12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

STAYCATION MELAKA BAJET TRAVEL TAPI PENGINAPAN MEWAH

Assalamualaikum semua

Emperio Residence - Penginapan kami untuk staycation Melaka (Sumber Google)

Kalau korang ada baca sebelum ni saya ada share staycation kat Melaka, misi hunting makanan sedap di Melaka. Dalam entry tu saya kongsi restoran ee ji ban dan penginapan yang super best kat Emperio Residence. Kali ini entry sambungan staycation Melaka nak story kedai makan asam pedas. Asam Pedas ni memang sangat sinonim dengan Melaka, kalau ke Melaka memang tak sah tak pekena (makan) asam pedas dulu. Dia kira sama macam Penang la, kalau pi sana mesti orang cari nasi kandaq dan pasembor. Lepas check out, kami terus ke Asam Pedas Hajjah Ruhana di Taming Sari. 

Inilah kedai asam pedas tu, Asam Pedas Hajjah Ruhana

Ni ha kalau nak makan ikan bakar pun ada. Boleh tengok harga ni boleh la nak bajet sebelum makan.



Ni lah lauk saya hari tu Nasi putih, asam pedas pari, telur masin separuh ulam pegaga, cicah sambal belacan dan cencaluk RM15.70. Harga tu kira reasonable sebabikan pari tu memang besar. Tapi saya rasa ikan pari tak berapa fresh, Maybe ikan frozen kot.


Selfie lepas makan, nampak pinggan kosong je lah haha Masing-masing kelaparan sebab tak breakfast pagi tu

Pilihan ulam ulaman di sini semua segar-segar, rasa macam nak ambil semua je masa tu haha

Pelbagai pilihan sambal. Budu pun ada. Air asam sedap, sambal belacan haritu mungkin terlebih belacan. Saya tak boleh nak makan, tapi kawan yang lain makan diorang kata okay je rasa sambal ni.

Asam pedas ikan pari. Bagi saya asam pedas ni biasa saja saya suka yang claypot tu. Makan panas- panas sedapppp

Bercuti dengan geng gila-gila la paling best, setiap benda ada je lawaknya. Next trip kita pi jauh sikit nah. 

Ada pelbagai jenis asam pedas kat sini, korang pilih je nak yang mana, Ada ikan pari, patin, tenggiri, siakap, parang dan kembung.





Masakan sayur pun banyak pilihan tau, seronok makan kat kedai macam ni, dan jenis sayur pun dah di letak kat situ, kalau tak kenal sayur lagi taktau la haha


Ulam pegaga dia memang fresh sangat, ranggup dan sedap

Inilah pusat kraftangan tu. Betul-betul depan kedai asam pedas. Best shopping sini, macam-macam ada. senang la kalau nak beli sourvenior kat keluarga ke

Pelbagai pilihan kerepek ada kat sini. Harga pun berpatutan. Pilih je apa korang nak, banyaka pilihan kuih tradisional. Suka dok dalam ni, macam-macam kuih tradisional yang jarang kita nampak ada jual kat sini.

Boleh minta nak rasa dodol panas tu.Diorang akan bagi rasa dengan lidi. Makan dodol panas memang chewy dan lembut je, serius sedap.

Ini dodol yang dah siap packing kecik-kecik Macam-macam jenis ada, tapi orang yang jual dodol tu kata kalau dodol dalam packing ni biasanya diorang letak gula putih, supaya tahan lebih lama. Kalau dodol yang panas-panas tu memang pure gula melaka, so tak tahan lama sangat. Saya beli dodol panas tu sebekas RM15


Kalau yang suka sotong tu, ni ha ada jual kat sini satu pack tu RM15 kalau tak salam

Tengah membeli, nampak budak ni, kemain dia shopping, tak perasan pulak parents dia, nampak dia sorang-sorang je.Kalau bawak anak, jangan tinggal tau, orang jahat ni tunggu masa je. 

Berhadapan dengan kraftangan dan kedai asam pedas ada jual kuih keria. Sedap jugak, tapi jangan harapkan ubi banyak la haha 5biji RM5 atau 12biji RM12

Kuih coq peniram dan karipap pun ada. Taktau sedap ke tak sebab tak beli

KOS STAYCATION MELAKA UNTUK 2 HARI 1 MALAM

Kos yang saya share berdasarkan kos saya sendiri dari Puchong-Melaka dan berkongsi 3 orang

Minyak                        45
Tol                               30
Lunch Ee Ji Ban          64
Dinner Ikan Bakar      118
Lunch Asam Pedas     15.70
Emperio Residence     153

Total 427.70 untuk tiga orang, jadi kos untuk seorang cuma RM141.90. Korang akan rasa berbaloi bila tengok penginapan kami dan menu yang kami pilih di ikan bakar parameswara.Total untuk seorang tak sampai RM150, pada saya berbaloi sebab makan sedap, tido mewah siap boleh mandi buih di bath tub hahaha


Jom tengok video staycation saya sepanjang di Melaka. Sebelum ni ada saya kongsikan di entry lain restoran ee ji ban, ikan bakar parameswara, dan Emperio Residence semua ada dalam video ni. Dah tengok tu nanti like dan comment ye. Saya bukan youtuber, buat video hanya sebagai kenangan untuk diri sendiri je.








Comments

  1. Sedap-sedap belaka makanannya sis, terliur tengok. Nanti kalau ke sana boleh la singgah dan cuba.

    ReplyDelete
  2. Wow........yummy! Sedap nyer nampak masakan2 asam peas dan kuih keria tu. Hehehe...........craving lah pula. Thank you for sharing your experience with me.

    ReplyDelete
  3. Looking at the kuih keriah makes me feel so hungry right now. Glad to know you enjoy vacationing in my hometown.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes your hometown right, I've read your blog,

      Delete
  4. Kira murah juga lah nak dibanding kan dengan tempat lain

    ReplyDelete
  5. Sis sebelum ni mmg wajib g melaka setiap tahun. Tp tak pernah try asam pedas hajjah ruhana tu. Next time nk makan sini lah.

    ReplyDelete
  6. Pegi Melaka kira tak lengkaplah kan kalau tak pekena asam pedas 🤩 kira murahlah kalau RM15 tu untuk 3 orang makan..hehe

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya tahun lepas jalan2 Melaka, tapi covid dan tertangguh akhirnya terus tak p.. Makanan sedp betul tengok.. Dodol tubwarna warni. Bestnya.. Harap dpt ke Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. dodol ni beli yang panas tu sedappp yakmat

      Delete
  8. This looks so fun! Thanks for sharing! This is really bajet! I am gonna take your advise~

    ReplyDelete
  9. Rindunya Melaka. Lama x datang sini. Org kata kalau datang sini wajib cuba asam pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes asam pedas dan ikan bakar. saya ada share kedai asam pedas jugak

      Delete
  10. omg the kedai asam pedas is a must visit! the dishes look so amazing, i am totally drooling now!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pi situ nanti mintak dia panaskan asam pedas tau

      Delete
  11. Wah, murah tu, bajet sorang bawah rm150 je. Dapat makan best2 pulak tu. Geram je tengok kerepek2, gajus, dan sotong kering. Kita ni dah la hantu snek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat situ macam2 jenis kerepek and kuih traditional ada ummi. rambang mata

      Delete
  12. Oh mai.. rindunya nak jalan2 kat Melaka.. walaupun dah banyak kali ke sana, kedai2 sama juga kita visit selalu.. tapi of course ada la cuba try test yang lain.. :) tapi tempat2 share ni semua family places :) next time nak try la Emperio ni..

    ReplyDelete
  13. Lamanya tak datang melaka. Last two year boleh dikatakan asyik pergi melaka je jalan-jalan. Harap cepat la habis covid ni

    ReplyDelete
  14. Tengok you punya travel rindu lah pula nak pergi Melaka.. Jalan-jalan makan asam pedas. Perghhhh...

    ReplyDelete
  15. kalau ke Melaka ni memang tak takutlah kan nak cari tempat penginapan dan makan, sana sini ada jee kemudahan, datang berkali-kali pun tak puas berjalan...

    ReplyDelete
  16. I really miss the food in Melaka, wonder when it's safe to travel again, cuti-cuti Msia dah puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann lepas habis covid i nak travel satu malaysia

      Delete
  17. this is one of the good one i can plan when i plan to have a day budget trip to Melaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers