HOTEL PREMIERE KLANG PERKENALKAN LAKSA FIESTA, PROMOSI BULAN SEPTEMBER & OKTOBER 2021

Image
Assalamualaikum semua Saya pernah kongsikan makanan yang sedap-sedap di Hotel Premiere Klang sebelum ini, dan untuk promosi bulan September dan Oktober, Hotel Premiere Klang sekali lagi ada promosi di Restoran The Buzz yang menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, Hotel Premiere Klang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Mereka mempunyai 3 jenis restoran iaitu The Buzz, Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik sedangkan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang mudah menyajikan makanan ringan, burger dan pizza yang menghadap ke kolam renang. Promosi di restoran The Buzz kali ini menampilkan dua jenis hidangan iaitu SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO dan juga LAKSA FEAST SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO Set chicken wings ini dilengkapi dengan beberapa kentang wedges dan coleslaw berkrim dalam kombo. Ia juga didatangkan bersama 2 pilihan sos pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga. Mak ayah boleh makan so

NUKILANBAE - KITA MESTI MENANG

Hebahan telah disalur, 
Bantuan juga dihulur, 
Namun, jelata masih tak akur, 
Apa mahunya,
Bentangan guderi?

Suara kerdil ku, 
tenggelam dek sorakan, 
mereka yang gembira kebebasan, 

Tangisan ini, 
Buat tanah tumpah, 
Buat pemimpin yang meresah, 
Buat barisan hadapan yang melelah, 
Buat rakyat yang tak endah, 

Ayuh Malaysia, 
Kita bangun dan lawan, 
3C wajar kita elakkan, 
Jangan biar ia musnahkan kita, 
Menghuru-harakan dunia, 
Merosak ekonomi terjana, 

Kunci tingkahmu sehari-hari, 
Sahut ingatan Ulil Amri, 
#kitajagakita sematkan dihati, 
Pasti kemenangan kita miliki. 

Bae Roslan,
bae@08052020

**Sila share jika manfaat, DILARANG copy paste

Saya harap nukilan ini disebarkan, moga-moga menajadi asbab kesedaran bagi sebahagian insan. Saya sedih dengan sebahagian rakyat yang masih belum peka walaupun kempen kesedaran giat dijalankan. Moga nukilan ini menjadi usaha kecil saya yang hanya #dudukdirumah. Ayuh semua rakyat Malaysia kita bersatu dan melawan #covid19. Buat semua yang pembaca blog ni, stay safe always.

#nukilanBaeRoslan #kitajagkita #covid19 #dudukrumah #elakkan3c #jarak1meter #kerapbasuhtangan #ayuhmalaysia #kitamestimenang #stopcovid19


Credit poster: @hotfm

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Comments

  1. walaupun yg terkini PKPB yg mcm ada kelonggaran skit sbb dh ramai yg mula keluar tp kita tetap kena jaga kebersihan dan penjarakan social

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pkp tamat pun, kita sendiri kena ada kesedaran, dan disiplin di luar.

      Delete
  2. Yaaa #DudukRumah dan #KitaPastiMenang.... kalau pun keluar, amalkan SOP dan jaga kebersihan diri...moga semuanya cepat berakhir..

    ReplyDelete
  3. Rakyat Malaysia sila patuh pada SOP semasa keluar. Semoga Malaysia bebas dari Covid19. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. PKPB dilaksanakan bersyarat sama ada PKP diteruskan atau tidak kita sendiri harus #kita jaga kita. Kita harus praktikkan new norma

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kita yang harus disiplin bila di luar

      Delete
  5. Insya Allah kalau kita rakyat Malaysia buat betul betul seperti saranan kerajaan kita pasti boleh dan menang dalam menangani wabak Covid-19 ni.

    ReplyDelete
  6. yeayy kita mesti menang. sama sama kita patuhi arahan kerajaan .Insya Allah semuanya akan ok

    ReplyDelete
  7. mesti jaga diri dan keluarga. sebab dari dalam rumah baru bleh kontrol apabila mereka keluar. dah la PKPB ni sambung lg kan. maka, face mask on, hand sanitizer bawa dan penjarakkan sosial!

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah kita memang kena patuh SOP... eloklah jaga diri bila berada di kuar tp oebih baik duj rumah... selamat!

    ReplyDelete
  9. Ya mesti patuh SOP. Kes dah banyak kena disiplin stay at home. Harap kes menurun.

    ReplyDelete
  10. Memang kena jaga diri dan keluarga. Elak keluar rumah jika tak perlu. Kalau perlu keluar juga, jaga SOP. Moga dipermudahkan, stay safe! ☺️

    ReplyDelete
  11. Hopefully cepatlah reda ujian covid ni. Kita kena bersatu padu untuk menang. Sikit je lagi ni

    ReplyDelete
  12. Dalam situasi PKP 2.0 sekarang ni rasa susah nak stay optimistic. Macam back to square one balik.

    ReplyDelete
  13. Ada masa kesah tak diendah
    Ada tika dendang tanpa digubah

    Titis air mata bak air di dedaunan keladi
    Sedarlah insan, frontliners semua insan seperti dirimu dan diriku
    Punya keluarga menanti pulang
    Punya hati dan bisa lelah

    #KitaMestiMenang wajib dicanang
    #KitaJagaKita bukan hanya seorang

    ReplyDelete
  14. Sekarang ni memang setiap orang perlu menjaga diri dan juga keluarga. #DudukRumah kalau tiada sebarang urusan. Semoga cepatlah habis pandemik ni

    ReplyDelete
  15. kita pernah menang, tahun 2021 mesti menang lagi k. cuma harap, PKP 2.0 kita lebih bersedia k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...yang penting kita semua disiplin

      Delete
  16. thank you for these encouraging and beautiful words. what a beautiful way to start the day!

    ReplyDelete
  17. Baca ni teringat zaman kita first PKP dulu2... punyalah risau dan semua ikut arahan jer.. seriously tengok keadaan skrg macam akan berlarutan lagi ni... hurm..! harap dapat stay in positive vibes for longer period of time ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers