Ad Code

RESEPI POPIA NESTUM SIMPLE


Assalamualaikum semua. Harini saya nak share resepi mudah, sedap, dan hanya guna 5 bahan je iaitu popia nestum. Sebenarnya haritu ada yang bagi popia nestum ni, jadinya bila makan tak puas, nak beli mahal jugak la kan, sebalang kecil RM15 centu harganya. Maybe pada korang murah je, tapi sebalang tu saya boleh habiskan seorang haha. Untuk langkah penjimatan terus google resepi dan buat sendiri je, lagi puas makan kan. Popia nestum ni sangat lah mudah untuk korang cuba.

Bahan-bahannya:

Kulit popia
2 sudu Nestum
2 sudu Susu tepung
1 sudu gula Gula 
Minyak (untuk goreng)

Cara-cara:

1. Gulung popia dan lekatkan bahagian hujung kulit tu dengan air je. Jangan letak banyak sangat ye, nanti popia tu basah akan mudah koyak. Letak sikit je asalkan kulit popia tu melekat sebab kita taknak kulit tu terbukak masa goreng nanti.

Ni rupa popia yang dah digulung
2. Kemudian, gunting kulit popia secara serong dan gorengkan. Goreng pada api sederhana dan sentiasa kacau supaya kulit tu masak serata kalau biar je nanti ada bahagian yang akan putih means tak masak. Lepas tu, biarkan sampai betul-betul sejuk.

3. Kisar nestum, susu tepung, gula hingga halus. Guna mesin kering je.Korang boleh je guna nestum 3 in 1 tu. Guna 2 paket. Nanti pandai-pandailah adjust gula ikut manis yang korang nak.

Ni hasil netum, susu dan gula yang dah dikisar halus
4. Gaul sekata bahan kisar dan popia yang dah digoreng. Makesure simpan dalam bekas kedap udara supaya popia kekal ranggup. Dah siap! senang je kan. rugi kalau korang tak cuba.

Tadaaaaaaa...popia nestum mabeles
Selamat mencuba!

#LockoutProject

Post a Comment

29 Comments

  1. slalu juga tgk resepi popia nestum ni...nmpk mudah tp tk pernh try lg...kalau dpt kunyah2 ni mmg ralit kan

    ReplyDelete
  2. Dah ada dah yang buat popia nestum! Ini adalah kegemaran Rawlins dan boleh kata Rawlins rajin buat hahaha.

    ReplyDelete
  3. sedapnya..aritu ada buat. guna nestum 3 in 1 tu. hehehe. lepas goreng popia gaul je.

    ReplyDelete
  4. Ini memang yang akan di buat nanti nak raya, paling senang dan mudah.. tiap tahun mesti buat popia nestum ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bae pun ni antara menu kudapan raya nanti lah

      Delete
  5. I love munching on this snack. Thank you for sharing the recipe.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya popiah nestum ni. Walaupun cara buat dia simple dan mudah je, tapi saya still malas nak buat ..hahaha.. nak order je boleh tak

    ReplyDelete
  7. Dulu masa mula-mula kuih ni viral memang kta setiap hari buat dan bukan untuk raya tapi untuk makan sendiri wakakak memang sedap dan juga berkhasiat sebab ada Nestum hehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tu betul, berkhasiat tu ta la jugak sebab ada gula hehe

      Delete
  8. Favourite iena ni popia nestum. Senang jugak buat popia nestum rupanya . NEstum banyak ni..boleh la cuba nanti..susu tepung je xde haha sb biasa minum fresh milk tu malas nak bancuh2 susu..kene beli susu tepung la dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takda susu tepung guna nestum 3 in 1 pun boleh iena

      Delete
  9. biskut bahaya ni, hihihi bahaya sebab asal buat je habis, asal buat je habis

    ReplyDelete
  10. dapat kudapan ni..mmg ayu x leh berehnti akk mengunyah jer..tapi memang sedap....dan paling penting xde msg heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tak berhenti ngunyah, saya dah dua kali buat musim pkp ni haha

      Delete
  11. Dulu buat jugak versi gulung ni. Pastu naik ngantuk buat, last alst buat versi keping selai selai je. Haha

    Ingat tahun ni nak buat versi gulung ni balik. Sedap ni. 😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. versi gulung ni lebih ranggup pada saya la hehe

      Delete
  12. Sedap popiabgulung nestum ni. Makan time duduk tengok pun best. Boleh juga buat untuk hari raya nanti

    ReplyDelete
  13. Fuhhh ni paling craving. bleh habiskan semua. akak tau tak ada flavor lain org sekarang buat. Siap takyah gulung popia tu. Kreatif betul. Saya pun terjebak. hahahaah

    ReplyDelete
  14. mudah. tapi aida tak pernah buat, sis. sejenis pemalas ha ha ah ha...
    pernah nak buat popia cheese tu, fail bab menggoreng tu, tak menjadik!
    hu hu huh u yg ni rasanya ada yg share goreng guna air fryer tau. mudah skit kot.
    tgk la nanti. kalau aida try, sure ada entri kat blog ha ha ah ha :)

    ReplyDelete
  15. Mudahnya buat.. Favourite suami ni.. Boleh la buat kan utk raya nnt. Tak payah beli dah.. Thanks bae share resipi

    ReplyDelete
  16. Okay boleh cuba nanti. nampak mudah tu. tapi tak tahu la kalau saya buat jadi ke tidak. hehehe.

    ReplyDelete
  17. Aaa sedapnya my favourite ni. Nak buat kemain lama dapat makan sekejap je habis hahaha. Tapi syok bila makan ni tak sedar dah tinggal suku balang

    ReplyDelete
  18. Wah sedappp, i pun nak try sebab nampak senang juga nak buat kat rumah kan

    ReplyDelete