Ad Code

REVIEW MOVIE TAMIL

Assalamualaikum semua

Ada tak peminat filem tamil kat sini? Saya antara top fans movie tamil, telugu, malayalam sebab movie diorang biasanya berdasarkan kisah benar. Saya suka movie berdasarkan kisah benar, kalau buku pun kurang baca fiksyen, tapi kalau fiksyen lebih suka realistik fiksyen, rasa lebih dekat dihati dan cepat sikit nak habiskan baca buku tu haha Harini saja nak review beberapa movie tamil yang saya dah tengok dan semua movie ni berdasarkan kisah benar ye. Mungkin ada yang korang dah pernah tengok kalau belum tengok ha boleh la baca review ni pastu pilih je nak tengok yang mana. Kebanyakkan movie yang saya pilih ni adalah kisah misteri pembunuhan dan penyiasatan, genre macam ni rasa suspen sikit nak tau kesudahannya, kadang tak terfikir kita siapa pembunuh sebenar. Dah jommm baca..

ANKUR ARORA MURDER CASE

Pengarah : Sohail Tatari
Penulis : Vikram Bhatt, Shagifta Rafique
Pelakon : Kay Kay Menon, Visshesh Tiwari, Tisca Chopra
IMDb rating : 6.5/10


Sumber Google

Filem ni diterbitkan pada tahun 2013 dan ia diilhamkan oleh kisah nyata yang berlaku di salah sebuah hospital di New Delhi. Ia mengenai kisah mencari keadilan untuk Ankur Arora untuk kematiannya yang tidak wajar selepas melakukan pembedahan. Pihak hospital cuba menutup apa yang sebenarnya berlaku semasa proses pembedahannya. Namun seorang doktor pelatih, iaitu Dr. Romesh merasakan terdapat keanehan apabila dia mendapati Ankur menjadi koma selepas pembedahan sebabnya Dr Romesh tidak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam operasi pembedahan Ankur. Dr Romesh cuba mendapatkan maklumat penjagaan Ankur dari jururawat yang bernama Roseena tetapi malangnya jururawat itu telah mengambil cuti sebelum jadual jaganya selesai. 

Dr Romesh pun mula menyiasat kes berkenaan kematian Ankur. Mula-mula tu mak Ankur redha je kematian anak dia, tapi Dr Romesh yakinkan mak Ankur kesilapan memang dari pihak hospital. Kita boleh tengok betapa jujur dan bersemangatnya Dr Romesh terhadap kerjayanya sebagai seorang doktor. Cite ni best sebab ianya kisah benar dan macam-macam halangan yang dilalui untuk buktikan kebenaran. Plot twist masa dihujung cerita, bila last tu baru rasa yes, you deserve it! giteww

AGENT SAI SRINIVASA ATHREYA

Pengarah : Swaroop Rsj
Penulis : Swaroop Rsj
Pelakon : Naveen polishetty. Shruti Sharma, Shredha Rajagopalan
IMDb rating : 8.4/10

Sumber Google

Agent Sai Srinivasa Athreya adalah filem tamil yang ditayangkan pada 2019. Menceritakan tentang seorang penyiasat persendirian yang bernama Sai Srinivasa Athreya, yang obses menyiasat kes jenayah dan sentiasa mencari peluang untuk menyiasat kes yang rumit. Dia sangat bijak walaupun pada luaran nampak bersahaja dan seperti bermain- main ketika melakukan penyiasatan. Pada awalnya dia hanya mejalankan siasatan kes kecil kecilan bagi menyara hidup.  Cabaran sebenar yang ditunggu- tunggu muncul apabila dia menerima satu kes di mana seorang ayah telah hilang ketika sedang menuntut keadilan untuk anak perempuannya yang dirogol dan dibunuh namun mana kes ini langsung tidak diendahkan polis. Tetapi detektif Sai dapat menghidu sesuatu yang mencurigakan dan mengesyaki kes ini berkait rapat dengan misteri penemuan mayat tidak dikenali yang sering dijumpai di landasan keretapi. Jalan cerita filem ni sangat sukar diramal dengan plot twist yang buat kita meneka hingga klimaks.

Di akhir filem, ditayangkan laporan surat khabar berkenaan kisah ni, yelah filem ni diadaptasikan melalui kisah benar. Kadang rasa tak tercapai akal kenapa ada manusia kejam macam ni, mempergunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan diri. Filem ni memberi maksud sebenar penunggang agama. Korang memang kena tengok filem ni. 

RATSASAN

Pengarah : Ram Kumar
Penulis : Ram Kumar
Pelakon : Vishnu Vishal, Radha Ravi, Sangii Murugan
IMDb rating : 8.7/10

Sumber Google

Satu lagi filem tamil yang best adalah Ratsasan, ditayangkan pada tahun 2018. IMDb rating pun tinggi, dah tentu lah best. Filem ini mengisahkan seorang polis yang sedang memburu seorang pembunuh bersiri yang telah memburu gadis belasan tahun.  Kesemua gadis tersebut dibunuh dengan kejam kemudian mayatnya diletakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Kekejaman pembunuh ni memang tak masuk akal lansung. Klimaks filem ni bila anak saudara polis tu sendiri dijumpai dibunuh dengan sangat kejam, padahal ayah dan pakcik dia seorang pegawai polis. Cara pembunuh tu approach gadis-gadis ni pun sangat tak terjangkau akal kita sebagai penonton. Berjaya atau tak pegawai polis menangkap penjenayah kejam yang juga telah membunuh anak saudaranya itu? Kalau nak tau korang kena la tengok. Walaupun ini filem pembunuhan bersiri, tapi mesej yang disampaikan sangat jelas. Banyak moral serta nilai murni yang dapat kita belajar dari filem ni. Moga Malaysia dijauhkan daripada pembunuhan kejam macam ni.

Ada banyak lagi filem tamil yang best saya nak kongsi, tapi saya review tiga filem je dulu. Kalau rajin nanti saya review lagi. Saya suka tengok filem berdasarkan kisah benar sebab banyak perkara kita boleh belajar dari jalan cerita filem tersebut. Kalau korang ada filem tamil yang best especially pembunuhan bersiri, kongsilah dekat komen, nanti saya cari dan boleh review in future.

Satu lagi pesanan, kita masih belum menang dengan covid ye, jadi menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa ikut SOP yang ditetapkan. Jaga jarak, elak berada di tempat yang ramai orang ye, bukan apa, virus tu tak nampak, jadi selalu basuh tangan atau guna sanitiser okay!

Stay safe everyone..

Post a Comment

51 Comments

  1. wah..jalan cerita macam menarik. takde la minat sangat filem tamil tapi memang ada sesetengah filem memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best movie tamil ni sebab dia banyak kisah benar.

      Delete
  2. Movie Ankur Arora Murder Case tu bukan movie Tamil, tu movie Hindi. Pengarah dan pelakon pun dari Bollywood industry

    ReplyDelete
  3. wah rajinnya review! jarang dengar or baca review filem tamil ni. kadang-kadang suka tengok sebab banyak drama haaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari movie yang kisah benar, nyanyi2 lagu berlarian di pantai pun takda haha

      Delete
  4. Sis jarang layan movie tamil tp bila baca review awak rasa nak tengok plak. Especially movie first tu. Nampak menarik sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie first tu kisah benar sis. besttt tapi tu movie hindi bukan tamil. silap hehe

      Delete
  5. woow....long long time didnt watch Indial film, hmmm....thanks for this, can watch this weekend maybe :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Tak biasa tengok filem tamil. Bila baca jalan cerita dia macam boleh tahan. Nanti kita try download

    ReplyDelete
  7. Memang jarangbtengok cerita tamil.. Tapi dengar ulasan awak macam best pulak tiga2 cerita ni.. Rasa nak tengok

    ReplyDelete
  8. Menarik juga filem2 ni.. boleh marathon la kesemua filem ni this weekend.. Bookmarked dulu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling best cite ratsasan. memang best yakmat

      Delete
  9. (angkat tangan) nampak tak ? hahaha ...sayalah peminat movie tamil sampai keluarga dah cop moksu ni kalau hari ahad mesti layan tamil....saya pun ada tulis pasal movie tamil yang best ...serinok tengok sebab banyak scene yang rare...tahu tak logik tapi tetap tengok ....ni dah lama jugak tak tengok mana2 movie tamil nak2 yang pelakon tak berapa kenal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy ada geng. nanti share la movie tamil best2. saya layan tamil, telugu, malayalam pun layannn

      Delete
  10. Taste kita sama. Saya pun suka cerita based on true stories, ataupun hyper-realistic fiction. Kalau tengok/baca cerita yg ada sikit tak logik, memang terus stop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann especially buku memang tak minat fiction kecuali realistic

      Delete
  11. Dah menjadi kewajiban for me and my mom, nonton filem Tamil every Sat night. We love it, especially kalau kisah kehidupan pendalaman kampung, kalau modern nya kurang sikit

    Cara Nak Target Audience diFacebook

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya selalu cari movie yang berdasarkan kisah benar

      Delete
  12. Alamak ni yg nak layan tamil balik.. best cerita based true story ni heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. based true story takda lari2 tepian pantai nyanyi2 tu haha

      Delete
  13. Kak min suka tgk cte tamil sbb cte dia selalu best2 ekekkeek

    ReplyDelete
  14. I will be more than happy to watch Ratsasan which looks very suspenseful and scary at the same time. Thanks for sharing this list of tamil movies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2 suspen and dia punya plot twist tu kita takleh agak sapa pembunuh

      Delete
  15. jarang sikit nak layan tamil movie ni tapi tengok review satu-satu macam best jugak lagi-lagi bila cakap most of them based on true story

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari cite true story memang best jalan cite tu macam takleh brain

      Delete
  16. I dun understand tamil... got translation to watch or not? hehehehe... looks good in the review

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la ada subtitle. or else i pun tak faham haha. can find subs malay/indon/English

      Delete
  17. Tertarik pulak dengan yang Ankur tu laaa.. Sis minat sangat tu tak, tapi kalau jenis cite hantu, misteri, atau jenayah ke, haaa suka nengok..

    ReplyDelete
  18. I’m not a fan of Tamil or even Bollywood movies. But I do heard that Tamil movies are good. Maybe I should try watch one. Thank you for your recommendations.

    ReplyDelete
    Replies
    1. any tamil movie based on truw story worth to watch

      Delete
  19. jarang nak tengok filem tamil atau hindi ni. selalunya layan drama korea. nampak menarik juga jalan ceritanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. korea pun saya layan gak. tapi biasa layan genre yang sama

      Delete
  20. semua movie ni fd belum tengok lagi. baca review macam syok. nanti nk try cari movie online la bole layan masa free ni

    ReplyDelete
  21. wahh peminat movie tamil rupanya.. iena tak berapa minat tengok movie tamil tapi kalau kat kampung bila mak bukak cerita tamil tu terpaksa layan la.. Baca review macam menarik..blh suggestt kat mak..dia suka tgk

    ReplyDelete
  22. Saya masih lagi tak berkesempatan nak cuba tonton movie telugu dan tamil sekarang. Dulu selalu juga tonton hindustan dan tamil dengan my mom. Dia peminat. hehehe... Movie ni jangan cerita dia menarik juga. Scary pula bila pembedahan yang tidak berjaya disebabkan 'something' macam ni. hhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... real life happen kita je yang tak tau

      Delete
  23. Ohh kalo filem thriller gini, insya'Allah boleh layan lagi..tapi jarang2 lah mencari..biasanya kalau ada orang buka pasang depan kita, kita join la sekali..hihi

    By the way filem nombor 1 tu macam familiar kisahnya..pernah viral sekejap dulu kan..

    ReplyDelete
  24. Ankur Arora Murder Case tu sinopsis dia best! Terus save tajuk nak minta suami carikan nak tengok.

    ReplyDelete
  25. Suka jalan cerita ankur aurora tu. Marina pon kadang layan juga cerita tamil

    ReplyDelete
  26. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^cc
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.com ^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete