Ad Code

RESEPI LEMPENG/PEKNGA PALING MUDAH SUKATAN CAWAN

Assalamualaikum semua

Lempeng atau orang utara panggil peknga merupakan makanan paling simple dan mengeyangkan. Korang tau tak lempeng ni telah disenaraikan sebagai makanan tradisi Malaysia tau. Kebiasaannya orang melayu suka masak lempeng dan terdapat pelbagai variasi resipi yang diolah. Ada yang letak nyoq atau kelapa. Nak buat pun mudah je. Saya kongsikan resepi paling mudah dan ini adalah resepi asli orang tua-tua dulu tau.

Bahan bahan

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan air suam/panas
secubit garam

Cara masak

  • Bancuh kesemua bahan dan kacau sehingga sebati. Tambah sikit air suhu bilik jika perlu. Sebab adunan tu nak cair sikit. Jangan terlalu likat tau nanti lempeng jadi tebal. 
  • Panaskan frying pan (guna non stick lebih elok), sapu minyak sikit dan tuang adunan. 
  • Nanti dah garing, balikkan bahagian lagi satu.
  • Gunakan api perlahan ye, biar lambat masak janji tak hangus


Saya makan dengan sambal sardin hancur. Memang marbeles. Lempeng ni sedap di makan dengan sambal ikan bilis, kari, nak makan dengan rendang pun sedap tau. 

Kalau nak mudah ni ha ada video macam mana nak buat lempeng, boleh tengok kelikatan bancuhan tu untuk lebih faham.

Jangan lupa LIKE, COMMENT & SUBSCRIBE

Itu je, senang kan? selamat mencuba

Post a Comment

27 Comments

  1. Ini paling suka dan kerap Rawlins buat sebab mudah dan cepat nak sediakan. Pastu Rawlins memandai tambah milo la, entah aa2 la dalam dulu bagi tambah rasa hahaha

    ReplyDelete
  2. sedap ni. makan panas2 dengan sambal..terliur plak. anak2 suka la kalau buat lempeng macam ni

    ReplyDelete
  3. Wah..........sedap nyer nampeng lempeng yang sis masak nie. Tringin juga saya nak mencubanya. Thank you for sharing your recipe. I hope you will continue to share more delicious recipes with us after this. Keep on the good work.

    ReplyDelete
  4. Petang-petang nampak lempeng pula nih sis memang mencari la nampaknye lepas nih. Tq share resepinya, macam lama juga tak masak lempeng kat rumah nih.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this recipe. Your quick step-by-step guide will make it easy for us to enjoy lempeng too. :D

    ReplyDelete
  6. Kalau dulu arwah atuk kata, pompuan kalau tak reti buat lempeng, memang nak kena leper kuali hahahaha garang kan atuk Sis hahaha.. nasiblah Sis ko reti buat lempeng hahahaha kalau tak tengok kuali, fobiaaa kang

    ReplyDelete
  7. This is my favorite hi-tea dishes ni.. cuma lempeng yang i buat ikut recipe nenek with gula.. so makan macam tue jer with hot coffee.. :) ni dishes paling senang nak buat kan.. :P

    ReplyDelete
  8. Ni makanan paling best bila malas nak masak benda lain. Saya suka lempeng yang rangup2. Hangus sikit pun takpe. Cicah sardin atau lauk kari semalam.

    ReplyDelete
  9. fuh pekena dengan sambal sardin memang ngam teruk lah. terus rasa nak buat lempeng petang esok. hehe

    ReplyDelete
  10. Ya Allah lamanya tak makan lempeng kalau kat kampung mak selalu buat bila bangun pagi kat sini nak buat sendiri malas sangat walaupun mudah giler hehehe esok nak buat lempeng lah rindu...

    ReplyDelete
  11. Wah! This looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it :)

    ReplyDelete
  12. Mmg sedap dan mudah. Nak sediakan pun simple sahaja.. bahan x byk

    ReplyDelete
  13. Ini kalau sekali sekala buat, memang laku keras. hehe. thanks share sis. mengimbau betul.

    ReplyDelete
  14. Resipi ni boleh buat untuk bekal anak ke sekolah. Dah buntu nak buat apa. Lepas ni Peknga pulak la. Simple je bahan2 dia.

    ReplyDelete