrik juga bebas daripada alkohol, dah pastilah ianya selamat digunakan, bukan saja bau, ia juga dapat menghalau serangga tau. Mempunyai tiga jenis bauan iaitu Pink Blossom, Relaxing Purple dan Sparkling Yellow, dah pastilah akan buatkan rumah korang bebas daripada serangga dan bau yang kurang enak.

Cara penggunaan:

1. Arahkan Semburan

2. Pastikan muncung penyembur terbuka, letakkan botol kira-kira 12 inci dari permukaan kain; dan semburkan dengan gerakan menyapu untuk menutup kawasan dengan lapisan semburan ringan.

3. Semburkan bahagian dalam dan luar pakaian untuk mendapatkan kawalan bau yang paling banyak.

4. Jangan overwet kain. Lebih baik menggunakan aplikasi kedua jika bau masih dapat dikesan.

5. Biarkan kawasan yang disembur kering sepenuhnya sebelum memakai pakaian, berjalan di atas permaidani, atau duduk di atas sofa. Bergantung pada seberapa banyak anda menyemburkan, ini boleh memakan masa dari beberapa minit hingga 20 minit atau lebih.

HOYHOY Trap-A-Roach


Rumah bawah yang berdekatan dengan longkang, pasti pening menghadapi masalah serangga perosak macam lipas dan cicak ni. Walaupun saya bukan sejenis yang takut lipas, kalau nampak memang akan tangkap dan buang. Tapi serangga perosak ni pun pandai sorok dan saya tak suka gunakan spray racun tu, bau racun tu saya tak tahan. Alternatifnya saya gunakan Hoy Hoy, perangkap lipas Nombor 1 di Jepun, Hoy Hoy menggunakan makanan kegemaran lipas sebagai umpan untuk menangkap serangga perosak ini. Yang best dengan perangkap ni adalah ianya bebas racun tau, dan hanya gunakan gam bergelombang ultra yang kuat dan dapat menampung berat sehingga 15 kg. Perangkap lipas ni berbentuk macam rumah, sesuai dengan sifat lipas yang suka menyorok tu, jadi lebih mudah nak tangkap lipas dan serangga perosak yang seangkatan dengannya. Dengan penggunaan Hoy Hoy juga, secara tak lansung akan dapat mengawal semut atau apa-apa serangga perosak di rumah korang sebab ia menggunakan bahan aktif seperti vermectins, asid borik, fipronil, hydramethylnon, sulfluramid dan lain-lain. .

Cara penggunaan :

1. Pastikan menggunakan jumlah umpan yang disyorkan oleh pengilang.

2. Letakkan Hoy Hoy di tempat yang tidak akan dijumpai dan dirosakkan oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan.

3. Jika lipas atau serangga perosak lain sudah tertangkap, boleh buang dan gunakan yang baru jika masih ada serangga perosak di rumah.

EARTH Aircon Cleaner


Rata-rata di antara kita memasang penghawa dingin di rumah atau di pejabat dan membersihkan penghawa dingin adalah elemen penting dalam penyelenggaraan, yang akan menjadikan sistem penghawa dingin dapat memanjangkan jangka hayat yang lebih lama. Membeli sebuah penghawa dingin bukan kos yang rendah, jadi kita harus tahu macam mana nak menjaga kebersihan penghawa dingin agar ia dapat berfungsi dengan lebih baik. Kebiasaanya kita akan memanggil pekerja yang membuat service aircond untuk datang membersihkan penghawa dingin, tapi korang tau tak korang dapat berjimat dengan melakukannya sendiri.

Jangan risau, dengan Earth Aircon Cleaner korang dapat bersihkan sendiri penghawa dingin dalam masa 20 minit saja. Dan kos yang korang perlu bayar 6 kali ganda lebih murah dari kos mengupah syarikat service tau. Aircon Cleander adalah agen pembersih penghawa dingin berasaskan air, ia akan melarutkan minyak dan kotoran lain yang terdapat di gegelung penyejuk penghawa dingin korang. Korang hanya sembur saja tanpa perlu bilas gegelung tersebut. Mudahnyaaaaaa. Kekerapan mencuci penghawa dingin bergantung pada jenama dan juga persekitaran, jika kerap berhabuk, perlu lebih kerap membersihkannya. Penjagaan penghawa dingin akan buat udaranya lebih sejuk dan ianya juga dapat menjimatkan kos elektrik. Penggunaan Earth Aircon Cleaner juga dapat menghalang pertumbuhan kulat pada penghawa dingin sebab udara yang lembap pada sirip penyejuk. Selain itu, Aircon Cleaner juga dapat hilangkan bakteria dan menghilangkan bau yang kurang enak kerana ia mengandungi aroma ektrak teh hijau

Cara Penggunaan :

1. Pastikan korang tutup suis utama penghawa dingin

2. Keluarkan penapis dan bersihkan habuk

3. Semburkan Earth Aircon Cleaner ke sirip penyejuk secara menegak, dari kiri ke kanan

4. Selepas 2 minit, masukkan semula penapis ke tempat asalnya.

5. Hidupkan penghawa dingin selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk membolehkan kotoran disalur keluar melalui lubang pembuangan.

Produk rumah yang lengkap ini pasti akan memudahkan kerja korang di rumah. Rumah lebih harum, bersih dan bebas dari serangga perosak. Paling penting bebas dari agen pembersihan dan pewangi yang mengandungi racun. Lebih baik pilih produk natural, ia lebih selamat. Jom tukar poduk rumah kepada Earth Home, produk rumah yang lengkap dan harga yang sangat berpatutan.

#earthomemalaysia #natucair #hoyhoy #madeinjapan #earthairconcleaner

Comments

  1. ooh yang macam kotak tu rupanya halau nyamuk baru plan nak beli letak dalam kereta. tapi rasanya tak ada masalah kan letak? takut nanti kita pula yang pening dalam kereta hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah. bau wangi tu lembut je. takkan buat kita pening sebab tak ada alkohol

      Delete
  2. Rawlins ada yang aircond cleaner tu. Nak beli yang gel tu untuk letak kat rumah sebab macam ada nyamuk pula bila cuaca panas sekarang nie kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sekarang banyak nyamuk. bagus guna gel natucair tu

      Delete
  3. bagus produk-produk macam ni. Memang wajib ada kat rumah produk macam ni

    ReplyDelete
  4. These products look really good. I am especially interested in the mosquito repellent gel and the air con cleaner. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. all their products are good. worth to try and it affordable too

      Delete
  5. bagus yer semua product range jenama earth home ni. macam2 fungsi ikut kesesuaian penggunaan dalam rumah. wajib gak grab semua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting produk ni natural dan selamat

      Delete
  6. Kak bell perlukan utk tangkap lipas dan spray tu. Sb umah ada meow..takut pakai spray yg beracun mklumla kitty ni dia makan lak lipas tu nanti. Boleh hilangkan bau busuk secara semulajadi pun menarik. Nak try semualah!

    ReplyDelete
  7. Kat mana adajual eh. Anyway za mmg pakai perangkap lipas cicak tu. Tapi bila dh tgk ramai2 dlm turasa geli.. Hahha selalu husband la tolong kutip

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli kat website earth home, shopee & lazada pun ada.
      kalau bae biasa terus buang semua, beli lain je haha

      Delete
  8. Harini nak pi belanja bolehlah try survey earth home ni.. nak beli kt shopee kang, lambat plak sampainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la sis, bau wangi pun lembut je, sebab guna essential oil

      Delete
  9. Suka dengan produk ni. Sebab pernah guna and mmg puas hati

    ReplyDelete
  10. Yes, memang best dan family I suka. Skarang tak perlu ke kedai pun okay, just order online jak pun boleh. hehe

    ReplyDelete
  11. i guna that roach trap tu, dalam kereta.. puas hati betul product dia ni... mmg highly recommended

    ReplyDelete
    Replies
    1. roach trap belum try, nanti nak try la letak dalam kereta gak

      Delete
  12. I like their products, its safe and natural. The Natucair mosquito repellent gel is my favourite

    ReplyDelete
  13. Banyak jugak yer pilihan produknya. Sekarang ni saya tertarik nak cuba yang untuk gel repellent nyamuk dan pembersih ekon. Tapi itulah kat mana yer produk2 ni boleh dibeli ? sebab saya memang jarang keluar dan kurang perhatikan barang2 yang kita perlu kalau tak ada yang review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli online je, lazada and shopee pun ada. atau boleh beli direct dari website earth home

      Delete
  14. Masa memula Earthhome mula buat promo kat online. Ruby dah grab semua range. Memang best. Semua tu keperluan. Bau spray dia pun soft aje. Tak tengik sangat.

    ReplyDelete
  15. Masa memula Earthhome mula buat promo kat online. Ruby dah grab semua range. Memang best. Semua tu keperluan. Bau spray dia pun soft aje. Tak tengik sangat.

    ReplyDelete
  16. Suka produk dia. Spray dengan gel tu wangi. Nak kena beli lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, spray dengan gel dua2 saya letak dalam kereta hehe

      Delete
  17. Tertarik ngan repellent nyamuk tu. Sekarang ni kat rumah nyamuk tengah banyak. Suka cari yang natural based sebab kita ada asthma

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya paling suka yang repellent tu jugak. bau pun lembut je sebab guna essential oil

      Delete
  18. Ramai kata produk ni wangi dan berkesan halau nyamuk , betul ke? kalau betul berkesan nak gak beli letak kat bilik tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, tapi bau dia lembut je tau, saya letak kat bilik jugak

      Delete
  19. Nell memang guna produk ni skrg kat rumah.. betul2 trusted brand and suka dengan produk Earth Home ni.. lagi2 yang air freshener dia ada repellent sekali..

    ReplyDelete
  20. wah ada banyak ya produk earth home ni. tak pernah lagi guna jenama ni. bolehlah nnti beli sbb yg ada sekarang kt rumah pun dah habis.

    ReplyDelete
  21. thanks for this sharing as am looking for a aircond cleaner, yeash! I know which brand I can grab now :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  22. Kita suka produk natural gini, pastu best sebab ada essential oil

    ReplyDelete
  23. Banyak ye product2 earth home ni! Boleh tgk2 untuk kegunaan rumah nnti ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  24. Banyak betul produk2 Earth Home ni.. Boleh try tak kalau untuk halau SiTikus. Entah mana datang entah.. Ada sekor dah pun merosakkan harta benda dalam rumah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tangkap cepat leya kalau tak habis lah satu rumah

      Delete
  25. Berkenan nak beli air cond cleaner tu. syok yer dia dapat macam2 produk lengkap. jimat duit ada stok dah berbulan2

    ReplyDelete
  26. Nak beli untuk letak kat pejabat plak. Penting sekarang untuk sentiasa sanitise tempat kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli letak kat pejabat rumah kereta rawlins

      Delete
  27. Nak beli utk dalam kereta jugalah nanti sb tak de bahan racun kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak bell produk earth home ni guna bahan natural

      Delete
  28. Eiiiiii seronoknya tengok semua produk Earth Home ni. Rasa mcm semua kena beli. Paling best sbb wangian dia guna EO so confirm wangi-lembut je bau dia

    ReplyDelete
  29. fd pun guna barangan dari earth home. paling suka pewangi bilik tu, bau bunga2

    ReplyDelete
  30. nice! gotta love a product that uses natural ingredients, especially when we have plenty of contact with them!

    ReplyDelete
  31. Bagus kena ada produk yang berkualiti dan juga yang selamat macam ni best juga kena ada kat rumah sendiri hehehehe ok lah kita nak tukar juga...

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers