NUKILAN BAE - MY PIECES HEART

Image
Assalamualikum semua Nukilan kali ini adalah antara koleksi poems saya. Sebenarnya saya jarang menghasilkan puisi dalam bahasa english sebabnya penguasaan bahasa untuk saya berpuisi lebih kepada bahasa ibunda. Sesekali cuba untuk menghasilkan kelainan dalam berpuisi. Jika ada kesalahan tatabahasa harap dimaafkan hehe Sumber : Google My Pieces Heart ‘We are Just Friend’ Has Slide, Like I Expected It Would, Everything Is Just In Place, And Hits Me On Time. A Friend Of Mine Once Said, 'Delay Aren't Denials', I Can See Clearly Now, As An Expiry Never Wait, Separation Never Late, Karmic Cycle Keeps Changing, No Matter How Hard You Trying. My Pieces Heart, Just A Literal Separation, After A Lesson Plays Their Part, Makes Us Stronger And Wiser, A Blended You And Me, That Tie Us Forever, In Our Own Beautiful Way. bae@14062019 Puisi ini mengenai sebuah kekecewaan yang menggambarkan hati yang berderai. Lafaz perpisahan yang sudah dijangkakan namun hati selalu menidakkan. Manusia ni s

RESEPI UDANG MASALA

Assalamualaikum semua

Kebanyakkan kita suka makan udang tapi korang tau tak khasiat yang terdapat dalam udang? Harini nak kongsikan resepi udang, sebelum tu kita baca dulu apa kebaikkan makan udang. Bila kita tau apa yang kita makan, lebih senang nak kawal ikut kesihatan badan. Banyak khasiat dalam udang ni tau antaranya: 

Mineral 
Udang merupakan makronutrien yang sihat sebab ia tinggi protein, rendah karbohidrat dan mengandungi sedikit lemak. Sebabkan udang ni tinggi protein, boleh bina otot dan kurangkan lemak tau.

Vitamin
Terdapat pelbagai vitamjn sihat di dalam udang seperti sumber vitamin A, D dan E yang hebat serta vitamin B1, B2 dan B3. 

Asid lemak 
Lemak yang ada dalam udang ni adalah lemak omega 3 yang diketahui dapat menurunkan risiko serangan jantung.

Kolesterol dalam Udang 
Walaupun banyak mineral, vitamin dan lemak baik dalam udang, ia juga tinggi kolestrol. Jadi kalau nak makan tu berpada-pada ye, kang elok sihat, kolestrol naik mencanak. 

Dah baca khasiat udang, jom tengok resepi udang masala. Resepi ni dari bapak mertua, dia memang pandai masak. Kalau masak sup atau kari paling mabeles. Bahan pun tak banyak, jom tengok resepi.

RESEPI UDANG MASALA

Bahan-bahan:
Udang
Bawang 
Daun kari
Halba campur
Santan (satu biji)
Rempah kari udang
Rempah ikan tulang
Kacang buncis (optional)

Cara memasak:


Racik bawang putih, bawang merah. Jangan lupa basuh dulu ye daun kari dan halba campur tu.


Panaskan minyak dan tumis bawang, daun kari, dan halba campur sampai naik bau.


Ini 2 jenis rempah yang bapak guna. Guna rempah paket kecil je.


Tumis rempah dan masukkan air sikit je supaya rempah tak hangit. Tumis sampai pecah minyak.


Bila dah pecah minyak tambah air lagi dan tumis sampai pecah minyak sekali lagi.


Ni rupa rempah dah pecah minyak, kalau masak kari, tumis sampai pecah minyak 2/3 kali tambah air, supaya kari tu tahan lama.


Bila rempah ditumis lama, kari akan rasa lebih sedap dan tahan lama tau.


Lepas tu masukkan santan dan air, biarkan sehingga mendidih. Sentiasa kacau ye.


Masukkan udang dan kacang buncis, dan biarkan sehingga masak. Biasanya bila udang berubah warna dan melengkung jadi C tu kira dah masak. Lepas tu masukkan garam dan asam keping, biarkan sampai mendidih.


Dah siap! Senang je kan.


Makan dengan nasi panas, ulam, sayur peria, sambal tempoyak dan ayam crispy. 

Selamat mencuba!

Comments

  1. wahhh baru tahu ada serbuk kari udang! Tak pernah lagi cuba resipi ni, nanti nak try jugak lah sebab bahan dengan cara penyediaan pun lebih kurang je dengan kari biasa hehe thanks share!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tau haha sebelum ni tak pernah guna

      Delete
  2. thanks for the recipe. now we can try to cook it at home too

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik nih, selalu saya masak udang sambal atau gulai lemak cili api. Ni kena try pulak la nih cara udang masala. Tq share resipi nya.

    ReplyDelete
  4. Saya suka makan udang. Tetapi ianya kurang sesuai sikit dgn kulit saya. So saya kena berpada2. However, I like the recipe you shared. thank you for sharing this recipe with me ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. my friend same case macam u. lepas dia makan udang dia akan makan ubat alergic hehe

      Delete
  5. Nampak mudah plak bila diceritakan begini. Ni buat Rawlins nak try plak. Agak2 menjadi tak?

    ReplyDelete
  6. Saya memang peminat udang, tapi tak pernah dengar lagi udang masala. Mungkin kat kedai mamak ada kot, tapi tak pernah la ambik sebab dah tau mahal. Haha. Mesti cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  7. Udang is my favourite! Memang tahu udang tinggi kolestrol, tapi bila dah start makan tu susahlah nak limit..hehe..thank you share resepi, resepi baru ni 😆😆

    ReplyDelete
  8. i love masala tea, not knowing about udang masala after reading your recipe here. Am hungry hungry. cheers,siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Wah sedapnya. Kak Bell belum pernah try udang masala. Lama juga tak makan kari udang, asik udang sambal je kan. Harus Kak Bell cuba ni nanti.

    ReplyDelete
  10. Waduh, masaalah betul tengok menu ko ni laaa, teringin benau nak masak masala, tapi takut tak jadi, nanti nak try resepi Bae ni..nampak sedap...

    ReplyDelete
  11. kat umah sis biasanya udang ni goreng tepung atau masak sambal je.. ha, nanti leh la try resipi awak ni pula. kalau buat untuk cicah roti jala ok tak?

    ReplyDelete
  12. Nampak pun sedap. Mesti kaw rasa masala dia.. sedapnya. Ayu kalau makan mcm ni boleh tambah banyak kali nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.makan ni dengan sambal belacan dapnyaaa

      Delete
  13. kalau pergi makan seafood, atau steamboat mesti saya akan ambil udang dalam kuantiti yg banyak. hehe. sbb memang suka udang. tpi dekat rumah kena kurangkan sbb ada orang alergik dengn udang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers