Assalamualaikum semua
Kita dah menjalani fasa ke empat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan secara umumnya ramai rakyat yang terkesan dengan PKP semenjak ia diumukan oleh Perdana Menteri Malaysia. Walaupun sebahagian besar syarikat telah mula beroperasi di fasa empat ini, namun, masih ramai yang terkesan, adanyang hilang kerja, ada yang hanya dapat separuh gaji sahaja dan pelbagai lagi. Dengan rasa keprihatinan yang tinggi, pihak VIT Makanan Sdn Bhd, pengilang dan pengeluar makanan segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini.
Bantuan agihan makanan ke Balai polis Rawang |
Vits tampil memberi sumbangan bagi meringankan beban petugas dan golongan sepanjang waktu PKP ini. Inisiatif yang proaktif oleh pihak Vits telah diambil dengan menyumbangkan kembali kepada masyarakat uanh memerlukan dan pada para barisan hadapan yang sedang berjuang demi negara dalam situasi sukar ini.
Bantuan makanan diagihkan pada petugas polis dan tentera di sekatan jalan raya |
Lebih dari 3000 karton yang di sumbangkan oleh pihak Vits Malaysia kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, para petugas polis yang sedang menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang tua.
Bantuan makanan covid di agihkan kepada team Hospital Kuala Lumpur |
Noodlesman atau Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, "Covid19 adalah situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri dalam situasi penuh risiko demi perjuangan memerangi Covid 19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buat mereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini".
Bantuan makanan diagihkan pada Rumah orang-orang tia di Kuchai Lama |
Vits Malaysia merupakan peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering sentiasa memastikan makanan yang dihasilkan melalui saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, Vits Malaysia sangat menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian
logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemeriksaan suhu badan,
pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di
nyah kumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang
bersih dan terjamin.
Semenjak PKP dijalankan pada 18 March yang lalu, pihak Vits mencari warga emas berumur 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja untuk diberikan bantuan makanan. Pihak Vits percaya golongan warga emas seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini. Sekiranya anda mempunyai jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan Vits akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka. Pihak Vits berharap agar dengan bantuan ini dapat membantu bersama-sama mengangani Covid19.
Untuk maklumat lanjut mengenai anda boleh menghubungi unit komunikasi dan pemasaran /
Cik Baizura di nombor 6012 631 2098 atau laman sesawang kami www.vitsnoodles.com
27 Comments
Alhamdulillah! semoga dengan bantuan yang diberikan, membantu para barisan hadapan utk kekal bertenaga, sihat sepanjang masa.
ReplyDeletemudah-mudahan, keep supporting our frontliners
Deletesemoga dgn bantuan dan sumbangan dr pihak VITS yg diberikan dpt membantu golongan yg terbeban di kala PKP ni
ReplyDeletemudah-mudahan aamiin
DeleteWahhh bagusnya inisiatif Vits Malaysia dalam membantu meringankan tugas frontliners kita! Good to know yang mereka juga ambil serius bab pencegahan dan penjagaan kebersihan dalam memastikan kualiti terjaga. Good job, Vits Malaysia!
ReplyDeleteindustri makanan amat penting untuk jaga kebersihan. Vits patut dijadikan contoh terbaik.
DeleteTahniah kepada pihak yang terlibat dalam membantu dan menghargai usaha barisan hadapan negara dalam mencegah penularan Covid-19. Proud to be Malaysian
ReplyDeleteyessss proud to be Malaysian.
DeleteSati usaha CSR yang bagus dicontohi sesang negara menghadapi pandemik COVID-19 ni.
ReplyDeleteBaguslah vits ni buat sesuatu yang boleh dijadikan contoh baik kepada semua. Beri bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan
ReplyDeletesyukur vits prihatin pada rakyat
DeleteAlhamdulilah, semoga usaha murni Vits ini memberi sedikit sebanyak meringankan beban bagi mereka yang memerlukan..
ReplyDeletemudah2an aamiin
DeleteAlhamdulillah.. Bgus vits bantu orang yang memerlukan. Menacari orang tua tu bgus sebb diaorng sngt memerlukan. Lepas ni kene support produk vits..
ReplyDeletebetul, sambil membeli dan beramal
Deletethanks ya vits atas keprihatinan. semoga Allah gandakan ganjaran kepada anda
ReplyDeleteaamiin
DeleteBagus bila ada inisiatif macam ni.. sekurangnya kita boleh membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeletevits cakna pada rakyat
DeleteBila berlaku sesuatu bencana kepada sesuatu negara masa ini kita boleh lihat banyak orang mula sedar akan membantu mereka yang memerlukan bagus macam ni kita saling tolong menolong yang kurang bernasib baik...
ReplyDeleteAlhamdulillah banyak syarikat dan ngo bagi bantuan
DeleteBagus Vits ni. Dalam keadaan memerlukan + ekonomi kurang memberangsangkan, mereka turun padang membantu seadanya. tahniah!
ReplyDeletejom support produk vits
DeleteTahniah kepada Vits atas keprihatinan ini... inilah yang patut kita lakukan dalam keadaan sebegini... bantu-membantu sesama kita agar kesemua pihak terpelihara lebih-lebih lagi golongan warga emas yang tinggal berseorangan...
ReplyDeletebetul tu. usaha murni yang harus kita sokong
DeleteBagus betul vits ni prihatin golongan memerlukan. Teruskan usaha lagi. Lagipun vits salah satu jenama mee kegemaran.
ReplyDeletesama lah, jom support produk vits
Delete