VIT'S KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Image
Assalamualaikum semua Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti teruja nak sambut bulan mulia walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) dan masih belum dapat merentas negeri. Syukur kita semua masih dapat menunaikan ibadah terawih di masjid dan surau dengan SOP yang ketat berbanding tahun lepas kita semua hanya di rumah. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambutAidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaandah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye. Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramad

NUKILANBAE - BONEKA

Assalamualaikum semua,

Dah lama tak menarikan pena, berpuisi meluah rasa. Rasa tenang bila dapat hasilkan sesebuah puisi. Setiap puisi yang saya nukilkan, sangat dekat di hati saya. Biasanya ia berlaku disekeliling sebab tu boleh hayati dan terhasillah puisi. Saya suka melihat dan amati apa yang berlaku disekeliling, baik pada keluarga, kawan-kawan atau pun diri sendiri. Sangat rindu nak dating dengan alam semulajadi, sebabnya ilham mencurah-curah bila kita bersatu dengan alam ni. 

Dah baca tu, boleh komen agar ada penambahbaikan untuk saya menghasilkan puisi yang terbaik. Manatau kot ada rezeki untuk compilekan semua puisi saya ni menjadi sebuah buku. InshaaAllah. Saja la berangan, rezeki manausia siapa tau kan. Ada rezeki teringin jugak, nak mengikut jejak Rahman Shaari ke, Lim Swee Tin atau Muhammad Haji Salleh. Mak jenin di siang hari. Jom hayati bait-bait nukilan saya bertajuk BONEKA. 

Sumber Google

BONEKA 

Sebermula Sandiwara Dunia, 
Perihal Jiwa Yang Tertambat, 
Piantan Bukan Waktunya, 
Dipaksa Akur Akan Gentas,

Lisannya Bercabang Dua, 
Tingkah Pula Berjaga Jaga, 
Rapi Helah Dipelihara, 
Tiap Bicara Terisi Bunga,

Kelu Bidadari Bagai Terkunci, 
Terikat Dia Menyendiri, 
Melakon Layar Mengikut Cereka, 
Buntu Kaku Bagai Boneka,

Sudah Aku Ingatkan, 
Langkah Diatur Dengan Tadahan, 
Tiada Endah Ia Pada Wejangan, 
Rakus Terus Tak Berkesudahan, 
Asbab Menjadi Penurut Alam, 
Mengakali Pementasan Cakra, 
Bersesalan Kismatnya Tiada, 
Naungan Maha Agung Sebagai Senjata, 

bae@29112020

Boneka dihasilkan pada 29 November 2020. Trademark setiap puisi saya akan ada nama dan tarikh puisi dihasilkan. Puisi ni berkisarkan tentang pasangan, yang masa salah seorang merasakan dia tertipu denga kata dan janji manis pasangannya. Walaupun tahu pasangan dia berdusta, tapi dia seakan tak mampu nak bersuara dan mempertahankan haknya. Akhirnya dia hanya mengikut rentak pasangan walau sedar dia tersiksa.

Telah dia diingatkan untuk beristikharah dan mohon petunjuk Tuhan, namun dia abaikan hanya kerana sebuah cinta. Apabila nasi sudah jadi bubur, apa lagi yang dia mampu buat, hanya lah doa kepada Maha Pencipta sahaja sebagai kekuatan diri, menjadi talian hayat terakhir untuk dirinya.

Begitulah kehidupan, sebab tu kita sering diingatkan untuk tidak membuta tuli mencintai seseorang. Hidup berpasangan ni bukannya kehidupan sementara yang hanya setahun dua. Semestinya kita nak hubungan yang berpanjangan, hingga akhir hayat. Apapun dalam hidup ni, sentiasalah mohon petunjuk Tuhan, dan jangan abaikan nasihat orang disekeliling kita. Apappun yang berlaku, moga kuta semua tabah. Kalau rasa tak boleh teruskan, tak ada masalah pun untuk kita hentikan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kan?

Korang rasa pernah jadi boneka dalam perhubungan?

Comments

  1. Deep betul maksud puisi ni..apapun Allah memang dah janjikan yang terbaik untuk kita, insyaallah ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar... usaha doa dan tawakal.. yakin dengan Allah je

      Delete
  2. kadang tu berdiam diri sebab anak-anak, kadang sebab kekurangan diri sendiri. Kesian kalau dapat partner yang salah

    ReplyDelete
  3. nice one. setuju sangat. bila rasa tak boleh nk teruskan. letak titik noktah dan move on to new life chapter

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ada yang tak kuat untuk letakkan titik noktah walaupun tahu diri sendiri tersiksa.. sedihh

      Delete
  4. Puitisnya baca penulisan Boneka ni memang ayat yang menyentuh jiwa dan juga dekat dengan diri kita sebagai manusia yang ada suka menjadi boneka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu maha, ada yang berdiam je jadi boneka

      Delete
  5. Baca puisi ni pun memg mendalam maksudnya.. Betul nak mencintai sesseorg mesti selamanya. Tapi tu la.. Semuanya jodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencintai tak bermakna kita perlu jadi boneka nad huhu

      Delete
  6. Sebuah puisi yang dalam maksudnya. Tapi ilmu saya tentang puisi terlalu cetek untuk saya berikan komen yang bernas. Cuma yang saya boleh ucapkan ialah syabas dan teruskan berkarya. ��

    ReplyDelete
  7. Sis dulu waktu sekolah juara menulis puisi dan sajak hehehe sebab dalam bidang sastera.. cikgunya penulis lagu dan lirik tu Ly & Baiduri tu.. kira pelajar pilihan laa.. tu yang jadi minat menulis blog..tapi cuma sekarang kalau Sis menulis kang, takut mood tu bermacam rasa sebab banyak nanti akan di luah dalam puisi sebab dia mainkan perasaan kita.. jadi tak syok kan.. takut terbawa-bawa emosinya huhuhu..

    Teruskan berkarya dan menulis Bae.. one day boleh buat e-book nanti.. sis support you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sissss komen la puisi bae...apa perlu bae perbaiki.. nak belajar dengan sis laaa..bae bukan background sastera tapi minat tulis puisi

      Delete
  8. Itulah kehidupan, macam macam cabaran kan. Bukan senang nak buat sajak atau puisi, teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  9. Paling menakutkan 2nd verse tue, valid untuk sesiapa saja baik for friendship ataupun relationship... Scary if berdepan with orang macam ni..

    ReplyDelete
  10. Thank u for such beautiful poem. Lama xdengar or xbaca sajak! Suka hasil nukilan Bae Roslan! Penggunaan perkataan pun sangat mendalam !

    ReplyDelete
  11. Wah rajinnnya berpuitis! Sangat berkarya dan mempunyai maksud yang mendalam. Kadang-kadang perasaan tu boleh ditafsirkan melalui penulisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. lebih mudah meluah rasa melalui pena dari berkata2

      Delete
  12. this is a really nice and meaningful puisi. give me lots to reflect on my life after reading it!

    ReplyDelete
  13. puitis betul. maksud yang trselit pun sangat mendalam. pandai berpuisi ye. keep it up

    ReplyDelete
  14. Noktah itu penting bila dah tak perlu nak teruskan. Dulu, saya suka nak tulis puisi

    ReplyDelete
  15. Sedih nya puisi ni.. Semoga kita tak menjadi seperti boneka.. ❤️

    ReplyDelete
  16. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete
  17. Lama tak baca puisi dari sis. Rata-rata perhubungan memang sebegitu

    ReplyDelete
  18. wah..dasyat puisi..banyak tersirat ya..
    kalau Cuya biasa buat puisi yang direct terus..
    keep it up!

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers