NUKILAN BAE - MY PIECES HEART

Image
Assalamualikum semua Nukilan kali ini adalah antara koleksi poems saya. Sebenarnya saya jarang menghasilkan puisi dalam bahasa english sebabnya penguasaan bahasa untuk saya berpuisi lebih kepada bahasa ibunda. Sesekali cuba untuk menghasilkan kelainan dalam berpuisi. Jika ada kesalahan tatabahasa harap dimaafkan hehe Sumber : Google My Pieces Heart ‘We are Just Friend’ Has Slide, Like I Expected It Would, Everything Is Just In Place, And Hits Me On Time. A Friend Of Mine Once Said, 'Delay Aren't Denials', I Can See Clearly Now, As An Expiry Never Wait, Separation Never Late, Karmic Cycle Keeps Changing, No Matter How Hard You Trying. My Pieces Heart, Just A Literal Separation, After A Lesson Plays Their Part, Makes Us Stronger And Wiser, A Blended You And Me, That Tie Us Forever, In Our Own Beautiful Way. bae@14062019 Puisi ini mengenai sebuah kekecewaan yang menggambarkan hati yang berderai. Lafaz perpisahan yang sudah dijangkakan namun hati selalu menidakkan. Manusia ni s

14 RESEPI MASAKAN TANPA MINYAK YANG HARUS KORANG CUBA

Assalamualaikum semua

Dah berhari-hari dok makan ketupat lemang rendang, kini bermulalah sesi untuk kembali ke jalan yang benar haha Dah ternak lemak sekarang masanya untuk halau balik semua lemak-lemak tu kan. Nak diet pun tak perlu la makan rumput sepanjang masa (baca: salad/sayur). Apakata kita mulakan dengan makanan tanpa minyak, bila dah istiqomah, kita boleh start tinggalkan makanan tak sihat yang lain dan kontrol pengambilan makanan. Kalini saya nak kongsikan 14 resepi tanpa minyak yang korang boleh cuba di rumah, tak la bosan sangat nak diet. Jom makan makanan sihat tapi lazat.

SIAKAP STIM LEMON


Bahan-bahan:

1 ekor siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian. Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.

2. Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan. Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.

3.Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit. Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon. Kukus kembali selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.

IKAN BAWAL KUKUS PEDAS

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)
1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
1 tangkai cili merah- hiris serong
3 tangkai cili api- ketuk
5 biji lada hitam- tumbuk halus
1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi diperah airnya
sedikit garam

Cara penyediaan:

1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.

2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam.

Korang boleh je ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut. Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni.

SUP KEPALA IKAN MERAH

Bahan-Bahan:

1 Ketul kepala ikan Merah
2 biji cili merah dihiris nipis
2 biji tomato dibelah dua
3 labu bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai di ketuk
1 keping tauhu dipotong dadu kecil
Sedikit garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
1 pek sup bunjut
Sedikit rempah sup adabi

Cara penyediaannya:

1. Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih

2. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai,sup bunjut, sedikit rempah sup dan cili ke dalam periuk.

3. Masukkan tauhu dan tomato dikuti garam. Selepas itu masukkan kepala ikan merah tersebut.

4. Biarkan selama 15 minit sebelum menutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup
sebelum dihidangkan.

SUP AYAM KAMPUNG


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
1 inci halia ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 batang serai dititik
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
2 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis (banyaknya ikut suka)
Garam secukup rasa.
Sedikit bawang goreng.

Cara penyediaan:

1. Masukkan ayam yg telah dipotong ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.

2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10 - 15 minit.

3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.

4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.

5. Bila nak makan taburkan sedikit bawang goreng ( kalau bawang goreng buat sendiri lagi sedap)

IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN


Bahan-bahan:

ikan kembung yg telah dibersihkan
air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)
garam, perasa
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 biji lada besar - hiris halus
Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana
1/2 cawan asam jawa
2 sudu besar gula
sedikit belacan
asam limau (optional)

Cara penyediaan:

1. Rebus ikan dengan air sehingga masak.

2. Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.

3. Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan.Perahkan asam limau. Siap untuk dihidang.

SUP TELUR & CENDAWAN


Bahan-Bahannya:

5 biji kentang sederhana besar
6 - 7 kuntum black fungus, rendam sampai kembang
4 - 5 keping fucuk, rendam hingga lembut
30 - 35 tangkai "kincam"
1 cekak soo hoon, potong dan rendam
4 - 5 biji telur
4 ulas bawang putih, diketuk
6 biji bawang merah, dihiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 ketul kiub pati ikan bilis
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara penyediaan:

1. Kentang dikupas, potong 4 setiap biji, cuci dan rendam, cendawan dibuang pangkalnya dan potong2, fucuk dikerat2 kecil dan kincam disimpul setiap satu, cuci dan toskan. Ketepikan.

2. Panaskan air (anggaran 1 liter) & masukkan bawang hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga wangi. Masukkan kiub ikan bilis dan kentang. Masak hingga mendidih.

3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam kuah tadi. Masak hingga telur masak dan tidak pecah. Masukkan cendawan dan fucuk. Masak hingga kentang hampir empuk.

4. Masukkan kincam tadi dan tambah garam jika perlu.

5. Akhir sekali masukkan soo hoon dan kacau rata. Biar mendidih sebentar dan boleh matikan api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan

TELUR KUKUS MAYONESE


Bahan Bahan:

5 biji telur
1 biji bwg besar - dipotong kecil2(dadu)
1 biji cili merah - dipotong dadu
daun bawang - dipotong halus
garam
mayonise
keju cheese

Cara penyediaan:

1. Masukkan telur dlm bekas dan pukul seketika.

2. Masukkan bawang, cili merah,daun bawang dan garam, kacau hingga sebati. Masukkan mayonise dan cheese. Kacau seketika.

3. Masukkan adunan telur tersebut dlm bekas dan kukus selama 10 minit.

4. Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidang.

IKAN ASAM REBUS


Bahan-Bahan :

Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai - 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar

Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci

Cara penyediaan:

1. Didihkan air di dalam periuk. Tuangkan bahan B yang telah di kisar, masak sehingga mendidih.

2. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi) sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.

ASAM REBUS BENDI


Bahan-bahan :

Bendi - buang tombol atas bendi tu dan belah dua (jangan putus)
Bawang merah - kisar
Bawang putih - kisar
Lada merah - kisar
Ikan bilis - kisar
Asam Keping
Air Masak secukupnya.

Cara penyediaan:

Didihkan air bersama bahan kisar, kemudian masukkan asam keping dan bendi. Masak sehingga bendi layu. Sedia untuk dihidang.

IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG


Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan bahan yang dikisar, serai, air asam jawa serta air secukupnya ke dalam periuk.

2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api, kemudian masukkan buah tomato.

3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan

RESEPI KERANG REBUS


Bahan-bahan:

1kg kerang (telah dicuci)
1 biji bawang merah besar (hiris)
2 batang serai (titik)
1 batang cili merah (hiris)
sedikit halia (hiris)
garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Campur semua bahan dan masak kerang sampai kerang terbuka. Siap untuk dihidang.

SUP IKAN HARUAN


Bahan-bahannya:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
1 sudu makan lada hitam – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
2 cm halia – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara penyediaan:

1. Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
Bilas dengan air dan di tos.

2. Panaskan air sehingga mendidih dan Masukkan bawang putih, merah, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & sup bunjut.

3. Kemudianmasukkan lada hitam, garam,asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN


Bahan-bahan & Cara penyediaan ayam:

1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.

2. Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.

3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.

4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.

5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering. Perap daging paling kurang selama 1 jam.

6. Bakar daging sehingga masak.

Bahan-bahan sos cendawan:

Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara penyediaan:

1. Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.

3. Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.

4. Masukkan sos carbonara.Tambah air. Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat. Sesuaikan rasa.Tutup api.

IKAN KUKUS KICAP BERHALIA

Sumber : Google
Bahan-bahan:

2 keping isi kan merah (boleh juga guna ikan lain seperti siakap)
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/4 camca teh minyak bijan*
1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)

Cara penyediaan:

1. Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon. perap 10 minit, cuci bersih dan toskan.

2. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit.

3. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas. Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 - 20 minit atau hingga ikan masak. Hidangkan segera sedap makan panas-panas.

Kredit : FB Serunding Harga Borong

Comments

  1. Thanks for sharing these recipes, i also like to cook healthily like soup, steam fish and chicken at home.

    ReplyDelete
  2. Yummy!!!!!!!!!!!!!! Love all these recipes. Especially the first one. Would like to try it. Thank you for sharing. XoXo.

    ReplyDelete
  3. Noted !! Kalau tak rebus kita buat sup .. Sal pun tengah diet gak ni . Kang membesar bagai johan lak .. habess tak muat uniform. Kita simpan and follow resepi ni ketat-ketat

    ReplyDelete
  4. ohh my....Bae, you're making me superb hungry with this post, all my favourite dishes. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. The ones that caught my eyes are the kukus sambal and bersos cendawan which looks so creamy and yummy. :)

    ReplyDelete
  6. Terus rasa nak masak stim limau arghh dapnyaaa.. hirup kuahnya pepanass kannnn...

    ReplyDelete
  7. Thank you share... Skrg pun nak kurgkan masakan yang berminyak.. Lagi la raya ni mcm2 makan... Heheh

    ReplyDelete
  8. Fuhh faveret betul tengok masak assam semua tu. Saya suka sangat menu ni. Bleh habis kuah seperiuk. Masak tempoyak pun saya suka stail takda santan camni. Marvelous.

    ReplyDelete
  9. Menarik ye menu2 ni.. Some are my common dishes kat rumah! Yang nak try nanti is the telur rebus mayonese! Nyummeh!

    ReplyDelete
  10. mudah ada resepi macam gini, senang nak dapat idea masak apa. pening kepala juga sebenarnya bila kena fikir nak masak apa ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la pilih salah satu resepi tu nanti hehe

      Delete
  11. Ena lom mampu nak masak cmni hahaha. Bila nk kawal minyak ni 😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers