VIT'S KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Image
Assalamualaikum semua Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti teruja nak sambut bulan mulia walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) dan masih belum dapat merentas negeri. Syukur kita semua masih dapat menunaikan ibadah terawih di masjid dan surau dengan SOP yang ketat berbanding tahun lepas kita semua hanya di rumah. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambutAidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaandah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye. Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramad

MENU BERBUKA RAMADHAN 1441H ~ MINGGU 2

Assalamualaikum semua

Pantas masa berlalu kan, kita dah pun menghampiri 10 ramadhan terakhir. Sampai lupa entry ni, menu berbuka puasa minggu kedua. Saja buat entry ni sebagai kenangan di hari tua, mudah-mudahan sempat la merasa tua, ada anak cucu kan. jauh pulak melalut. Mana tau kan entry menu berbuka ni boleh jadikan idea pada korang, sebab saya selalu cari idea nak masak dengan tengok menu kawan-kawan lain jugak. hehe Haritu dah share menu berbuka Ramadhan 1-7, so harini saya share menu berbuka Ramadhan 8-14.

RAMADHAN 8
Bibimbap, kimchi lobak putih dan roti john. Tekak teringin nak makan makanan korea, tapi sebabkan PKP tak dapat nak keluarkan, terpaksalah masak sendiri, maka terhasillah Bibimbap bersama gochujang. Dan minggu lepas memang ada buat kimchi lobak putih, memang ngam lah makan dengan bibimbap ni kan. Pastu roti john tu pun buat sebab masih ada lebihan roti yang saya baking haritu. Kiranya, roti john terhasil sebab nak habiskan roti tu je hehe

Bibimbap versi Bae Roslan
Ranggup sangat. sedap yakmat
Roti kecik je, tu yang isi sampai terkeluar haha

RAMADHAN 9
Mee goreng mamak, mee tomyam & peria goreng telur dan cekodok for moreh. Lauk tu sangat tak kena kan? haha Bulan puasa ni, tekak suka buat hal, macam-macam nak makan. Masak lah dua jenis mee. Lepas tu check peti ais, tak perasan ada peria yang belum masak, separuh dah lembik, terus masak separuh lagi untuk ratah je. Tekak yang tak makan saman ni, lepas terwih nak cekodok pulak. haha Saya jarang makan moreh, bila tekak terasa nak makan baru masak moreh.

Mee goreng campak-campak
Mee tomyam pun campak-campak je

All time favorite, peria
Cekodok mabeles
RAMADHAN 10
Nasi putih, Sambal sotong petai, kacang panjang goreng telur, cekodok. Ada yang jual petai kat area rumah ni, terus beli. Beli 10 papan RM20. Puas betul dapat makan petai masak sendiri. Sayur cuma masak kacang panjang dan harini tekak masih nak cekodok untuk moreh.




RAMADHAN 11
Ayam penyet, popia sayur dan goreng pisang. Masa blogwalking haritu, ada yang share resepi ayam penyet. Nampk macam mudah je, so marilah masak untuk berbuka. Tapi sambal tu saya guna sambal terasi je, kat rumah dah kehabisan cabai nak buat sambal penyet. Pedas berdesing sambal terasi ni, tapi sedappp hehe. Popia sayur tu memang stok kuih frozen. Pisang goreng jadi lembik sebab pisangnya dah masak haha Saya guna tepung goreng pisang perasa vanila, tepung ni beli kat Indonesia.

Nasi ayam penyet versi Bae Roslan

RAMADHAN 12
Nasi putih, bayam celur dan ayam masak taucu. Pelam epal untuk moreh. Ayam masak taucu ni nampak kat facebook. Memang dah taktau nak masak apa, bila nampak resepi ni, terus nak cuba. Tak pernah dengar pun menu ayam masak taucu selalunya masak taucu ni guna ikan, jadi sajlah nak cuba masak. Pada saya okay je, tapi masak taucu ni memang sesuai dengan ikan lah. Pelam epal ada yang jual area sini 3 biji RM2. Sedap, rangup dan masak, cicah pulak dengan kuah rojak mak bee.

RAMADHAN 13
Nasi goreng kampung dan patin tempoyak. Dah taktau nak masak apa, tekak pun tak terasa nak makan apa-apa, jadi masak simple je lah. Dah masak nasi goreng baru dapat mesej, kesayangan belikan patin tempoyak, dia order online je. Alhamdulillah, rezeki ramadhan.


Manis ikan ni, ikan liar dari pahang
RAMADHAN 14
Nasi putih, ikan tongkol masak kicap dan sambal bacang. Kalau beli ikan tongkol mesti saya akan masak kicap. Suka nau makan ikan tongkol kicap ni. Pastu makan dengan sambal bacang pulak, ya ampun nikmat sungguh. Bacang tu orang yang jual pelam haritu bagi. Memang dia kata ada rosak sikit, tapi boleh la nak buat sambal untuk sorang makan ni. Syukur Alhamdulillah.



Itu je menu-menu berbuka untuk ramadhan 7-14 ni. Dah masuk minggu ketiga makin kering idea nak memasak. Moga dah tak malas nak masak sudah lah, yelah e-bazaar tu kemain lah banyak nau menu berbuka sedap-sedap, geram pulak kalau tak beli haha Alasannnn. Okaylah selamat berpuasa semua. Moga ramadhan ini membuatkan kita lebih taat pada Allah. aamiin.

Comments

  1. Kena rajin masak sendiri sepanjang bulan posa ni. Walaupun penat dan dok ulang resipi yang sama tapi bila tengok keluarga makan tanpa banyak songeh... hilang segala penat. Salam Ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sendiri nak makan kea rajin lah kan haha

      Delete
  2. kejap dh kan dh penghujung ramadhan....cekodok lamanya tk mkn....ada menu korea tu..pernah juga mkn bibimbap tp tk brp kena ngan tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin sangat tu yang buat sendiri bibimbap

      Delete
  3. omg semua nampak sedap! cepatkan dah 20 Ramadan. Nanti update menu lain pulak tau sis

    ReplyDelete
  4. Semua sedap, tapi yang tak menahan tu sambal udang petai tu, sedapnya uiii...

    ReplyDelete
  5. Peria goreng tu kecurnya air liur tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan. peria katak lagi sedap, lebih pahit

      Delete
  6. Assalamualaikum... uish menambat selera betul. ni makan utk berapa org ni?

    ReplyDelete
  7. pergh...masakan Korea tu betul betul menarik dan boleh cuba.

    ReplyDelete
  8. sedapnya semua tu, suka yang cekodok pisang tu. hihi itu paling menarik perhatian

    ReplyDelete
  9. Wah ramadan 8 dia dengan juadah korea tu. sedapnya. Sambal petai udang tu pun nampak menyelerakan sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. petai memang all time favourite. sedap sokmo

      Delete
  10. wahh rajin nya masak..sedap tegok Bibimbap tu..sambal petai udang paling iena suka :)

    ReplyDelete
  11. Rajin giler update menu setiap hari.. Kita tak rajin nk snap gambar.. Hahaha.. Slmt berbuka puasa & selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. update weekly, saja je sebagai ingatan, pernah rajin memasak haha

      Delete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN

Followers