HOTEL PREMIERE KLANG PERKENALKAN LAKSA FIESTA, PROMOSI BULAN SEPTEMBER & OKTOBER 2021

Image
Assalamualaikum semua Saya pernah kongsikan makanan yang sedap-sedap di Hotel Premiere Klang sebelum ini, dan untuk promosi bulan September dan Oktober, Hotel Premiere Klang sekali lagi ada promosi di Restoran The Buzz yang menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, Hotel Premiere Klang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Mereka mempunyai 3 jenis restoran iaitu The Buzz, Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik sedangkan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang mudah menyajikan makanan ringan, burger dan pizza yang menghadap ke kolam renang. Promosi di restoran The Buzz kali ini menampilkan dua jenis hidangan iaitu SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO dan juga LAKSA FEAST SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO Set chicken wings ini dilengkapi dengan beberapa kentang wedges dan coleslaw berkrim dalam kombo. Ia juga didatangkan bersama 2 pilihan sos pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga. Mak ayah boleh makan so

GUNUNG TOK NENEK PUNCAK BERBATU


Assalamualaikum semua

Kali ini saya nak share pengalaman mendaki Gunung Tok Nenek. Sedikit pengenalan, Gunung Tok Nenek ini terletak di Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 1914 meter.

Untuk trip Gunung Tok Nenek ini, saya join trip Team SFRE Club seramai lebih kurang 48 orang. Trip ini adalah trip camping iaitu 2 hari 1 malam, saja pilih trip yang santai-santai saja, boleh tidur hutan. Terkadang rindu hutan, jadi saya akan pilih trip hiking yang bermalam, boleh tidur dalam hammock dan mandi sungai. hehe

Kami di arahkan oleh Gogo (penganjur trip) untuk berkumpul di Masjid Lojing, Kelantan, pada pukul 5.30 pagi, kiranya semua akan solat subuh di Masjid ni dan konvoi ke RNR Loking untuk naik powil. Sebanyak 4 biji powil yang kami naiki untuk ke pos rengil. Pos rengil ni merupakan starting point untuk ke Gunung Tok Nenek selain Gunung Yong Yap.

Permulaan trail dari Pos rengil untuk ke starting point ke check point pertama iaitu Simpang Y mengambil masa 2jam lebih dengan trek yang agak landai, tapi perlu merentas beberapa sungai. Simpang Y ni adalah pemisah di antara Gunung Tok Nenek dan Gunung Yong Yap. Kalau ke kanan trek menuju ke Gunung Yong Yap, dan ke kiri untuk ke Gunung Tok Nenek.

Kami berehat sebentar di Simpang Y, sementara menunggu sweeper, seperti yang pernah saya bagitau sebelum ni, sweeper adalah crew terakhir dalam sesebuah trip, kiranya, takkan ada line up yang tertinggal di belakang. Selepas lebih kurang setengah jam berehat, kami teruskan perjalanan ke Kem Lengkuas, perjalanan lebih kurang 1 jam setengah, kemudian setengah jam kemudian akan jumpa Kem Kicap. Dari Kem Kicap ke Kem Asadi lebih kurang setengah jam juga. Untuk trip ni, kami akan bermalam di Kem Hari, jadi perjalan lebih kurang 1 jam di teruskan untuk ke Kem Hari. Trail dari simpang Y ke Kem Hari ini landai saja, cuma ada sesekali naik turun, tetapi cabarannya adalah perlu melalui pohon buluh, dengan load yang di bawa memang masing-masing merangkaklah di bawah pohon-pohon buluh tu, dengan keadaan trek yang berlecak sebab dah hujan malam sebelumnya. Trailnya juga sesekali ada melalui pokok balak, untuk para hikers, dah boleh imagine agaknya macam mana keadaan trek.

Sampai je ke Kem Hari, terus cari tempat untuk set khemah. trip ni saya tak bawa hammock, memang plan nak tidur open tent je. Alhamdulillah, settle je set khemah, hujan pun turun, dapatlah berteduh, kalau tak jenuh juga nak pasang open tent dalam hujan, kalau basah, kesejukkan la malam nanti. Gunung Tok Nenek ni, tempatnya memang sejuk, jadi peru bawak kelengkapan hiking yang cukup ye.

Malam tu semua line up tidur awal, sebab kami akan summit attack pukul 2 pagi. Perjalanan dari Kem Hari ke Kem Berlumut lebih kurang 1 jam setengah, dengan keadaan trek yang pacak, memang mintak nyawa haha Tapi yang bestnya bila kita hiking waktu masih gelap ni, trek yang pacak tu kita akan layan je, tak terasa sangat pacaknya sebab tak nampak keadaan sebenar trek, tau-tau penat je hehe

Dari Kem Berlumut ke puncak Gunung Tok Nenek mengambil masa 2 jam setengah dengan trek yang pacak berbatu, jadi perlu lebih berhati-hati ye. Pastikan pakai kasut yang bersesuaian, selalunya trek berbatu ni akan ada batu-batu halus, jadi mudah tergelincir kalau pakai kasut yang tak sesuai. Saya dan 4 orang lagi merupakan yang pertama sampai di puncak bersama seorang guide. Kami sampai sebelum pukul 6, jadi lepas solat subuh, masing-masing tidur dulu sementara tunggu line up yang lain sampai. Keadaan kat atas puncak Gunung Tok Nenek, sangatlah sejuk, tahap sejuk tu, pakai glove pun masih terasa sejuknya, nak lelapkan mata pun tak kesampaian. Agak dah cerah sikit, kami pakat keluarkan mestin dan gas untuk masak air panas. Alhamdulillah dapatlah sunrise di Puncak Gunung Tok Nenek.

Selesai bergambar kat atas, berehat, masak-masak, dan mula turun ke Kem Hari pukul 8pagi. Saya sampai Kem Hari lebih kurang pukul 11 pagi dan berkemas untuk balik. Pukul 12, gogo benarkan untuk kami mula bergerak ke pos rengil mengikut pace masing-masing. Nak dijadikan cerita haritu masa turun, boleh pulak perut ni memulas, sungai pulak jauh lagi, dekat-dekat nak sampai simpang Y baru akan jumpa sungai, makanya, berlarilah turun dengan load haha, lawak betul masa tu, semua trail runner saya potong untuk memenuhi keperluan keperutan waktu tu haha

Lihatlah pemandangan di Gunung Tok Nenek, memang sangatlah cantik sebab puncaknya view 360. Masing-masing ambil giliran nak bergambar di batu yang menjadi mercu tanda Gunung Tok Nenek. Nak panjat ke batu tu agak tinggi juga ye, kalau sejenis yang gayat memang tak akan panjat. 

Cantik kan view Gunung Tok Nenek

Batu ni tak berapa gayat, batu belakang tu yang gayat

Beratur orang nak ambil gambar hehe


Saya dah tawan Gunung Tok Nenek

TIPS HIKING GUNUNG TOK NENEK
  • Pakai kasut yang bersesuaian sebab sepanjang trail akan melalui sungai dan ada trek berbatu. Tak di galakkan pakai sandle, keadaan batu-batu di sungai tu agak licin.
  • Bawa kelengkapan hiking yang lengkap walaupun tak camping, windbreaker dan glove antara yang paling penting.
  • Water point terakhir adalah di Kem Berlumut, jadi pandai-pandailah nak bajet air untuk masak di puncak, dan simpan sikit untuk turun semula ke Kem Hari.


HIKING LOG GUNUNG TOK NENEK

DAY 1
0900 Starting point - Pos Rengil
1130 Simpang Y
1200 Decending
0130 Kem Lengkuas
0200 Kem Kicap
0230 Kem Asadi
0330 Kem Hari

DAY 2
0200 Start hike
0330 Kem Berlumut
0600 Puncak Gunung Tok Nenek
0800 Decending to Kem Hari
1100 Kem Hari
1200 Decensing to Pos Rengil
0400 Pos Rengil (termasuk rehat di Simpang Y)

Hiking log ini sekadar rujukan, masa hiking adalah mengikut pace masing-masing.

Comments

  1. Assalamualaikum, waaa... bestnye. Saat di puncak itu adalah kepuasan maksimum. turun nanti pun muka ada senyum.... SS dah lama tak panjat2 bukit ni apatah lagi gunung. Rindu pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, jom ss lepas covid setel kita hiking sama

      Delete
  2. Hebat semua cuma tak ada cerita disebalik nama Gunung Tok Nenek ni.... kenapa namanya sedemikian etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ceritanya tapi tak berapa rajin nak menulis sebab fokusnya hiking log hehe thanks tegur, next hiking post inshaaAllah

      Delete
  3. Perghhh hebatnya ko...Pestime dengar Gunung Tok Nenek hehehe...cantik sungguh view dia weeeyyyy! Kalau Sis ni, mau dah jerit dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kalaun yang jenis gayat memang takkan bergambar kat batu2 tu. sebab kena panjat lagi ke atas hehe

      Delete
  4. Cantiknya view atas puncak Gunung Tok Nenek. Sis pun first time dengar nama gunung ni. Salam Ramadan.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya permandangan kat atas Gunung ni. Sis ni sejenis yang gayat. Nak berdiri tepi gunung tu pun ya allah tak tahu la macamana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikers yang gayat diorang stay kat peak je hehe

      Delete
  6. Memang cantik sungguh view atas puncak gunung tok nenek ni. kalau saya dah gayat nak bergambar atas batu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergambar dari peak pun lawan jugak view nya

      Delete
  7. Nama gunungnya pun menarik. Gunung tok nenek. Nasib tak de nama gunung tok ayah. Apa pun pemandangan cantik sangat.

    ReplyDelete
  8. sgt cantik!
    untung sgt sis dpt naik atas tu.
    saya dah inform husband pasal gunung ni. dia berkenan nak gi nanti.
    ni hah pkp, dia dah rimas dah x dpt nak hiking, sis :) ha ha ah ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kawan2 hikers pun dah gian nak hiking. haha

      Delete
  9. Wahh cantiknya, beruntung dapat menikmati pemandangan dari atas gunung tu. Ini first time sis dengar pasal gunung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi gunung ni terkenal antara para hikers

      Delete
  10. Tengok seronok je orang dok hiking n ambik gambar kt puncak gunung. kita pulak jenis x suka hiking. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa banyak lagi aktiviti lain yang best hehe

      Delete
  11. Seronok dapat masuk hutan tgk alam. Nikmat dapat tgk view dr atas gunung.

    Sisyat suka tgk alam tapi tak pernah join hiking.

    ReplyDelete
  12. Setelah pandemi ada rencana naik gunung. Terima kasih sudah berikan tips untuk naik gunung. Btw, cantik sempurna tuh pemandangan dari atas puncak gunung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau indonesia saya pernah naik gunung di medan je. nanti saya share pengalaman di sana

      Delete
  13. Rindu zaman uni, selalu pergi hiking and panjat gunung dengan kengkawan kuliah

    ReplyDelete
  14. Bila tengok view tu memang berbaloi kan panjat. Hilang segala penat hiking tu. Kena amik gambar banyak-banyak untuk kenangan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tapi kadang gambar terlalu banyak sampai taktau mana nak upload haha

      Delete
  15. Jab.. Bae gayat ke apa ke za salah baca.. Apa2 pun za kagum gila bae ni.. Tak semua org ada kekentalan jiwa nak hiking ni.. Syabas

    ReplyDelete
    Replies
    1. bae tak gayat hehe. maksud bae kalau sesapa gayat tak akan panjat batu tu. peak tok nenek di kawasan lain. kira nak bergambar kat batu kena pi panjat lagi depan sikit dari peak

      Delete
  16. Wow...cayalah sis. Tumpang bangga sebab dapat ke puncak .. akhirnya . Macam dapat satu kepuasan bila dapat jejak kaki atas gunung tok nenek tu kan. Penat pun hilang bila sampai sana.

    ReplyDelete
  17. Wah........seronok dot mendaki bukit. Best dapat menikmati udara segar and permandangan yg indah. Thank you for sharing this gorgeous post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini gunung kalau bukit tak perlu bermalam hehe

      Delete
  18. Tahniahh ! Bestt betul dapat ke Tok Nenek, gayat jugak tengok batu2 kat peak tu..

    ReplyDelete
  19. Wah ni hardcore punya trip ni. Tahniah berjaya sampai puncak, dan terima kasih atas perkongsian info yang berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum kategori hardcore nanti saya share GUNUNG hardcore

      Delete
  20. bestnya aktiviti hiking dan camping dalam hutan.. saya suka aktiviti macam ni.. last buat masa umur dua puluhan..

    gambar semua cantik

    ReplyDelete
  21. Wow hebatnya dapat panjat gunung kita nak lari sikit pun semput dah wakakakakkaka bestlah nak buat juga lah pengalaman memanjat sekali seumur hiup dah usia meningkat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiking best sebab jalan je tak penat sangat

      Delete
  22. OMG tengok gambar jer pun i dah gayat weiiii,, camna korang boleh panjat atas batu2 yang so sempit ni.. pitam kejap.. tapi seriously best view kat sini..

    ReplyDelete
  23. What a wonderful and fun destination! the view at the peak looks absolutely amazing!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers