Ad Code

SEGO PECEL BU WIR SELERA ASLI MASAKAN JAWA VIRAL DI BATAM





























Masyarakat melayu di malaysia sudah tidak asing dengan makanan jawa. Selera jawa juga begitu sebati dengan masyarakat di Malaysia. Jika ke Batam, selera asli masakan jawa boleh di dapati di Djanoer Koening. Dengan tagline restoran 'True Javanese Cuisine' sudah pastilah selera makanan jawa di sini tidak mengecewakan.

FAM Trip ke Batam baru-baru ini, berpeluang merasai keenakan selera asli jawa di restoran milik turun temurun Wiryanto Wiryatmoko. Restoran ini terletak di Pusat Bandar Batam sememangnya lokasi yang strategik untuk dikunjungi. Jom tengok pilihan makanan yang disediakan.




Pelbagai lauk pauk memang rambang mata nak memilih



Pelbagai kuih muih juga disediakan






Pulut hitam dihidang bersama santan. Tekstur pulut hitam juga pekat berbeza dengan pulut hitam di Malaysia yang lebih berkuah dan di masak bersama santan.


Rojak buah ala jawa. First time cuba dan kuahnya agak sedap. manis dan masam yang seimbang

Pasti terliur je tengok gambar makanan dari restorn Sego Pecel ini kan? Kalau ke Batam boleh ke restoran mereka di:

Mega Lagenda 1 Bloi E3 No. 1, Batam Center (Dekat Pasar Mega Lagenda)

Nak booking untuk kumpulan kecil? Bisa di atur. Boleh je hubungi mereka melalui:

Telefon : (0778) 4805900
Email: segopecelbuwir@gmail.com
Website : www.djanoerkoening.com



Selamat menjamu selera! 


Post a Comment

0 Comments