TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

TRIP HIKING 2 HARI 1 MALAM DI GUNUNG SARUT, TERENGGANU

Assalamualaikum semua 

Terengganu merupakan sebuah negeri yang indah dan terkenal dengan kecantikan pulau yang ada di negeri Darul Iman itu, Namun, ramai dari kita yang tak tau Terengganu juga terdapat Gunung-gunung yang mana tersembunyi air terjun yang indah di dalamnya, hanya dengan mendaki sahaja kita dapat sampai ke sana. Salah satunya adalag Gunung sarut yang terletak di Lata Payung, di daerah Setiu, Terengganu. Gunung Sarut mempunyai ketinggian 2000m dengan jarak 30km. Gunung Sarut terkenal dengan dengan keindahan Blue pool, iaitu air terjun yang jernih dan berwarna biru. Memang teruja sangat nak hiking ke sini. 

Untuk trip kali ini, saya mengikuti trip bermalam, dan dah tentu lah saya pergi masa hujung minggu. Trip yang saya ikut sediakan bas dari Kuala Lumpur ke Terengganu, kiranya kos trip termasuk pengangkutan, permit, makan dan pengurusan. Seramai 40 orang line up, kami menaiki bas dari LRT Gombak pada jumaat malam dan tiba di Setiu keesokkan paginya. 

Selepas ration diagihkan pada semua pendaki, kami memulakan pendakian pada pukul 8 pagi. Perjalanan akan melalui bluepool, puncak nokia sebelum sampai ke kem bonsai. Semasa bergerak ke bluepool tuu sila berhati hati melangkah ye sebab jambatan gatung terlalu uzur dah tunggu masa nak putus je. Sekitar jam 4 petang kami tiba di Kem Bonsai iaitu tapak khemah untuk bermalam. Kalau ikutkan pendakian hanya ambil masa 5 jam untuk sampai ke kem bonsai tapi kami ambil peluang untuk terjun tiruk di bluepool. Air terjun kat sini warna biru, memang cantik sangat. Tapi saya hanya main-main air je, taknak basah, perjalanan jauh lagi ni kang dengan baju basah tu, nak bawak load lagi kan. Selepas bluepool nak naik ke permatang tu, trek agak mencabar jugak silap langkah boleh tergelongsor, trek pacak dan jenis pasir licin.

Sampai kat kemsite, solat dan makan petang. Saya dan seorang kawan, kira my hiking buddy, Gee, kami cuba naik berdua je ke puncak sarut. Sebabnya ada group yang dah sampai dulu, diorang dah naik ke puncak, Ingatkan dekat je, saya dengan Gee kononya nak naik dan join diorang lah, dengan tak bawak air, ration, telefon pun tak bawak, jadi lepas 40 minit berjalan, masih tak berjumpa dengan diorang, kami decide untuk kembali ke kemsite sebab taknak apa-apa berlaku. Dah la berdua je kan, lagipun dah nak dekat maghrib. 

Malam tu makan malam kami makan kebab ayam, nasi tomato, ayam masak merah dan sayur kobis. Inilah yang paling suka bila hiking, makan mesti sedap-sedap haha. Keesokkannya, disebabkan kami nak sunrise di puncak sarut, kami bergerak ke puncak lebih kurang pukul 5 pagi. Perjalanan ke puncak ambil masa kurang dua jam je. Trek dari kemsite ke puncak ni pacak landai, sebelum sampai di puncak kami solat subuh di kawasan bonsai, dah tak jauh dari puncak.Dah alang-alang tu layam sunrise di bonsai je. View pun cantik sangat, udara segar, rindu betul nak layan hirup udara di puncak. 

View di kawasan bonsai

Sampai je di puncak kami hanya makan coklat dan roti sebab di kemsite dah ada makcik kantin (gelaran untuk crew yang memasak) yang masakkan sarapan untuk semua line up. Keadaan di puncak adalah view tertutup ye, di kelilingi pokok-pokok jadi view terbaik adalah di kawasan bonsai tadi. Walaupun di puncak tertutup dengan pokok, tapi berangin dan sejuk sangat. Jangan tak pakai windbreaker tau. Saya siap pakai glove dek kesejukkan. 

Inilah puncak Gunung Sarut

Setelah puas bergambar, kami mula mendaki turun ke kemsite. Sampai di kemsite bihun goreng dan teh o panas dah terhidang. Ini antara yang best kalau kita ikut trip berbayar, tak perlu fikir banyak pasal makan dan tempat tidur, semua disediakan. Perut pun dah kenyang, semua bersiap-siap dan kemas untuk turun. 

Masa nak turun makcik kantin akan bagi lunch pack setiap seorang dan kami akan makan tengahari di blue pool. Kami sampai di bluepool sekitar 1pm dan dah tentulah berkuak lentang, best sangat mandi air terjun dah la air warna biru serius cantik. Bluepool tu agak dalam nak ke air terjun tu kalau tak pandai berenang boleh je mandi di kawasan kolam tu. Dah puas mandi-manda kami bergerak turun ke lata payong. Walaupun berjalan dengan baju basah, tak la rasa penat sangat sebab jalan landai je. Sampai lata payong mandi lagi haha

Credit gambar: Hassan

Mandi sat je kat sini nak bergambar dalam air je sebenarnya haha. Ada yang teruskan perjalana terus ke tempat parking bas dan boleh la salin pakaian. Tak ada tandas jadi kami tukar je pakaian di tepi bangunan surau. Sayang sangat kemudahan di kawasan lata payong ni tak dijaga, kawasan dah cantik. Harapnya kini dah dijaga dengan baik oleh pihak bertanggungjawab. 

Dah siap semuanya kami pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Nak di jadikan cerita baru je bergerak sekitar 1 jam bas pulak buat hal. Boleh pulak bas rosak, syukurnya rosak tu di berhadapan petronas. Ada gerai makan sebelah petronas tu, boleh la nak tumpang solat dan melepak. Lama jugak la kami semua menunggu. Pukul 9malam baru bas siap dibaiki. Dah la letih mandi manda, naik bas masing-masing tidur lah kan. Alhamdulillah kami sampai di LRT Gombak sekitar 5pagi. Terus ke tempat kerja lah mandi kat sana je. Biasanya kalau trip dua hari saya memang akan bawak baju kerja siap-siap untuk hari isnin. 

Saya suka sangat bermalam di Gunung Sarut, air sungai bersih sangat. Sepanjang saya dok hiking dan bermalam di hutan, saya rasa air sungai di kemsite Gunung Sarut adalah yang paling sedap sekali. Serius rasa tak puas minum air sungai tu. Mandi pun best, kawasan sungai bersih sangat. Malam tu kami mandi lebih 1 jam, rasa macam tak puas mandi kat situ, tapi sebab malam kan taknak la mandi lama sangat. Kawasan sungai tu sangat terjaga, macam ada orang yang jaga sungai tu. 

Macam biasa tentatif saya sertakan dibawah. Ini adalah anggaran saja ye. Masa sebenar ikut pace masing-masing. 

TENTATIF GUNUNG SARUT 

DAY 1 

08:00 - Starting point air terjun lata payong 
08:30 - Bergerak ke bluepool
09:00 - Sampai bluepool 
11:00 - Bergerak ke puncak nokia 
13:00 - Sampai puncak nokia 
16:00 - kem bonsai 

DAY 2

05:00 - Bergerak ke puncak
06:30 - Solat di kawasan bonsai dan solat subuh
07:00 - Sampai di puncak
07:30 - Bergerak turun
09:00 - Sampai kemsite dan sarapan pagi
10:00 - Bergerak turun ke bluepool
13:00 - Sampai bluepool
14:00 - mula bergerak bluepool ke lata payong
15:15 - sampai lata payong












Comments

  1. Rajinnya hiking! Suka tengok view dari atas bukit. Cantik dan mendamaikan. Kebiasaannya nak bg semangat hiking adalah view dr atas dan hasil keupayaan kitabyang mengagumkan. Tak sangka bleh panjat sampai ke puncak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. especially kalau hiking malam, bila siang tu nak turun rasa tak sangka dah naik setinggi ni haha

      Delete
  2. Bestnya hiking! Kita dah lama tak pi hiking2 sejak ada anak-anak. Huhu. Cantik la bluepool tu. Nampak jernih je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jernih. tapi kalau ramai orang jadi keruh gak tapi masih biru

      Delete
  3. bestnyaaa hiking dah lama tak pergi hiking sebab kaki ni dah lama sakitt next week kena serah diri kat doktor hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. better rest dulu. kaki nak pakai lama. hiking bila-bila pun boleh kan

      Delete
  4. first time dengar nama gunung sarut ni. cantik tempat dia, moga terus terpelihara daripada pencemaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung sarut ni tak berapa terkenal sangat, tapi orang terengganu memang familiar dengan lata payong

      Delete
  5. dua jam jew? bestnya tapi dia mencacak naik kan, tu yg seksa... even lepas turun ni sakit2 kaki tapi sakit kaki yg puas

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua jam dari campsite. ye memang pacak la sikit hehe

      Delete
  6. Yeay bae dah update hiking terbaru. Seronoklah tgk dia menjelajah naik bukit semua. Harap za pun ada stamina nk buat mcmni nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try trek yang landai dan pendek macam bukit rm2 dekat bukit beruntung, denai tiga puteri kat kota damansara

      Delete
  7. Wahhh bluepool
    Tu mmg tgh viral kn. Tp x larat laaaa nak hiking

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes bluepool tu viral jugak. ramai je orang naik sampai bluepool je

      Delete
  8. Dengar kak bercerita pun dah rasai keseronokan itu. Apakah lagi jika merasai suasana itu sendiri kan. Terima kasih berkongsi pengalaman dan tempat yang sesuai untuk hiking ini.

    ReplyDelete
  9. adoii kesiannya bas rosak sampai malam. Dah la penat hiking siang tu memang nyenyak sangat la tidur dalam bas haha. Cantik lah gambar dalam air tu

    ReplyDelete
  10. Wahh cantiknya gambar yang kat Kem Bonsai itu.. Lepas kerja ni dah kurang sangat buat aktiviti hiking... Rasa kena start balik untuk terus hiking ni... stamina pun makin merosot bila tak buat aktiviti lasak ni... Gambar dalam air itu pun cantik sangat.. ini tempat yang pernah viral suatu ketika dahulu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bluepool tu memang viral. tapi gunung sarut tak terkenal sangat

      Delete
  11. Perghh boleh plak lepas hiking terjun mandi, tak letih ke badan..biasa lepas mandi kan letih dan lapar hehehehe... bestnya..Sis nak hiking belum ada daya kekuatan sebab memikirkan kesihatan sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat la jugak, sebab berjalan dengan baju basah kan. hehe

      Delete
  12. Lama dah tak hikong. Last hiking waktu U dulu. Sayang Lata Payong kemudahan tak dijaga. Nampak air dia jernih sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la. sayang sangat. padahal orang tempatan ada je ke lata payong tu

      Delete
  13. Hiking is a nice and good exercise. The view at GUNUNG SARUT is so breath taking la

    ReplyDelete
  14. wah siap shooting dalam air.best kalau ramai dapat hiking macam ni...dapat realese tension juga sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. rasa tenang bila dapat dok dalam hutan

      Delete
  15. Terima kasih share tentatif hikingke sini. Saya tak pernah sampai lagi tapi tengok pengalaman macam ni pun dah seronok rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. hiking ni mana-mana pun best hehe

      Delete
  16. Bestnya pergi hiking. Iza pernah hiking sekali je time belajar duli. View dekat bonsai tu lawa betul. Trip berbayar ni mahal ke? Makanan dorang bg meriah betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends pada penganjur. ada yang mahal ada yang murah. kena pandai-pandai cari. yang penting trusted organiser

      Delete
  17. Wow...the part when you guys dive to take photos is the most awesome part. Guess it was not easy right for 2 days and 1 night. Still to conquer the summit is a reward itself.

    ReplyDelete
    Replies
    1. for me 2days hike is easier dan dayhike. cause i like to be with nature longer

      Delete
  18. bestnya dapat g hiking camni.. sisyat belum ada experience lagi ni. tp keinginan tu ada :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila covid dah reda jom hiking sama sisyat?

      Delete
  19. Mesti rasa worth it kan, bila dah penat2 hike, dapat mandi kat blue pool tu. Bukan senang nak cari air biru mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang worth it sangat. tu la tujuan hiking hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers