Assalamualaikum semua Balik dari Batam, saya dan beberapa kawan decide untuk menginap satu malam di Johor. Dah lama jugak tak staycation di Johor, dah alang-alang kan, so why not? Kami turun di Tanjung Pengelih, terus ke Laman Desaru Bistro untuk lunch. Korang boleh baca review makanan di Laman Desaru Bistro kat facebook saya ye. Ni antara menu yang kami makan haritu. Banyak jugak menu yang disediakan. Laman Desaru Bistro menyediakan pelbagai jenis makanan seperti Ala Carte Thailand, Punjabi, Western, Nasi Padang dll. Next time kalau ke sini lagi nak try Punjabi cuisine kat sini. Lepas tu, kami terus ke Puteri Harbour. Kami menginap di TRININAD SUITES PUTERI HARBOUR . Hotel ni sangat dekat dengan Terminal Puteri Harbour, kalau korang nak ke Batam or dari Batam, sangat recommended untuk stay kat sini. Hari yang saya menginap ada 2 biji bas baru datang dari Batam menginap di hotel ni. Lokasi sangat strategik, berbanding tahun sebelum covid, sekarang Puteri Harbour pun dah happenin
Get link
Facebook
Twitter
Pinterest
Email
Other Apps
City of Digital Lights @iCity Shah Alam
Get link
Facebook
Twitter
Pinterest
Email
Other Apps
Assalamualaikum semua
Selangor ni banyak tempat-tempat menarik untuk kita kunjungi antaranya adalah iCity. Pasti semua dah tau bila sebut iCity ni kan. Walaupun saya dah lebih sedekad tinggal di selangor, dah kira pemastautin, sedihnya belum pernah ke iCity. Haritu keluarga mertua dok bincang nak kemana, konon-konon nak percutian ringkas, tapi dengan keadaan covid yang tak menentu ni, semua setuju nak pi tempat dekat-dekat je yang tak perlu bermalam. Semua ipar terkejut saya tak pernah ke iCity, masing-masing ketawakan saya, padahal dekat je dengan rumah.
Rupanya Taman Tema iCity ada bermacam tarikan antaranya Snow walk, Water world, Art Museum, House of Horror, City of Digital Lights dan lain-lain. Semuanya menarik tapi haritu sebab dah sampai pun lewat sebab jem nak masuk ke iCity, dan sesat sebelum tu, masuk ke Central iCity Mall, ya ampun berpusing-pusing jalannya. Alhamdulillah sampai dan parking pun mudah je walaupun banyak kereta.
Sampai di iCity, cantik sangat dengan lampu berwarna-warni, memang menarik perhatian semua peringkat umur, orang dewasa, dan kanak-kanak semestinya. Nak masuk ke City of Digital Lights ni akan melalui kedai-kedai yang menjual pelbagai aksesori berlampu yang memang akan menarik perhatian kanak-kanak terutamanya belon lampu. Para ibu bapa kena bertabahlah bila lalu jalan ni ye, kalau dengar anak-anak meragam tu. orang lain pun lagaknya biasa je, macamdah faham sangat.
Kalau korang nak tau, iCity disenaraikan di antara tempat paling dinamis dan berwarna-warni di dunia oleh CNN Travel kerana pemandangan malam yang unik. Dengan pemandangan cahaya yang unik, City of Digital Lights di i-City diterangi dengan lebih dari satu juta lampu LED setiap malam, oleh itu ia juga disenaraikan sebagai tempat dan sorotan Pelancongan Malam Malaysia.
Selain dari pemandangan lampu, City of Digital Lights juga dilengkapi dengan wahana taman bertema luar yang terletak di maple LED dan 'hutan' pinus dengan lampu warna permata yang mempesona dan cahaya terang. Antara perjalanannya ialah Super Swing, SpaceWalk, Twister Boa, Carousel 2-Tier dan bermacam tarikan lagi.
Ini antara permainan yang seram bagi saya di iCity Digital Lights ni adalah Disco ride dan Giant Ferris Wheel. Tak mungkin saya akan naik haha Kalau korang sukakan permainan yang menguji keberanian korang, boleh la cuba antara permainan yang disebutkan tu. Jangan jerit-jerit nak turun pulak bila dah kat atas tu ye haha
Lampu-lampu pada pokok seperti hutan pine memang menarik untuk bergambar. Memang cantik sangat kawasan ni dipenuhi dengan lampu berwarna-warni tu rasa terpukau sangat. Almaklumlah baru pertama kali kesini kan, macam kan baru merasmikan je, padahal dah lama iCity ni dibuka.
Lepas tu kalau korang kat bahagian dalam tu ada air terjun yang dimainkan mengikut lagu. Bukan tu je, lampu pada air pun akan bertukar-tukar warna tau. Memang cantik yakmat lah..Saya jadi ralit duduk depan air terjun ni, Asyik sungguh dok tengok air terjun berirama mengikut rentak, lagi pulak lagu Siti Nurhaliza yang dimainkan haritu, lagilah seronok kan, boleh nyanyi sekali haha
Inilah yang paling menarik, gula-gula kapas. Ini bukan kanak-kanak je yang suka, orang dewasa pun suka, boleh mengimbau kenangan kanak-kanak. Haruslah beli kan, murah pulak tu RM2 je, ada kedai yang jual RM3, korang tengok kedai yang bahagian tengah-tengah tu dia jual RM2 je. Kalau nak yang design pelangi ke, bunga ke, teddy bear, tu semua harga lain lah ye.
Ha ni waktu operasi Digital Lights di iCity dan ia adalah percuma tau. cuma kalau korang nak main permainan kat dalam tu baru berbayar. Korang boleh beli point di bawah space walk tu secara cashless melalui mesin je. 1point = RM1, dan setiap permainan adalah berbeza point yang diperlukan. Contohnya Twister Boa tu 6point je.
Sumber : iCity website
Itu je yang saya dapat kongsikan di City of Digital Lights iCity, tak banyak yang dapat dikongsikan sebab saya tak banyak main permainan, malam tu cuaca tak menyebelahi, hujan membasahi bumi. Tapi tak mengapa dah tau keseronokan iCity ni, inshaaAllah pasti akan berkunjung lagi. Mungkin cuba tarikan yang lain pula.
Pinjam topi pony anak menakan, hasil tangkapan di iCity
Last but not least, saya kongsikan kemeriahan di sekitar City of Digital Lights iCity Shah Alam yang sempat saya rakamkan.
Rawlins tak menyampai lagi ke sini. Perhaps bila keadaan dah much better, boleh bawa anak-anak saudara ke sini kan. Jejalan je la kot - naik rides tak berani hahaha
Madam pernah datang sekali samada 2018/19 if not mistaken. Tempat macam ni anak2 dan si cilik lah paling happy. Err macam u all semua those games n rides tinggi laju bagai tu madam kirim salam je. Tak gayat just gerun je. Yehaa. ☺
lamanya akak tak jejakkan kaki ke i-City.. hee~ tengok gambar gambar lampu ni teringin plak nak singgah malam minggu nanti.. tapi mesti ramai orang kan..
Jujurnya teringinnya nak pergi iCity terbaru ni..sebab dulu pergi last anak sulung sekolah menengah, bayangkan lerr betapa lamanyaa kann.. Tapi nantilah dulu, tengah wabak ni kan, elakkan le dulu ke sana ke sini...
Lama bethol tak singgah kat iCity ni... Dulu rajin ke sana sebab suka bergambar dengan lampu2 yang ada. Skrg sure lagi byk attraction yang mereka buat kat situ...
I have always passed by this place but I have yet to set foot here. Based on your photos, it appeared that you had had a whale of time over there. Hopefully I can visit this place too one day.
Za pun dah lama sgt tak jejak kaki kat icity tu rasa nya dekat 6-7 tahun dah kot.. Masa tu keliling hutan je.. Hahahha sekarang lalu tgk... Nahhh rumah đi mana2 saja
Trans Naning merupakan trip hiking yang menjadi idaman para hikers. Pendaki akan melalui 7 puncak gunung iaitu Gunung Datuk, Gunung Rembau, Gunung Gagak, 701,705, Tampin Utara dan Tampin Selatan. Trip trans naning ini adalah trip reverse, maksudnya pendakian akan bermula dari Tampin Selatan dan menamatkan pendakian di Gunung Datuk. Trans naning bukan trip untuk beginner kerana trip ini agak panjang dan trail yang turn naik dan keadaan pacak yang tiada diskaun hehe. Maksudnya trail pacak landai dan di setiap puncak, kira 1-2jam hanya untuk melalui trail yang pacak dan mencanak tu. Trail jugak agak licin dan perlu melalui pokok-pokok duri serta pohon buluh. Trail Tran Naning agak mencabar, perlu merangkak, melalui balak, lereng gaung, dan melalui trail licin tanpa pohon yang boleh berpaut. Anda akan berjumpa dan beramah mesra dengan pacat di sepanjang perjalanan. Hanya di Gunung Datuk je yang takda pacat. TIME LOG TRANS NANING 0415 : Starting point (Tiang 9) 0450 : T
Assalamualaikum semua Trip hiking Gunung Angsi ni trip sebelum covid sebenarnya haha Baru ada masa nak bercerita kat sini. Gunung Angsi terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702ft atau 824 meter dari aras laut. Ia adalah gunung ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung ni memang antara gunung pilihan para pendaki sebab jaraknya yang tak jauh dari KL/Selangor Untuk hiking Gunung Angsi ada dua starting point. Korang boleh naik dari Bukit Putus atau Ulu Bendul. Trail dari Bukit Putus lebih pendek dan lebih mudah berbanding trail dari Ulu Bendul. Kebanyakkan hikers yang otai akan buat trans Angsi iaitu Ulu Bendul - Bukit Putus - Ulu Bendul, kiranya naik dari Ulu Bendul sampai ke peak, turun ke Bukit Putus, kemudian naik semula ke peak dan turun ke Ulu Bendul. Ia menjadi satu kepuasan untuk hikers kalau dapat buat Trans Angsi ni. Trip kali ni kami adalah training fitness untuk sebagai persediaan untuk hiking Gunung Tahan. kononnya nak buat Trans Angsi, tapi malam sebel
Trip kali ini sebenarnya bertujuan untuk trip santai ke Lata Penyel, namun hasil dari meracun fikiran geng Lata, dapat lah hiking ke Bukit Berekeh hehe. Tak seronok kalau trip terlalu santai kan. Trip Lata Penyel di ketuai oleh Hus si abam bidang haha Hasil dari peng'google'lan (teruk betul bahasa haha) menurut wowmalaysia.com.my Lata Penyel terletak di perkampungan orang asli Pos Yum lebih kurang 60 kilometer dari pekan Sungai Siput. Pos Yum terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa merupakan sempasan Perak-Kelantan, berhampiran Gunung Yong Belar. Kami berkumpul di simpang depan hospital sungai siput sekitar pukul 11am. Ingatkan Lata Penyel tak jauh dari Bandar Sungai Siput, tekaan meleset jauh. Perjalanan mengambil masa lebih 1jam dari simpang Hospital Sungai Siput ke Pos Yum. Sementara menunggu semua tiba, sempat pulak kami kenduri durian di situ hehe. Ada pakcik jual buah depan Hospital Sungai Siput. Tiba di Perkampungan Orang Asli Penyel, perl
Wahh lama sangat rasanya tak ke sini. Last time waktu masih belajar di UiTM! Haha. Nampak menarik juga. Teringin nak cuba Giant Ferris tu. Hihi.
ReplyDeletemenarik sangat. macam2 dah ada sekarang
DeleteRawlins tak menyampai lagi ke sini. Perhaps bila keadaan dah much better, boleh bawa anak-anak saudara ke sini kan. Jejalan je la kot - naik rides tak berani hahaha
ReplyDeletejalan-jalan je pun okay, banyak je lampu-lampu yang cantik untuk bergambar
DeletePernah pergi sekali dekat sini tapi tak pusing habis pun sebab luas kan tempat ni pastu banyak attractions.
ReplyDeleteye sekarang lagi banyak attractions.. saya hanya ke digital light je
Deletepernah la masuk icity tapi time tu takde meriah macam sekarang..hehe
ReplyDeletedulu ada pokok-pokok lampu je kan hehe
DeletePernah pergi icity sekali je. tapi tak pernah pergi taman tema dia. banyak jugak aktiviti best dekat sini rupanya.
ReplyDeleteye dah banyak rides sekarang
DeleteKeren yaa kalo malam hari. Sama seperti di negara saya, tepatnya di kota bandung. Hampir tiap weekend main kesana sambil foto-foto hhe.
ReplyDeletewah bandung, i miss travel to indonesia
DeleteMadam pernah datang sekali samada 2018/19 if not mistaken. Tempat macam ni anak2 dan si cilik lah paling happy. Err macam u all semua those games n rides tinggi laju bagai tu madam kirim salam je. Tak gayat just gerun je. Yehaa. ☺
ReplyDeletehaha saya pun tak berani kalau rides yang laju-laju tu, tengok dari bawah je haha
Deletelamanya akak tak jejakkan kaki ke i-City.. hee~ tengok gambar gambar lampu ni teringin plak nak singgah malam minggu nanti.. tapi mesti ramai orang kan..
ReplyDeletekalau weekend memang ramai sangat kak
DeleteDah lama tak datang sini. Wah... Nampak dah semakin menarik! Nanti free nak bawak anak-anak laaa enjoy lampu lip lap kat sini. Seronok ambik gambar ni
ReplyDeletekalau yang suka bergambar memang best ke sini
Deletebeberapa tahun lalu, masa study dekat Uitm Shah Alam memang icity menjadi salah satu tempat lepak bersama kawan2. rindu pulau suasana waktu tu. :)
ReplyDeletebetul tu icity kan dekat dengan uitm hehe
DeleteJujurnya teringinnya nak pergi iCity terbaru ni..sebab dulu pergi last anak sulung sekolah menengah, bayangkan lerr betapa lamanyaa kann.. Tapi nantilah dulu, tengah wabak ni kan, elakkan le dulu ke sana ke sini...
ReplyDeleteitu la makin meningkat pulak kesnya. nak naik rides pun hati tak tenang
DeleteCantiknya lighting warna-warna waktu malam di iCity Shah ALam ni. Dah lama tak pergi.. sekarang ni sure lagi cantik kan sebab dah ada macam-macam
ReplyDeleteye cantik, macam berada di kota lampu haha
DeleteCity of Digital Lights iCity Shah Alam memang best, hari tu jer bawa anak buah pergi jalan jalan after dinner.
ReplyDeletebest jalan-jalan sini. kalau ada cafe/restoran mesti lagi best
DeleteLama bethol tak singgah kat iCity ni... Dulu rajin ke sana sebab suka bergambar dengan lampu2 yang ada. Skrg sure lagi byk attraction yang mereka buat kat situ...
ReplyDeleteyes definitely, gambar yang i kongsi tu cuma sebahagian je
DeleteI have always passed by this place but I have yet to set foot here. Based on your photos, it appeared that you had had a whale of time over there. Hopefully I can visit this place too one day.
ReplyDeletehave a visit, u sure find it interesting place
DeleteI like iCity too especially at night time. so cantik la but now got case a bit scared to go
ReplyDeleteicity only open after 6pm. or else how can you see all the light hehe
DeleteKak lglah xpernah msk ke sini sbb xde geng haaa😅mng best dorang kata sbb lampu2 berwarna warni
ReplyDeleteseronok kak limah. budak-budak la yang seronoknya pun haha
DeleteDulu masa zaman bujang mesti nak ke icity aje tau. Bergambar memalam pun jd cun. Dah berapa tahun tak dtg ke icity. Nampak semakin meriah kan.
ReplyDeleteye, rides pun dah banyak. seronok dah icity lani
DeleteZa pun dah lama sgt tak jejak kaki kat icity tu rasa nya dekat 6-7 tahun dah kot.. Masa tu keliling hutan je.. Hahahha sekarang lalu tgk... Nahhh rumah đi mana2 saja
ReplyDelete