NUKILAN BAE - MY PIECES HEART

Image
Assalamualikum semua Nukilan kali ini adalah antara koleksi poems saya. Sebenarnya saya jarang menghasilkan puisi dalam bahasa english sebabnya penguasaan bahasa untuk saya berpuisi lebih kepada bahasa ibunda. Sesekali cuba untuk menghasilkan kelainan dalam berpuisi. Jika ada kesalahan tatabahasa harap dimaafkan hehe Sumber : Google My Pieces Heart ‘We are Just Friend’ Has Slide, Like I Expected It Would, Everything Is Just In Place, And Hits Me On Time. A Friend Of Mine Once Said, 'Delay Aren't Denials', I Can See Clearly Now, As An Expiry Never Wait, Separation Never Late, Karmic Cycle Keeps Changing, No Matter How Hard You Trying. My Pieces Heart, Just A Literal Separation, After A Lesson Plays Their Part, Makes Us Stronger And Wiser, A Blended You And Me, That Tie Us Forever, In Our Own Beautiful Way. bae@14062019 Puisi ini mengenai sebuah kekecewaan yang menggambarkan hati yang berderai. Lafaz perpisahan yang sudah dijangkakan namun hati selalu menidakkan. Manusia ni s

REVIEW BUKU - SIRI BAREFOOT GEN OLEH KEIJI NAKAZAWA KISAH BENAR HIROSHIMA YANG TRAGIS

Assalamualaikum semua,

Kalau korang penggemar komik, korang mesti akan jatuh cinta dengan buku ni. Masa mula-mula pilih buku ni, saya tertarik untuk baca sebab ia adalah kisah benar. Saya memang suka genre realistic fiction, atau pun buku yang berdasarkan kisah benar. Bila dah baca terus jatuh cinta dan sekejap je dapat habiskan siri barefoot ni.

Tajuk: Siri Barefoot Gen
ISBN: 9780867196023
Penulis: Keiji Nakazawa (Terjemahan oleh Art Spiegelman)
Terbitan: Last Gasp (2004)
Bilangan mukasurat: 284 m/s
Rating: 10/10

SINOPSIS

Kisah mengerikan Hiroshima yang di kompilasikan dalam versi manga ini menceritakan tentang kisah benar perang yang berlaku di Hiroshima, penderitaan yang perlu ditanggung oleh rakyat yang tidak bersalah. Keiji Nakazawa menceritakan kisah benar yang di lalui di dalam 10 jilid siri barefoot gen, dan memperincikan setiap peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas bos atom dilepaskan di Hiroshima. Kehilangan keluarga, dan penderitaan seluruh rakyat Hiroshima di paparkan di dalam siri ini, dan jalan cerita yang banyak bermain dengan emosi.

Gen yang berusia 6 tahun sebagai watak utama, serta pengalaman keluarganya, dengan ibu yang sedang sarat mengandung, tempat tinggal yang musnah akibat pengeboman nuklear memberi kehidupan yang sukar pada Gen. Walaupun hanya berusia 6 tahun, dia terpaksa menjadi ketua keluarga menjaga ibu dan adiknya. Kehidupan sukar Gen ini menjadi lebih sengsara bilamana ayahnya di cap sebagai pengkhianat. Ini membuatkan kehidupan seharian lebih sukar, pelbagai kerja yang di lakukan oleh Gen agar dia dan keluarga bebas dari kelaparan. Kisah benar yang di garapkan menjadi 10 jilid manga ini akan membuka mata pembaca tentang pengeboman Hiroshima

10 JILID SIRI BEREFOOT GEN



     
             
          

REVIEW

Buku berdasarkan kisah benar ini membuatkan saya tertarik untuk membaca jilid pertama. Pada saya, penulis berjaya menggambarkan emosi Gen sebagai watak utama dengan baik dan emosi pembaca akan berubah mengikut jalan cerita. Kisah kasih sayang seorang ibu, pengorbanan seorang anak, dan tanggungjawab yang besar yang harus dipikul oleh seorang abang akan membuatkan pembaca menitiskan air mata, lebih-lebih lagi saat anak muda ini kehilangan keluarga akibat kesan radioaktif dari pengeboman tersebut.

Lukisan manga ini menampilkan gaya klasik Jepun yang mana lukisan hitam putih bertujuan untuk pembaca menghayati jalan cerita novel dengan baik. Pada saya, jalan cerita digarap dengan sangat baik, banyak nilai-nilai murni yang dapat kita pelajari dari buku ini. Secara keseluruhan saya suka dengan siri barefoot gen ini, sebab ia adalah kisah benar, banyak tentang budaya Jepun yang dapat saya belajar. Jika korang penggemar sejarah, buku ini memang untuk korang tapi kalau tak minat pun tak salah pun baca, sedikit sebanyak boleh tau tentang perang dua kedua. Buku ini sesuai untuk young adult reading.

Comments

  1. Wah menarik ni bila buku manga dibuat berdasarkan kisah benar, lagi2 mengenai Hiroshima yang mana seluruh dunia pernah dengar mengenai sejarah hitamnya tu kan. Pasti lebih menarik untuk baca lebih mendalam bagi apa yang dah berlaku bila ianya dalam bentuk manga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila buat cerita dalam manga lebih cepat faham Dan cepat habiskan baca

      Delete
  2. suka cerita fiskyen macam ni. survival, intense, dan buat kita tak boleh stop membaca

    ReplyDelete
  3. wah bestnya sebab dalam bentuk mangga. Sis suka kalau macam ni sebab ada ilustrasi. Kalau bulu biasa takde gambar memang sis tak baca. Hehe. TQ sharing this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun kurang nak baca buku sejarah jenis manga best pulak

      Delete
  4. The title had attracted me, I am interested to read them. Thanks for sharing such a nice book!

    ReplyDelete
  5. Apa pun buku, kalau menceritakan kisah benar, memang fokus laa membaca.. ni lama takde bahan bacaan macam ni, bolehlah tengok-tengok kot nak mebeli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..bae pun suka baca based on true story

      Delete
  6. iena baca komik kan masa zaman sekolah dulu je. Masa tu suka lepak dekat library kampung iena. Baca macam2 buku tapi bila dah besar jadi bertentangan tak suka baca buku lak :D
    BAgus kalau komik2 macam ni yang ada diterap nilai nilai murni.sambil baca boleh ambil iktibar

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la baca buku ni iena. tersedu-sedu menangis baca kisah gen tu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers