Posts

Showing posts from April, 2019

PENGALAMAN GUNA PRODUK CETAPHIL BAGI KEMPEN #CETAPHILAMBASSADOR

Image
Assalamualaikum semua Penjagaan kulit yang paling asas adalah membersihkan dan mencuci muka untuk menghilangkan kotoran, peluh dan mekap pada lapisan luar kulit. Memilih pencuci muka yang terbaik bergantung pada kondisi kulit kita. Sebelum membuat pemilihan, adalah lebih baik kalau kita tau serba sedikit tentang kesan pelbagai tekstur dan bahan yang terdapat dalam pencuci muka/pencuci muka. Kalau kulit muka korang jenis kulit kering, cari pembersih yang tidak berbuih dan mempunyai agen penghidratan seperti asid hyaluronik atau ekstrak aloe vera. Untuk kulit muka kombinasi dan berjerawat, cari pembersih jenis gel dengan bahan seperti pengelupasan kimia seperti AHA dan BHA. Jika korang make-up, membersihkan wajah dengan cleanser jenis minyak (oil cleanser) adalah lebih berkesan untuk menanggalkan segala kotoran. Jenama Cetaphil, dipercayai oleh ramai orang yang mempunyai kulit sensitif dan bermasalah. Cetaphil ialah satu jenama yang menyasarkan produknya untuk kulit sensitif. Produk me

NUKILANBAE - HATI NAN RAPUH

Image
Hati ini rapuh, Untuk cinta yang tiada ikhlas. Hati rapuh ini, Benar-benar terluka, Sungguh Salahnya kerna membiarkan terjatuh, Namun, Masih ada yang sayang, Masih mahu menarik, Agar tak lebih dalam. Moga aku tak jatuh lagi, Ke lembah rapuh ini Terima kasih Tuhanku, Sedarkan aku dari khayalan Bae Roslan Bintan Island, Indonesia April 2019 bae06042019 DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Image
Pembukaan tirai Mac 2019 dimulai dengan hiking ke Gunung Berembun. Bulan lepas dah mendaki ke Gunung Berembun, Cameron Highland, bulan ni kita hiking Gunung Berembun, Jelebu. Di Malaysia, terdapat tiga Gunung Berembun iaitu di Cameron Highlands, Jelebu dan di Terengganu. Trip untuk minggu ni adalah Gunung Semanggol, tapi di sebabkan trip cancel dengan sepantas kilat cari trip lain untuk isi slot hiking minggu ni. Trip Gunung Berembun ni di anjurkan oleh Geng Trip Santai Redah dengan line-up seramai 22 orang. Gunung Berembun terletak di Jelebu iaitu di Kampung Pantai Baharu, Negeri Sembilan. Dengan ketinggian 1014m. Kalau nak ke starting point boleh je waze Masjid Kariah Pantai, starting point tak jauh dari Masjid. Line up TSR Selepas taklimat dari gogo, stretching dan bacaan doa kami mula mendaki bermula dari Loji Air Pantai. Permulaan trek agak landai, sehingga ke check point pertama iaitu Lata Berembun  yang mengambil masa lebih kurang 45 minit bagi moderate pace.  Kami 

FAM TRIP BINTAN ISLAND #BTR5KM - PART 2

Image
DAY 2 - 6 APRIL 2019 Tasik Telaga Biru   Hari ini kami semua akan di bawa untuk one day tour di Bintan Island. Tour ke Bintan ni di taja oleh Tour Guide Aspabri. Untuk ke Bintan Island, boleh menaiki feri dari Terminal Tanjung Pungur ke Terminal Tanjung Uban yang mana hanya mengambil masa 1 jam. Sebelum naik feri, kami diberi sarapan kuih muih tradisional Indonesia. Feri kat sini macam feri kat Penang, bahagian bawah untuk kenderaan dan bahagian atas untuk penumpang. Bahagian penumpang ni ada 'open seat' yang mana duduk je la mana suka kat bahagian atas ni, dan juga satu ruangan macam bilik siap ada meja dan aircond. tapi tempat duduk kat sini agak terhad jadi ada je yang terpaksa berdiri kat bahagian tepi-tepi feri ni. Saya berkesempatan merasa duduk di kedua-dua bahagian dan mestilah kat tempat aircond tu lebih selesa hehe. Dan cuba juga jalan-jalan di bahagian atas (bahagian ni tak ada kerusi memang untuk berdiri bagi yang nak tengok view) tapi mampu bertahan sat je

NUKILAN BAE - HATI RAPUH INI

Image
Lembut sapaan angin Bintan, Serasakan hanyut ku dibuai, Seperti terbuainya hati rapuh ini, Dengan rayuan nan seribu. Sungguh, Angin Bintan banyak mengajarku, Lembutnya kehadiran, Tak bermakna ikhlasnya sapaan. Bae.. Hentikan khayalan, Teruskan berjalan, Simpan hati rapuhmu, Untuk Tuhan Yang Satu. Bae Roslan Bintan Island, Indonesia April 2019 bae06042019 Puisi ini dinukilkan saat saya ke Pulau Bintan,Indonesia. Saya selalu berpuisi bilamana saya berada di pulau, serasakan bahasa alam sedang berbicara dan waktu itu pena pun berirama menghasilkan puisi nan indah bermain kata.  DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

JOM JALAN-JALAN BATAM! TIPS KE BATAM NAIK FERI DI JOHOR

Image
DAY 1 - 5 April 2019 Pada 5 - 7 April 2019, berkesempatan ke Batam, Indonesia untuk program Batam Trail Run 5km FAM Trip. Pengalaman FAM Trip kali ni rasa amat berbeza dengan kawan-kawan blogger yang best dan semuanya sekepala. Alhamdulillah syukur sangat dapat kenal dengan blogger-blogger hebat. Seramai 21 orang blogger dari Malaysia dan seorang photographer dari Singapore, Alfie, kenalan saya di Batu Belubang tempoh hari. Okay back to penceritaan. Hari pertama kami depart dari Puteri Harbor Ferry Terminal menggunakan perkhidmatan Dolphin pada pukul 11pagi. Perjalanan mengambil masa kurang 2 jam untuk sampai ke Batam dan pengalaman menaiki Dolphin Ferry sangat best. Secara peribadi saya sangat berpuas hati dengan Dolphin kerana ferry sangatlah selesa dan service pun bagus. Nanti saya kongsikan secara terperinci kos dan time log untuk ke Batam. Kami sampai lebih kurang pukul 12. 30 waktu tempatan dan terus di bawa untuk lunch di Sari Bumbu Restaurant. Makanan di sini

SEGO PECEL BU WIR SELERA ASLI MASAKAN JAWA VIRAL DI BATAM

Image
Masyarakat melayu di malaysia sudah tidak asing dengan makanan jawa. Selera jawa juga begitu sebati dengan masyarakat di Malaysia. Jika ke Batam, selera asli masakan jawa boleh di dapati di Djanoer Koening. Dengan tagline restoran 'True Javanese Cuisine' sudah pastilah selera makanan jawa di sini tidak mengecewakan. FAM Trip ke Batam baru-baru ini, berpeluang merasai keenakan selera asli jawa di restoran milik turun temurun Wiryanto Wiryatmoko. Restoran ini terletak di Pusat Bandar Batam sememangnya lokasi yang strategik untuk dikunjungi. Jom tengok pilihan makanan yang disediakan. Pelbagai lauk pauk memang rambang mata nak memilih Pelbagai kuih muih juga disediakan Pulut hitam dihidang bersama santan. Tekstur pulut hitam juga pekat berbeza dengan pulut hitam di Malaysia yang lebih berkuah dan di masak bersama santan. Rojak buah ala jawa. First time cuba dan kuahnya agak sedap. manis dan masam yang seim

Followers