HOTEL PREMIERE KLANG PERKENALKAN LAKSA FIESTA, PROMOSI BULAN SEPTEMBER & OKTOBER 2021

Image
Assalamualaikum semua Saya pernah kongsikan makanan yang sedap-sedap di Hotel Premiere Klang sebelum ini, dan untuk promosi bulan September dan Oktober, Hotel Premiere Klang sekali lagi ada promosi di Restoran The Buzz yang menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, Hotel Premiere Klang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Mereka mempunyai 3 jenis restoran iaitu The Buzz, Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik sedangkan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang mudah menyajikan makanan ringan, burger dan pizza yang menghadap ke kolam renang. Promosi di restoran The Buzz kali ini menampilkan dua jenis hidangan iaitu SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO dan juga LAKSA FEAST SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO Set chicken wings ini dilengkapi dengan beberapa kentang wedges dan coleslaw berkrim dalam kombo. Ia juga didatangkan bersama 2 pilihan sos pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga. Mak ayah boleh makan so

MENU BERBUKA RAMADHAN 1441H ~ MINGGU 1

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah kita dah seminggu berpuasa, Saya nak kongsikan menu sepanjang ramadhan untuk minggu pertama. Kalau ada yang taktahu, saja la nak bagitau, saya berpuasa seorang diri tahun ini, memandangkan kita masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan, jadi tak dapat nak berbuka di luar dengan kawan-kawan. Kebiasaannya pada tahun sebelum ini, penuh 30 ramadhan berbuka dengan kawan, iftar bersama kawan sekolah, kawan hiking, kawan usrah, dan tak lupa juga dengan keluarga, saya akan balik pada minggu pertama untuk berbuka dengan keluarga di kampung. Tapi tahun ini nampaknya rezeki bersahur dan berbuka seorang diri, apapun syukur.  So, untuk ingatan diri sendiri, saya saja nak letak menu berbuka saya sepanjang ramadhan ini, dan akan update setiap minggu. Manatau korang boleh dapat idea dari menu-menu ni kan. Entry ini diinspirasikan oleh seorang blogger juga.

RAMADHAN 1
Nasi goreng daging, air tembikai dan popia ketam cheese. Popia ni saya frozenkan, memang aaya ada beberapa jenis kuih frozen yang dah buat masa PKP fasa 1 & 2 untuk bulan puasa. Air tembikai tu saya blend sendiri, minum tanpa gula, sedap betul minum air tembikai sejuk.

RAMADHAN 2
Nasi putih, ayam paprik, dan agar-agar honeydew.

Al-kisahnya ada orang jual honeydew murah kat area rumah ni, masa membeli selalu lupa diri yang tinggal sorang je kat rumah ni kan, jadinya nak elak busuk, sebahagian saya buat agar-agar hoenydew. Kejadiannya cantik sangat sebab agar-agar tu jadi macam ala-ala agar-agar lumut. 


RAMADHAN 3
Daging goreng campak2 dan sayur goreng kicap.

Baru ramadhan 3 dah tak ada idea nak masak apa, tekak pula tak terasa nak makan menu tertentu, jadinya, saya peram je daging tu dan goreng je lah. Itulah kaedah masak campak-campak. haha

RAMADHAN 4
Sambal kentang ikan bilis dan ikan goreng.

Petang ramadhan tetiba teringin sambal kentang goreng kering camni, zasss terus la masak. Selalunya petang ramadhan tu baru tekak ni terasa nak makan apa kan, nasiblah ikan bilis tak frozen, sekejapan je boleh masak hehe



RAMADHAN 5
Macaroni cheese & cauliflower dan air kurma susu homemade.

Resepi ni dapat dari Jamie Oliver. Memang suka tengok video masakan Jamie. Haritu ada try buat bread loaf guna resepi Jamie, ya ampun memang cantik kejadiannya. Tapi masih belum kerajinan nak masuk dalam blog hehe Air kurma tu saya cuma blend susu dengan kurma yang direndam semalaman, pastu masuk madu sikit. Kalau lagi banyak kurma lagi sedap. 



RAMADHAN 6
Mee kari dan roti john homemade.

Roti tu comel-comel je sebab saya yang uli sendiri. Musim PKP ni selalu betul buat roti, alhamdulillah jadi, tapi masih perlu diperbaiki, maybe next roti making nak olah resepi tu. Yang pasti teknik tu dah dapat tangkap lepas beberapa percubaan. Gambar roti john tu adalah sebelum diletak sos dan sayuran. Nama pun homemade, mee kari tu kemain banyak isi sampai mee pun tak nampak haha puas betul makan.




RAMADHAN 8
Burger, roti jala, tauhu berlauk dan nugget tempe.

Burger tu semua homemade ye. Roti, patty dan mayonis saya buat sendiri. Roti guna resepi di youtube, nanti saya sharekan resepi buat roti burger. Tauhu berlauk dan nugget tempe pun buat sendiri untuk kudapan frozen. Penuh peti ais kuih muih frozen. Roti jala tu memang buat 3pcs je, haha sebab sorang je kan, sebenarnya nak habiskan kuah kari tu. Botol roti jalan pun DIY je guna botol mineral water, itu yang rupa tak semenggah haha

Itu je la menu untuk 7 hari pertama ramadhan. Setakat ini belum lagi terjebak dengan pembelian di bazar online. Menang sebolehnya saya elakkan tengok iklan makanan, al maklumlah kang takut nafsu membeli tu tak boleh dikawal haha Alhamdulillah untuk seminggu ramadhan ini, syukur atas segala nikmatNya. Moga kita semua diterima amalan ibadah kita. Salam Ramadhan semua.



Comments

  1. Sedapnya menu western Macaroni cheese & cauliflower tu. Okay, nak menuntut ilmu masak Jamie jugaklah

    ReplyDelete
  2. kemain menu berbuka..macam-macam resepi dah buat. sedapnya..dah lama tak masak roti jala. nanti buat kari ayam boleh la buat utk berbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la, sebab ada lebihan kari ayam tu yang buat roti jala

      Delete
  3. Sedapnye tgok mnu berbuka spnjg pkp nie.. Bila xde bazaar, mcm nie la yg xtau masak pn skrg da pandai masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. lepas pkp boleh jadi chef dah haha

      Delete
  4. menu ni boleh dijadikan panduan buat saya yang sentiasa mati kutu fikir nak masak apa waktu berbuka. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun selalu tengok menu org lain untuk jadi idea hehe

      Delete
  5. Auch. Sedapnya popia ketam cheese tu. Nak buatlah nanti. Hehe

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, sis.
    sesedap semuanya. terbaik!
    roti john, roti jala = aida da buat.
    paprik tu lom lagi. dpt idea!
    kekadang tu berfikir mcm2, kena tgk item dlm freezer jugak, kan.
    tang tu kekadang lost dah idea :) ha ha ha ha...
    pkp ni susah nak gi pasar lah hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun masak apa yang ada je tu. 2 minggu sekali baru topup grocery

      Delete
  7. Wah ada dairy menu setiap hari. Kak pun dah lupa apa menu setiap hari huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja je kak, tepek sini supaya tak lupa hehe

      Delete
  8. Burger tu tingginya.. Sedap semua menu.. Alhamdulillah.. Masak sendiri puas hati erk. .memang kdg pening dah nak masak apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebab patty buat sendiri. tu yang tinggi

      Delete
  9. alhamdulillah walaupum berbuka seorang diri, tapi masih boleh makan sedap2. sedap2 belaka menu2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah pkp ni memaksa jadi lebih kreatif haha

      Delete
  10. Alhamdulillah semua ni rezeki kan di bulan puasa. Semua nampak sedap. Ni pun kira meriah walaupun berbuka seorang diri. Kalau saya seorang yang berbuka menu memang tak meriah macam ni lah.

    ReplyDelete
  11. wahh menarik menarik menu berbuka puasa.iena kadang-kadang masak..kadang kadang beli..ikut situasi..kalau kerja opis banyak sangat memang tak sempat masak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. ni pun sebab pkp, work from home je. sempat la na masak

      Delete
  12. Walaupun nampak simple, tapi semuanya mengenyangkan, tambah-tambah Sis ko nengok itu burger woooo...kemain syokk kalau dapat gigit tu, sedap gilee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling puas burger tu la. rpti patty semua buat sendiri

      Delete
  13. Popia ketam cheese tu buat Sis lapo. Samalah dengan Sis, ada beberapa kuih yang Sis buat awal dan frozenkan. Amat berguna di waktu kecemasan. Tinggal nak keluarkan dari peti sejuk dan goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann freezer saya pun penuh kuih frozen haha

      Delete
  14. Semuanya sedap belaka. Akak pun bukan hari-hari berbuka nasi. Kekadang perut ni nak makan simple je. Roti John aje pun ok. Hehehe

    ReplyDelete
  15. Sedapnya menu berbuka. Kena masuk dalam list ni kot kot nanti dah out of idea nak masak apa kan. Thank you bagi idea hehe

    ReplyDelete
  16. Tahun depan mesti boleh rujuk balik posting ni. Dah tak perlu fikir nak masak apa hehe

    ReplyDelete
  17. menarik idea berbuka puasa ni boleh bagi saya idea nak masak apa. Terima kasih sharing. Anyway favorite saya adalah roti jala

    ReplyDelete
  18. Boleh tahan juga sedap2 menu juadah berbuka puasa bae ni.. Jaga diri tau.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, sedap-sedap juadah berbuka setiap hari. Moga dimurahkan rezeki selalu ya.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. Sis sorang pun menu best2. Teringat adik kat kl. Entah apa la dimakan nya😅😅 tak semua anak dara ni pandai masak. Harap dia oklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak masak pun takpa grab foodpanda ada haha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers