VIT'S KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Image
Assalamualaikum semua Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti teruja nak sambut bulan mulia walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) dan masih belum dapat merentas negeri. Syukur kita semua masih dapat menunaikan ibadah terawih di masjid dan surau dengan SOP yang ketat berbanding tahun lepas kita semua hanya di rumah. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambutAidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaandah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye. Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramad

MENU RAMADHAN 1441H ~MINGGU 3

Assalamualaikum semua

RAMADHAN 15
Nasi putih, ikan cencaru bakar, air asam dan bayam masak air.  Dah taktau nak masak apa, bakar je la ikan cencaru. Memang bakar seekor je, sahur biasanyatak makan nasi kecuali lauk berbuka masih ada. 

RAMADHAN 16
Nasi goreng sotong petai, tauhu berlauk dan tempe nugget. Masak simple je untuk berbuka, letak petai bagi berseri nasi goreng tu hehe


Senang buat frozen, boleh buat tambah2 menu berbuka

RAMADHAN 17
Nasi putih, ayam cencaluk petai dan sambal bacang. Petai masih ada baki, jadi jadilah lauk campak-campak ni. Jangan ditanya mana dapat resepi ni haha Masak cencaluk ni agak masin, jadi kena letak cili lebih untuk seimbang rasa, lagi ngam makan dengan sambal bacang. 

RAMADHAN 18
Nasi putih, sambal kentang ikan bilis, pucuk bunga betik dan tauhu berlauk & tempe nugget. Tekak rasa nak makan lauk kering, jadi masak sambal jelah. pucuk bunga betik ni ada yang jual kat area rumah. Orang yang suka ulam-ulam pahit boleh makan, sebab pahit bunga betik lebih pahit dari peria. Petua nak kurangkan pahit, rebus/celur dengan asam gelugor. Saya tak rebu dengan asam sebab suka makan pahit-pahit. 

RAMADHAN 19
Nasi arab. Harini menu berbuka beli je. Saja malas nak masak dan tak boleh fikir nak masak apa, beli je la. RM12 untuk set nasi arab mandy ni. 

RAMADHAN 20
Spiral goreng dan homemade tau fu fa. Spiral tu campak2 saja apa yang ada dalam peti. Saya suka lebihkam blackpaper. Taufufa tu homemade ye. Memang buat sikit je sebab saya kurang makan manis. Berbuka pun takda air manis. 

RAMADHAN 21
Spaghetti bolognise. Dah muak hari-hari berbuka nasi, jadi harini buat spaghetti pulak. semalam spiral kering, harini kita buat berkuah. Letak daging cincang banyak-banyak, sedap yakmat. 


Itu je menu berbuka minggu 3, Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. moga ibadah kita semua diterima Allah. Menu berbuka minggu 4 bakal menyusul. Stay safe korang 💕

Comments

  1. nasi goreng sotong tu sedap nmpk tp petai tk mkn..tauhu berlauk wat frozen senang...goreng je bila2 kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kuih2 frozen yang buat masa PKP 1, masih ada lagi. senang buat menu berbuka tambahan

      Delete
  2. Ada bilis kentang pun dah sedap dah untuk menu berbuka. Lama pula Sis tak buat. Nak kena buat juga nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. sesekali makan lauk kering sedap juga

      Delete
  3. Nampak sedap je lauk yang dihidangkan. Tak kira kita masak simple pun orang akan makan dengan berselera. Berkat air tangan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tapi saya masak untuk diri sendiri hehe berbuka pun sorang2

      Delete
  4. Wow!!!!!!! Bagus menu2 you utk Ramadhan. Sgt creative. Hope you have a good week this week. It’s the last week of Ramadhan.

    ReplyDelete
  5. Warghh..dah hujung² Ramadan ni tersangatla buntu nak masak menu untuk berbuka. Tq sangat share resipi , atleast ade gak idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sebab tu saya suka tengok menu berbuka orang, to get an idea

      Delete
  6. Rajin nya memasak tiap hari. Semua lauk simple je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab berbuka pun sorang2, masak simple2 je hehe

      Delete
  7. Dusuk sorang pun rajin masak..banyak pula menu dia.. alhamdulillah rezeki kan.. time² berbuka mmg mcm² rasa nak makan

    ReplyDelete
  8. Ya Allah!!! Sedapnya lauk-pauk tu semua... spiral goreng, nasi arab, sambal bilis kentang, tauhu berlauk dan tempe nugget juga taufufa tu my favourite... bestnya dapat masak sendiri... saya kat sini dok beli, beli, beli je... takdak dapoq... kalau ada dapoq pun depa tak bagi masak dalam bilik... tapi takpa, lagi 2 hari nak balik dah... yeayyyy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki nanti boleh masak. masak sendiri puas hati.

      Delete
  9. Sedap semua menu lauk.. Berbeza2.. Kita kadang ulang lauk. .hahaha.. Tak tau dh nak masak ape.. Ni dh akhir2 ramadan macam mals dh nak masak

    ReplyDelete
  10. Dah tinggal beberapa hari je lagi ni, nak makan pun jadi malas, kekadang minum air, layan tv jap, solat kemudian baru makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jenis takleh kak lin, kena nasi dulu baru boleh function haha

      Delete
  11. semua sedap2, terutama tauhu dan tauhufa tu. so yummy. thanks sharing

    ReplyDelete
  12. hahahah 1 hari 1 menu.. pagi ni I sahur makan kurma je.. makin lama tak leh masuk nak makan dah huhuhu... dah macam tak selesa makan banyak heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sahur memang makan kurma je. tu yang berbuka masak

      Delete
  13. Sedap sedap menu nya tu. huda biasa masak light light time sahur, buka mcm meriah sikit lauk hahaha. Sambal ikan bilis kentang tu peh sedap tu nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang tak masak sahur. makan kurma je.

      Delete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers