Ad Code

BAE ROSLAN 2021 BIRTHDAY

Assalamualaikum semua


17 APRIL lepas adalah birthday saya dan pada yang mengenali saya di Facebook mungkin tahu yang abah mertua saya meninggal pada 11 APRIL. Yang lebih menyedihkan Birthday abah adalah pada 16 APRIL. Sebenarnya dah plan nak sambut sama, kebetulan birthday adik ipar 18 April, so boleh la sambut sama kan, saya siap dah beli money bouquet untuk abah, namun Allah lebih sayangkan abah.

Ok post ni taknak sedih-sedih, just nak letak memori birthday tahun ni, keluarga dan kawan yang ada bersama saya. Alhamdulillah untuk pertambahan umur yang Tuhan berikan. Namun, umur ini bukan saja nikmat tapi peringatan yang ajal juga semakin mendekat. Moga saya lebih istiqomah untuk tingkatkan amal ibadat, inshaaAllah.

Celebration pertama adalah di Dorsett Kuala Lumpur. Plan asal adalah nak staycation dengan geng KLASS Princess, memang tak sangka depa nak buat early celebration. Siap prank lagi staff hotel suruh turun sign dokumen, masa tu rasa nak maki je staff tu, tapi bila dia cakap baik-baik tak jadi nak marah. Dengan keterpaksaan turun bawah, tengok ada orang hantar bouquet, memang menjadi lah suprise depa. Terima kasih Nurul, Yana & Amal bagi lilo stich hehe


Celebration kedua adalah pada hari kejadian, suami buat suprise money bouquet. Memang tak sangka nak dapat sebabnya hadiah birthday suami dah bagi awal, sebentuk cincin baby ketum yang memang saya idamkan hehe.

Masa nak dapat bouquet ni, saya tengah tidur, lepas tu ada delivery cakap nak bagi barang. Saya kata saya takda order barang apa-apa. Dok suruh saya keluar jugak, cakap je la terus ada suprise bouquet nak hantar haha tak pasal kena marah orang delivery tu haha kesian dia


Terima kasih roomate, bukan nilai yang di pandang tapi usaha nak gembirakan isteri. Kepala pun dok pening lagi masa terima bouquet ni, muka pun nampak sangat baru bangun tidur haha Ingatkan dah habis, ada lagi suprise dari roomate. Malam tu lepas berbuka diorang keluarkan kek dan nyanyi birthday. Masa bila dia pi beli kek ni pun taktau la, pandai pulak sorokkan kek ye. Moga murah rezeki roomate sebab nak bahagiakan isteri.


Ini lah hadiah baby ketum idaman. Lani suka sangat design baby ketum ni, comel je, abaikan kulit berkedut tu hahahahaha Anyone yang suka design ketum ambik baby ketum cantik. Design ketum ada kakak dan mak ketum, bezanya adalah kelopak ketum tu lebih besar. Kalau minat design yang besar boleh la beli mak ketum.

Cincin ni pun suprise jugak, pandai pulak roomate beli masa live kedai emas. dia sorokkan dalam kek. Kalau nak tau roomate saya ni memang hebat pengetahuan emasnya. Semua design terbaru dia tau. dunhill, gajah pasir, melur, coco eh macam-macam la. Dia lebih tau pasal emas, kalau saya nak beli emas memang rujuk roomate dulu.


Ini pun suprise dari seorang kawan, tapi tak ada rezeki nak jamah. Dia suprise kan dan hantar ke tempat kerja, malangnya saya cuti sebab abah meninggal. Jadi rezeki kawan-kawan office lah dapat makan. Terima kasih Weena


Another suprise oleh seorang kawan jugak. Kawan hiking dan kawan travel. Setiap tahun kami akan bercuti di mana-mana pulau dalam Malaysia, dan percutian terhenti semenjak covid melanda. Trip hiking pun kami akan pergi bersama cuma kawan saya ni tak minat trip camping yang panjang, jadi kalau trip hiking dayhike biasa akan pergi dengan kawan yang seorang ni lah. Dia siap delivery kek ni ke sekolah. Alhamdulillah walaupun dah lama tak jumpa tapi masih berhubung. Terima kasih Gee


Semalam terima satu parcel, jenuh pikir rasanya tak ada beli apa-apa. Rupanya adik paling sayang bagi birthday box. Bila tengok semua gambar yang ada dalam box ni teringat kenangan hiking bersama, rindu sangat nak camping hutan, berhujan berselut dalam hutan, paling best mandi sungai lah hehe Seriussss rindu sangat, kami start hiking sama masa naik Bukit Berekeh, lepas tu kami selalu hiking sama, sampailah dah grad G7 selama 8 bulan. Terima kasih Diy!


Kek birthday tidak berakhir pada 17 April, Semalam  (22 April) masih terima suprise bouquet dan kek pandan gula melaka. Terima kasih Sera, kawan masa belajar Diploma, penah duduk serumah, lani masing-masing dah kahwin, dan berjiran haha


Tiba-tiba mai rumah lepas kerja semalam, selalunya dia taknak masuk sebab nak balik masak, ni dipaksa-paksa bukak pintu haha rupanya dia sorokkan kek birthday untuk saya. Moga Allah pelihara persahabatan kami aamiin.


Tahun lepas masa birthday berseorangan di rumah sebab PKP, tahun ni walaupun tak dapat sambut macam biasa (biasanya masa birthday saya pergi travel) tapi banyak dapat suprise dari keluarga dan kawan-kawan. Terasa diri ini disayangi.

Terima kasih semua atas ucapan dan doa. Moga kalian dipermudahkan urusan selalu. aamiin

Post a Comment

28 Comments

  1. Ramai yang sayang la ni. Selamat Ulangtahun. Moga panjang umur dan murah rezeki. Kalau suami bagi kat kita, insya allah bertambah lagi rezeki suami.

    ReplyDelete
  2. Wahhhhh bestnya dapat hadiah! Happy belated birthday! Semoga dilimpahkan rezeki, berbahagia selalu, dan hidup dirahmati Allah :)

    ReplyDelete
  3. Happy belated bestday. Alhamdulilah ramai yang sayang. Kita yang hidup kena teruskan kehidupan, yang dah pergi tu jangan kita lupa hadiahkan doa kan.

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday..Al FAtihahbuat arwah ayahnda tercinta.Salam takziah untuk keluarga Bae.. Dapat kejutan best nya..ramai orang sayang ni :)

    ReplyDelete
  5. Happy Bestday ! Allahu seronok tengok digembirakan orang2 tersayang. Dengan surprise demi surprise nampak sangat awak disayangi. Semoga dapat mengubat sedikit sebanyak rasa sedih akibat kehilangan orang tersayang. Doa sahaja yang terbaik untuk arwah dan saya juga doakan semoga awak hidup bahagia dan gembira sentiasa bersama mereka yang masih ada. Aminn

    ReplyDelete
  6. happy belated birthday sis bae, murah betul rezekinya ramai yang meraikan. Paling best dapat si ketum tu, akak first time dengar hahaha. Semoga sentiasa panjang umur n murah rezeki hendaknya. berbahagia duni akhirat

    ReplyDelete
  7. HB bae.. wahhh murah rezeki betul. Banyak kek dia dapat. Moga Bae sihat sentiasa hokeh

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday sis :) Semoga dilimpahkan rezeki Amin Amin

    ReplyDelete
  9. Hepi belated day Bae.. kemain banyak hadiah dia yaa.. canti,lah cincin ketum ko, kenan pulak Sis hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis..
      cari baby ketum sis, cantik yakmatttt...

      Delete
  10. Happy belated birthday. Seronoknya dapat banyak surprise tahun ni. Moga terus dimurahkan rezeki, sihat selalu.

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday. Banyaknye dapat surprise. Ayah Marina pon meninggal.tarikh hampor sama. Ayah Madina 10/4

    ReplyDelete
  12. Happy Belated Birthday! Wahh, same date with my uncle! Ramai juga kenalan yang birthday bulan ni ye.. Mine coming soon!

    ReplyDelete
  13. Happy Birthday!!! Wahhh banyaknya gift dan kek. Alhamdulillah! Teruskan menjaga siratulrahim sesama mereka. 🤗

    ReplyDelete
  14. Happy Birthday Bae! Wahhh banyak hadiah wei... cake and bunga semua lengkap.

    ReplyDelete