Ad Code

PAUL PASTRIES ATAU MADAM KWAN'S? PILIHAN MAKANAN DI PAVILLION KL

Assalamualaikum semua

Paul Bakery, French pastries

Saya peminat pastry, pantang kalau nampak kedai bakery mesti nak singgah beli. Pastry ni walaupun resepi yang sama tapi rasa dia berbeza tau. Saya suka baking roti dan kek, jadi saya sangatlah hargai pastry yang saya makan lagi-lagi yang homemade. Yelah kat rumah ni pun takda breadmaker, buat roti memang uli tangan, kalau yang pernah buat roti tanpa breadmaker akan faham. haha Roti ni lagi lama kita uli, lembut dan kenyal tu kita boleh rasa masa makan tu, sedap je makan kalau roti fluffy. 

Okay sebenarnya nak cerita haritu ke Ritz Carlton Kuala Lumpur, kononnya nak ke Valiram Sales tapi barang-barang banyak dah habis. Penyudahnya hanya beli coklat stevia je untuk mak. Jadilah kan ada juga benda yang dibeli. Kemudian terus ke Pavilion untuk Lunch. Sepanjang hidup ni, walaupun dok kat Klang Valley tapi boleh kira dengan jari berapa kali je pernah masuk Pavillion ni. Jangan kata Pavillion, memang jarang sangat lah nak shopping kat area KL ni, tak suka drive masuk KL, tak pernah tak sesat, dah la semedang je jem haha

Mee kari ni rasa berlemak, memang lain dari rasa mee kari kat luar. Tengok gambar ni jadi teringin la pulak adoiiiiii hahaha

Haritu kami makan kat Madam Kwan's, kalau nak tau, itulah pertama kali masuk untuk makan situ. Selalu nampak je dekat IOI City Mall, Mid Valley tapi mesti tekak teringin makan benda lain. So, haritu ajak diorang makan, dan ternyata sedap. Patutlah oraNg suka makan kat Madam Kwan's ni kan, portion dah la besar. Saya beli Mee Kari dan Rojak buah dan pada saya dua-dua pun sedap. 

Kuah rojak ni paling win, sedap sangat dan tak boleh agak bahan-bahan kuah rojak ni

Rojak buah tu buah-buahan yang dia letak tak banyak jenis tapi sangat puas hati sebab ranggup betul, kira fresh la kan. Dan mee kari tu udang dia besar, portion memang banyak, makan sampai sengkak perut.

Kotiau kantonis, tengoklah portion dia, kalau perut tak sengkak memang power lah

Nasi lemak rendang ayaam siap ada sambal sotong dan acar timun

Sementara tunggu makanan tu, tergugat jugak tengok keropok ubi ni, keropok tu macam panggil-panggil je suruh bukak hahah Makanya ambik lah satu nak rasa, nasib lah sedap. Paling suka packaging keropok ubi ni memang menari perhatian untuk beli.

Keropok ubi ni RM4.50 kalau tak salah. Cantik kan packaging

Dah tawaf satu Pavi, perut pun dah kenyang, kawan recommend beli pastry kat Paul, dia kata sedap, kalau turun Jakarta mesti dia akan beli pastry kat Paul ni. Jadi saya pun cubalah beli beberapa pastry yang saya rasa sedap dan affordable untuk diri sendiri haha Pastry yang Paul ni nampaknya semua menarik untuk dibeli tapi harga tu agak menangis la kalau nak beli seperti kebiasaan. Selalunya kalau beli pastry ni, jarang beli bawah 5 jenis, itu untuk makan sendiri tau, taknak kongsi-kongsi. Dekat sini, terpaksa had kan pembelian, takpa next time mai kita beli yang lain pulak.

Since 1889, dah lebih 100 tahun kedai bakeri Paul 

Ring donut with almond tu paling sedap

Inilah empat jenis pastry yang saya beli.

Yang dalam kotak tu chocolate eclairs. Masa nak beli pun dah tinggal satu ni je. Dekat paul ni eclairs adalah bestseller diorang, ini menurut kawan saya tu la, kalau dia tipu, saya dan korang tertipu bersama haha Korang tengoklah sendiri apa yang ada kat Paul ni, ini sebahagian je tau. ramai pulak orang nak ambik gambar semua pastry. Semua nampak sedap kan? Ish geram sungguh lah rasa nak beli semua je haha


Ada tiga jenis eclair, hazelnut tu pun macam sedap tapi agak membunuh la harga jadi beli satu je lah


Apple and apricot tu pun macam sedap, saya beli apricot je

Itu je la, takda apa nak share pun, saja simpan sini, pengalaman pertama kali ke Paul dan jugak Madam Kwan's Pavillion Kuala Lumpur. Nanti dah tua, anak cucu tanya boleh lah jawab "nenek pernah makan kat situ cu" HAHAHAHAHA Kalau korang cari Paul di Pavillion, boleh ke tingkat dua, kedai dia ada di bahagian tengah. Dekat Paul ni ada juga jual sandwich tapi specialty yang dijual adalah pastry.


Okaylah stay safe korang. Kes covid makin meningkat ni, jadi nak pesan untuk semua dan diri sendiri, jaga SOP tau, makesure kita scan setiap kali masuk mana-mana premis. Kita kena jadi rakyat yag bertanggungjawab. Tegur je kalau nampak orang tak scan, manatau dia lupa ke kan, niat kita nak ingatkan. #kitajagakita

Post a Comment

36 Comments

  1. Wah banyaknya makan , Naim harap semua makanan di atas memenuhi citarasa anda ye.. Biar covid-19 reda sedikit di KL boleh nak pi sana.. hehe. stay safe ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semua sedap2. apa pun kita patuh pada SOP setiap kali keluar. stay safe too

      Delete
  2. semuanya sedap..saya pon macam Bae kalau keluar mesti makan makan makan..dan kalau ada tempat makan baru mesti rasa nak cuba..tengok laa tahun depan kalau Covid 19 dah habis boleh laa jalan2 Pavi cari makan

    ReplyDelete
  3. madam kwans sedap! rindunya nak makan kat sana lama dah tak keluar

    ReplyDelete
  4. tak pernah try lagi makan dekat madam kwans padahal selalu je nampak kalau pergi OU. Paul Bakery ni tak pernah jumpa lagi tapi nampak sedap lah enclaire dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. eclair tu sedap. madam kwans lagiii sedap hahha

      Delete
  5. Sis pun 2,3 kali je penah sampai sana. Tak rajin jauh2 pi kl centre. Madam Kwan sis tk pernah makan. Hahahaha. Pastri pun sis ok. Suka rotiboy. Nanti try sini lak.

    ReplyDelete
  6. Aduhaii... Menitik air liur baca entry ni sebab semua sedappp2.. Ulang2 tengok gambar banyak kali. Terbaik, tq for sharing ❤️

    ReplyDelete
  7. nampak sedaplah pastry dia. adoi dah lama tak makan rojak tiba-tiba pula rasa nak makan bila tengok gambar tu..haha

    ReplyDelete
  8. Harga boleh tahan jugak Paul tu. Tapi, kalau memang sedap, sekali sekala boleh la beli

    ReplyDelete
  9. Oh kita a bit opposite la. Saya tak berapa minat pastry or dessert. Dan mungkin sebab tu la tak minat baking. Anyway the dishes you had look great!

    ReplyDelete
  10. Paul tu Sis dah pernsh beli rotinya.. kira okay laa sedap lembut juga..
    Yang Madam Kwans tu masa tu nak masuk, kusss semangat... sampai beratur weii..
    One day cuba gak makan situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib cuba. sebut ni jadi teringin pulak haha

      Delete
  11. Terasa nak pergi terjah jer having a cup of hot chocolate and éclair for breakfast skrg juga... 😊 Selalu buat ni kat City of Love dulu2...

    ReplyDelete
  12. The pasteries looks so delicious, I've tried PAUL and they are really good but I didn't know they serve local dishes as well got to try them myself.

    ReplyDelete
  13. i always enjoy the pastries from Paul even when i was in france, but this shop kt pavilion selalu ada queue haha potong stim betol

    ReplyDelete
  14. Hahaha pernah ada pengalaman buat roti uli pakai tangan. Ya allah jenuh amat ya nak uli lama2. Lepastu nak merotinya lagi. Haihhhh. Geng laa kita suka pastry tapi hahahaha menangis laaa kalau nak beli pelbagai jenis dekat Paul tuu. Btw, kotiau kantonis dia nampak menggoda sungguh! Aishhhh geram tengok

    ReplyDelete
  15. Paul Pastries ni kita tak pernah cuba tapi Madam Kwans kita pernah makan sedap dan best. Nampak gaya kena cuba yang Paul Pastries ni lak heheheheh sedap tengok roti dalam tu...

    ReplyDelete
  16. wa enjoy so many nice food at Pavilion! I like Paul pastry a lot too. very nice can't find outside kan

    ReplyDelete
  17. Wow harga dia. Ni kalau ambik 5 mau bayar pkai not Rm100 ye. Haha

    Sesekali blh la kan. Nak merasa. Anggap la reward tuk diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la. 5pcs pun belum tentu kenyang lagi. sebab kecik je pun eclair tu

      Delete
  18. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete
  19. Astaga. Terus teringat time lepak dan makan dengan kengkawan kat Paul nie suatu ketika dahulu sebelum covid (2019 tuuuuuuuu).
    Aduh rindunya nak lepak dan makan2 weiii

    ReplyDelete