TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

City of Digital Lights @iCity Shah Alam

Assalamualaikum semua

Selangor ni banyak tempat-tempat menarik untuk kita kunjungi antaranya adalah iCity. Pasti semua dah tau bila sebut iCity ni kan. Walaupun saya dah lebih sedekad tinggal di selangor, dah kira pemastautin, sedihnya belum pernah ke iCity. Haritu keluarga mertua dok bincang nak kemana, konon-konon nak percutian ringkas, tapi dengan keadaan covid yang tak menentu ni, semua setuju nak pi tempat dekat-dekat je yang tak perlu bermalam. Semua ipar terkejut saya tak pernah ke iCity, masing-masing ketawakan saya, padahal dekat je dengan rumah.

Rupanya Taman Tema iCity ada bermacam tarikan antaranya Snow walk, Water world, Art Museum, House of Horror, City of Digital Lights dan lain-lain. Semuanya menarik tapi haritu sebab dah sampai pun lewat sebab jem nak masuk ke iCity, dan sesat sebelum tu, masuk ke Central iCity Mall, ya ampun berpusing-pusing jalannya. Alhamdulillah sampai dan parking pun mudah je walaupun banyak kereta.

Sampai di iCity, cantik sangat dengan lampu berwarna-warni, memang menarik perhatian semua peringkat umur, orang dewasa, dan kanak-kanak semestinya. Nak masuk ke City of Digital Lights ni akan melalui kedai-kedai yang menjual pelbagai aksesori berlampu yang memang akan menarik perhatian kanak-kanak terutamanya belon lampu. Para ibu bapa kena bertabahlah bila lalu jalan ni ye, kalau dengar anak-anak meragam tu. orang lain pun lagaknya biasa je, macamdah faham sangat.


Kalau korang nak tau, iCity disenaraikan di antara tempat paling dinamis dan berwarna-warni di dunia oleh CNN Travel kerana pemandangan malam yang unik. Dengan pemandangan cahaya yang unik, City of Digital Lights di i-City diterangi dengan lebih dari satu juta lampu LED setiap malam, oleh itu ia juga disenaraikan sebagai tempat dan sorotan Pelancongan Malam Malaysia.

Selain dari pemandangan lampu, City of Digital Lights juga dilengkapi dengan wahana taman bertema luar yang terletak di maple LED dan 'hutan' pinus dengan lampu warna permata yang mempesona dan cahaya terang. Antara perjalanannya ialah Super Swing, SpaceWalk, Twister Boa, Carousel 2-Tier dan bermacam tarikan lagi.



Ini antara permainan yang seram bagi saya di iCity Digital Lights ni adalah Disco ride dan  Giant Ferris Wheel. Tak mungkin saya akan naik haha Kalau korang sukakan permainan yang menguji keberanian korang, boleh la cuba antara permainan yang disebutkan tu. Jangan jerit-jerit nak turun pulak bila dah kat atas tu ye haha


Lampu-lampu pada pokok seperti hutan pine memang menarik untuk bergambar. Memang cantik sangat kawasan ni dipenuhi dengan lampu berwarna-warni tu rasa terpukau sangat. Almaklumlah baru pertama kali kesini kan, macam kan baru merasmikan je, padahal dah lama iCity ni dibuka.



Lepas tu kalau korang kat bahagian dalam tu ada air terjun yang dimainkan mengikut lagu. Bukan tu je, lampu pada air pun akan bertukar-tukar warna tau. Memang cantik yakmat lah..Saya jadi ralit duduk depan air terjun ni, Asyik sungguh dok tengok air terjun berirama mengikut rentak, lagi pulak lagu Siti Nurhaliza yang dimainkan haritu, lagilah seronok kan, boleh nyanyi sekali haha


Inilah yang paling menarik, gula-gula kapas. Ini bukan kanak-kanak je yang suka, orang dewasa pun suka, boleh mengimbau kenangan kanak-kanak. Haruslah beli kan, murah pulak tu RM2 je, ada kedai yang jual RM3, korang tengok kedai yang bahagian tengah-tengah tu dia jual RM2 je. Kalau nak yang design pelangi ke, bunga ke, teddy bear, tu semua harga lain lah ye.


Ha ni waktu operasi Digital Lights di iCity dan ia adalah percuma tau. cuma kalau korang nak main permainan kat dalam tu baru berbayar. Korang boleh beli point di bawah space walk tu secara cashless melalui mesin je. 1point = RM1, dan setiap permainan adalah berbeza point yang diperlukan. Contohnya Twister Boa tu 6point je.
Sumber : iCity website

Itu je yang saya dapat kongsikan di City of Digital Lights iCity, tak banyak yang dapat dikongsikan sebab  saya tak banyak main permainan, malam tu cuaca tak menyebelahi, hujan membasahi bumi. Tapi tak mengapa dah tau keseronokan iCity ni, inshaaAllah pasti akan berkunjung lagi. Mungkin cuba tarikan yang lain pula.

Pinjam topi pony anak menakan, hasil tangkapan di iCity

Last but not least, saya kongsikan kemeriahan di sekitar City of Digital Lights iCity Shah Alam yang sempat saya rakamkan.


Stay safe everyone!



Comments

  1. Wahh lama sangat rasanya tak ke sini. Last time waktu masih belajar di UiTM! Haha. Nampak menarik juga. Teringin nak cuba Giant Ferris tu. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Rawlins tak menyampai lagi ke sini. Perhaps bila keadaan dah much better, boleh bawa anak-anak saudara ke sini kan. Jejalan je la kot - naik rides tak berani hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan-jalan je pun okay, banyak je lampu-lampu yang cantik untuk bergambar

      Delete
  3. Pernah pergi sekali dekat sini tapi tak pusing habis pun sebab luas kan tempat ni pastu banyak attractions.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sekarang lagi banyak attractions.. saya hanya ke digital light je

      Delete
  4. pernah la masuk icity tapi time tu takde meriah macam sekarang..hehe

    ReplyDelete
  5. Pernah pergi icity sekali je. tapi tak pernah pergi taman tema dia. banyak jugak aktiviti best dekat sini rupanya.

    ReplyDelete
  6. Keren yaa kalo malam hari. Sama seperti di negara saya, tepatnya di kota bandung. Hampir tiap weekend main kesana sambil foto-foto hhe.

    ReplyDelete
  7. Madam pernah datang sekali samada 2018/19 if not mistaken. Tempat macam ni anak2 dan si cilik lah paling happy. Err macam u all semua those games n rides tinggi laju bagai tu madam kirim salam je. Tak gayat just gerun je. Yehaa. ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya pun tak berani kalau rides yang laju-laju tu, tengok dari bawah je haha

      Delete
  8. lamanya akak tak jejakkan kaki ke i-City.. hee~ tengok gambar gambar lampu ni teringin plak nak singgah malam minggu nanti.. tapi mesti ramai orang kan..

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak datang sini. Wah... Nampak dah semakin menarik! Nanti free nak bawak anak-anak laaa enjoy lampu lip lap kat sini. Seronok ambik gambar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang suka bergambar memang best ke sini

      Delete
  10. beberapa tahun lalu, masa study dekat Uitm Shah Alam memang icity menjadi salah satu tempat lepak bersama kawan2. rindu pulau suasana waktu tu. :)

    ReplyDelete
  11. Jujurnya teringinnya nak pergi iCity terbaru ni..sebab dulu pergi last anak sulung sekolah menengah, bayangkan lerr betapa lamanyaa kann.. Tapi nantilah dulu, tengah wabak ni kan, elakkan le dulu ke sana ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la makin meningkat pulak kesnya. nak naik rides pun hati tak tenang

      Delete
  12. Cantiknya lighting warna-warna waktu malam di iCity Shah ALam ni. Dah lama tak pergi.. sekarang ni sure lagi cantik kan sebab dah ada macam-macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye cantik, macam berada di kota lampu haha

      Delete
  13. City of Digital Lights iCity Shah Alam memang best, hari tu jer bawa anak buah pergi jalan jalan after dinner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jalan-jalan sini. kalau ada cafe/restoran mesti lagi best

      Delete
  14. Lama bethol tak singgah kat iCity ni... Dulu rajin ke sana sebab suka bergambar dengan lampu2 yang ada. Skrg sure lagi byk attraction yang mereka buat kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes definitely, gambar yang i kongsi tu cuma sebahagian je

      Delete
  15. I have always passed by this place but I have yet to set foot here. Based on your photos, it appeared that you had had a whale of time over there. Hopefully I can visit this place too one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. have a visit, u sure find it interesting place

      Delete
  16. I like iCity too especially at night time. so cantik la but now got case a bit scared to go

    ReplyDelete
    Replies
    1. icity only open after 6pm. or else how can you see all the light hehe

      Delete
  17. Kak lglah xpernah msk ke sini sbb xde geng haaa😅mng best dorang kata sbb lampu2 berwarna warni

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kak limah. budak-budak la yang seronoknya pun haha

      Delete
  18. Dulu masa zaman bujang mesti nak ke icity aje tau. Bergambar memalam pun jd cun. Dah berapa tahun tak dtg ke icity. Nampak semakin meriah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, rides pun dah banyak. seronok dah icity lani

      Delete
  19. Za pun dah lama sgt tak jejak kaki kat icity tu rasa nya dekat 6-7 tahun dah kot.. Masa tu keliling hutan je.. Hahahha sekarang lalu tgk... Nahhh rumah đi mana2 saja

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers