Ad Code

3 ASPEK PENTING PEMILIHAN TUALA WANITA YANG WAJIB KORANG TAHU

Assalamualaikum semua

Tubuh badan wanita sangat unik dan perbezaan setiap wanita berbeza dapat dilihat dari reaksi tubuhnya terhadap haid. Bagi memenuhi perbezaan ini, pelbagai jenis tuala wanita ada di pasaran untuk mereka pilih mengikut kesesuaian badan semasa haid. Faktor pemilihan ini kebiasaannya bergantung kepada kulit, bentuk badan dan aliran haid yang di alami.Sebagai seorang wanita, untuk memilih tuala wanita yang terbaik dan bersesuaian dengan saya, beberapa jaminan dari produk tersebut adalah antara faktor penting yang perlu ada untuk saya pertimbangkan. Ia seperti jaminan bahawa produk ini bukan sahaja memastikan kesihatan, kebersihan di bahagian vagina tetapi juga keselesaan semasa memakainya.


3 ASPEK PENTING MEMILIH TUALA WANITA

PENYERAPAN
Penyerapan yang baik adalah antara elemen penting bagi menentukan ia adalah produk yang baik. Keupayaan menyerap sejumlah besar darah dalam masa yang singkat bermakna ia mempunyai penyerapan yang baik. Ia tidak hanya penyerap dengan baik, tuala wanita yang korang pilih sebaiknya ada pengaliran yang baik, jadi bila kita duduk atau buat aktiviti lasak, sehingga memberi tekanan pada darah yang telah diserap, ia masih kekal dan tidak bocor.

Senang je kalau nak tau tuala wanita tu ada penyerapan yang baik atau tak, bila ia menyerap, warna darah seharusnya menjadi lebih gelap. Semakin cerah warna darah bermaksud darah tu dekat di permukaan pad. Warna darah yang gelap juga sebenarnya menunjukkan darah meresap dengan baik dan memberi aliran baik dan berkesan. Dan paling penting, korang akan rasa kering, jadi lebih yakin untuk buat aktiviti harian tanpa risau akan kebocoran.

PANJANG PAD DAN ALIRAN

Kebiasaannya darah haid akan lebih banyak pada awal haid, jadi bukan saja penyerapan yang penting, korang perlu pilih tuala wanita yang ada pengaliran yang cepat dan berkesan. Pilih tuala wanita yang panjang dan sesuai dengan haid ada pada waktu itu. Pad untuk malam lebih panjang dari pad siang dan mempunyai ciri tambahan seperti pelindung lebar sehingga ke bahagian belakang. Korang juga boleh pilih tuala wanita yang ada pengikat sisi, yang dapat mencegah kebocoran, jadi kalau korang baring ke duduk ke, tak perlu risau tentang kebocoran.

KESELESAAN

Bahan Pembalut tuala wanita ada yang diperbuat daripada kapas atau plastik jaring. Disebabkan kulit setiap orang berbeza, jadi tahap keselesaan dengan bahan tertentu juga berbeza. Sebilangan wanita lebih suka kapas yang lebih lembut, sementara yang lain lebih suka lapisan atas jaring. Jenis bahan juga mempengaruhi pengudaraan di bahagian sulit. Bila kita pakai pad, kelembapan pada kulit akan meningkat dan jika tuala wanita tidak mempunyai pengaliran udara yang baik kita akan rasa tak selesa. Dan kelembapan ini akan membuatkan melecet dah gatal pada vagina sebab ia akan bergesel bila kita berjalan atau lakukan apa-apa aktiviti.

REVIEW TUALA WANITA LAVENDER

Bila memikirkan tentang tuala wanita, saya bukan saja risau tentang kebocoran, tapi kegatalan. Kebanyakkan pad yang saya guna, akan menyebabkan kegatalan pada bahagian vagina dan keadaan ini sangatlah tak selesa. Ada satu jenama tu,. bila saya guna kulit akan jadi merah-merah dan bibir vagina membengkak. Itu menunjukkan bahan yang digunakan mempunyai bahan kimia yang tinggi sehingga kulit memberi tindak balas negatif. Lavender pad direka khas dengan ciri unik untuk memberikan perlindungan dan keselesaan maksimum bagi wanita semasa haid. Sesuai untuk kegunaan siang hari

Saya cuba guna tuala wanita Lavender yang menggunakan teknologi nano silver, dimana ia sebagai agen antibakteria. Ia juga disertakan dengan ion negatif (anion) yang kaya dengan bahan semulajadi bagi memberi manfaat tambahan untuk kesihatan wanita. Dengan mengandungi nano-silver, ia juga berfungsi sebagai sifat antibakteria dan antijamur semula jadi. Yang bestnya Lavender menggunakan Hydrogel dan kapas yang semua sedia maklum penyerapan hydrogel memang terbaik. Kulit sentiasa rasa kering je, tak rasa lembap macam sebelum ni. Hydrogel yang digunakan dapat menyerap cecair tiga kali lebih banyak dari biasa. Teknologi jepun ini juga dapat menahan bendalir dan dapat mencegah kebocoran walaupun haid korang banyak! Tapi hydrogel ni kurang sesuai kalau korang jenis yang basuh pad tau, sebab ia akan serap air tu. Penyerapan Lavender pad memang power.

Kapas yang lembut tak akan menrengsakan kulit semasa memakainya, dan paling best tuala wanita Lavender ni nipis je, tak rasa macam pakai pampers, tebal semacam je. Lavender menggunakan kapas yang disterilkan jadi ia lebih lembut, nipis, lebih selesa dan membantu mencegah penyakit ginekologi tau. Permukaan kapas lembut dengan ion negatif membersihkan bakteria dan virus. Kebanyakkan tuala wanita ambil mudah tentang pangaliran udara semasa memakai pad, ini akan menggalakkan pembiakan bakteria. Penggunaan anion dalam Lavender pad akan memberi pengaliran udara yang diperlukan. Dari sudut kesihatan, anion yang diaplikasi didalam pembuatan Lavender pad yang bebas kimia tidak akan menaikkan pH pada vagina.

Bocor? Dengan Lavender pad, tak perlu risau tentang kebocoran lagi, sebab ada pelbagai saiz yang korang boleh pilih. Saiz untuk penggunaan siang pun dah panjang tau. Ada sayap/wing di bahagian sisi jadi memang tak perlu fikir akan bocor. Sepanjang seminggu saya pakai memang tak risau pasal bocor lansung. Waktu malam lagi lah, Lavender pad malam, adalah yang paling panjang pernah saya gunakan. Nak tidur tak perlu lapik kain batik dah, confirm tak bocor.

Lavender tidak hanya memberi perhatian pada tuala wanita, tetapi pembungkusan pad jugak. Pembungkusan pembalut anion digunakan kerana ia lebih selamat dan bersih. Saya suka sebab ada pelekat yang boleh kita lekatkan balik, jadi senang kalau nak bawak travel, tak perlu bawak beg berasingan untuk simpan pad. Secara keseluruhannya saya suka Lavender pad ni.

PELBAGAI SAIZ LAVENDER PAD


Panty liner ni saiz yang sesuai untuk pakai harian. Saya gunakan panty liner ni masa haid nak habis, masa tu kan darah dah sikit. Boleh je guna panty liner ni. Saiz 115mm pada saya saiz yang sesuai untuk pakai harian. Setiap pek panty liner ada 30 keping.


Pek siang ni ada 10 keping dengan panjang 245mm. Saiz ni panjang untuk penggunaan siang, jadi memang tak risau bocor.


pek untuk malam ada 8 keping dengan panjang 330mm. Korang nak tidur berguling-guling pun tak akan bocor. Kalau macam saya memang pad ni cover dari depan hingga belakang, kira full protection.


Kalau korang masih risau bocor, boleh guna Pek Extra Long ni, 8 keping per pek, panjang 420mm. Tak pernah lagi jumpa tuala wanita yang panjang macam ni. Ini kira full coverage.

VIDEO REVIEW LAVENDER PAD


Korang boleh tengok video ni, betapa bestnya Lavender pad ni. Korang pasti jatuh cinta, daya penyerapan tuala wanita ni memang the best yang pernah saya guna.



Selain tuala wanita yang berkualiti, jangan lupa, kebersihan di bahagian vagina juga melibatkan pembersih intim. Rahsia Puteri adalah produk pembersih daripada Pro Care merupakan formulasi semulajadi dengan campuran esktrak herba yang sempurna. Ia digunakan khas untuk membersih kawasan intim dan sangat sesuai bagi kegunaan harian agar kawasan intim tetap bersih dan segar sepanjang hari.


Rahsia Puteri menggunakan bahan semulajadi yang terbukti baik untuk kawasan intim wanita seperti lobata, manjakani, kacip fatimah, daun sirih dan bawang putih. Dan kalau korang nak tau khasiat manjani ni sangat banyak. Antaranya adalah untuk mencegah dan mengurangkan keputihan, stabilkan hormon, meningkatkan aliran darah dan berkesan untuk keremajaan.


Bau wangi yang lembut pasti buatkan kita lebih yakin untuk menjalankan aktiviti harian. Yang penting bebas dari bakteria tidak baik agar dapat elakkan dari penyakit di kawasan intim. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

#ProCare #womencare #sanitarypads #Lavender #femininehealth #femininewash #RahsiaPuteri #womenhealth #manjakani #nanosilver #extralong

Post a Comment

32 Comments

  1. Sis tak pernah lagi dengar brand ni tapi kalau aliran banyak kena guna pad yang panjang. Feminine wash tu tak boleh guna selalu kat situ sebab kat situ memang dah ada bakteria baik. Kalau guna selalu bakteria baik tu pun akan mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis lin. boleh pakai extra long tu memang panjanggg sangat

      Delete
  2. This product sounds awesome. I never head of it before. Would like to check it out. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  3. Betul kan, sbb tuala wanita ni bukan boleh ikut suka pakai ja, ada yg jenis kulit sensitive tu boleh menyebabkan kegatalan dan merah.. but this brand looks promising la.. nak check it out later ... mintak2 serasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah serasi, permukaan pad ni bestt

      Delete
  4. tak pernah jumpa lagi brand ni. betullah nak pilih tuala wanita kena ikut keselesaan juga. nice sharing :)

    ReplyDelete
  5. Dia punya teknologi tu high betul untuk pad. Okay la, I memang cerewet sikit bab pad ni sebab kulit selalu buat hal kalau pakai pad tak sesuai.

    ReplyDelete
  6. Pertama kali dengar brand ni. Nampak menarik dan teknologi yang digunakan sangat wow lah. Tuala wanita tu menarik betul. Bab penjagaan wanita memang kena jaga bebetul kan sebab ada yang sensitif

    ReplyDelete
  7. First time dengar brand ni, tapi nampak selesa dan nipis. Tak bulky.

    ReplyDelete
  8. Kita mmv kena pilib tuala wanita yg sesuai, selesa dipakai dan plg penting tidak mudah bocor, bersih dan bersih

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi jumpe brand ni. nampak bagu juga kualiti nya, boleh try beli nanti... time period bab keselesaan dan kesihatan memang kena jaga betul2

    ReplyDelete
  10. Cantik packaging dia. First time dengar brand ni. Macam best. Bolehla try

    ReplyDelete
  11. Jujurnya.. Sis tak pernah guna tuala wanita lain selain dari KOTEX.. tak tau kenapa, rasa takut pun ada, so memang guna yang jenama tu laa dari mula dulu datang haid sampailah sekarang :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya takleh pakai kotex terus jadi bengkak huh

      Delete
  12. First time dengar brand ni. Not bad juga sbb varian dia banyak

    ReplyDelete
  13. First time dengar pasal brand nie. Boleh Rawlins share dengan kengkawan dan saudara mara sebab memang penting pilih tuala wanita yang sesuai dan selamat digunakan

    ReplyDelete
  14. Rupanya bermacam2 juga ye pad ni..! Good to know. And ada pad yang ada herbs, you know what? We found out that it is useful to treat toothache ye! Penyelamat my housemate masa dia sakit gigi and mak dia syorkan utk try and it effective ye! Rasanya sebab herbs to help to reduce period cramp! So it useful for this case.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow good to know that, thanks sharing nell

      Delete
  15. Baru tau ada tuala wanita dengan ingredients kewanitaan. Selalu kena consume masuk mulut je. Masa sedang dtg haid bagus juga ada tuala wanita yang begini. Nanti nak cuba lah. Menarik betul.

    ReplyDelete
  16. Nanti nak cubalah , bagus ada bermacam pilihan saiz sesuai kegunaan . Paling perlu bila waktu aliran darah yang banyak. Memang perlu pad yang boleh serap darah dengan baik dan tarhindar dari kebocoran.

    ReplyDelete