Posts

Showing posts from March, 2020

HOTEL PREMIERE KLANG PERKENALKAN LAKSA FIESTA, PROMOSI BULAN SEPTEMBER & OKTOBER 2021

Image
Assalamualaikum semua Saya pernah kongsikan makanan yang sedap-sedap di Hotel Premiere Klang sebelum ini, dan untuk promosi bulan September dan Oktober, Hotel Premiere Klang sekali lagi ada promosi di Restoran The Buzz yang menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, Hotel Premiere Klang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Mereka mempunyai 3 jenis restoran iaitu The Buzz, Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik sedangkan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang mudah menyajikan makanan ringan, burger dan pizza yang menghadap ke kolam renang. Promosi di restoran The Buzz kali ini menampilkan dua jenis hidangan iaitu SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO dan juga LAKSA FEAST SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO Set chicken wings ini dilengkapi dengan beberapa kentang wedges dan coleslaw berkrim dalam kombo. Ia juga didatangkan bersama 2 pilihan sos pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga. Mak ayah boleh makan so

KEMPEN DUDUK RUMAH OLEH MALAYSIAN HEALTH COALITION (MHC) #COVID19 #CORONAVIRUS

Image
Assalamualaikum semua Kita semua sedia maklum dengan wabak corona virus yang melanda negara kita sekarang, dan semua orang nampaknya berlumba-lumba berkongsi maklumat terkini tentang covid-19 melalui perlbagai platform media sosial. Bagi memerangi pandemik covid-19, kita semua bertanggungjawab membantu Gabungan Kesihatan Malaysia dalam menyampaikan mesej kesihatan yang tepat dan sahih sahaja. Harini saya nak galakkan pada semua agar mendapatkan maklumat kesihatan yang sahih hanya daripada Malaysian Health Coalition (MHC) agar tiada maklumat kesihatan yang bercanggah. Disini saya sediakan beberapa platform media sosial yang korang boleh dapatkan maklumat yang sahih. Facebook Twitter Instagram LinkedIn Dengan penambahan 2 minggu untuk perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga 14 April, hargai masa bersama keluarga, dan keluar hanya jika ada keperluan. Jom #dudukrumah, kita semua bertanggungjawab untuk memerangi wabak covid-19. Sayangi keluarga anda, sayangi or

RESEPI AYAM POPCORN CHEESE

Image
Assalamualakum semua Tengok gambar tu terliur kan? Resepi ni mudah sangat, kira pejam mata pun boleh buat. Kalini saya nak kongsikan resepi mudah. Resepi ni saya ubah sikit dari yang asal sebab konsepnya guna apa yang ada di rumah. Popcorn cheese sesuai makan sebagai kudapan, ala-ala western snack. Sesekali ubah la selera sikit, takkan asyik nak masak cucur je kan, kita ubah selera sikit kali ni. Bahan-bahan A: 1 Dada ayam dipotong dadu (Saiz sederhana)  Tepung serbaguna (apa-apa brand pun boleh)  Putih telur (Tapi saya guna kuning telur)  Breadcrumb (Saya guna nestum sebab itu je yang ada kat rumah)  Cara nak masak mudah je,  1. Gaul ayam dengan tepung serbaguna 2. Lepas tu, gaulkan ayam dengan telur  3. Celupkan ayam satu-satu dengan breadcrumb/nestum tu. Jangan terus tuang breadcrumb tu ye, nanti dia jadi tak sekata dan akan berketul-ketul. Tipsnya bila minyak dah panas, baru celupkan pada breadcrumb dan terus gore

CHAKRI PALACE SELERA THAI UNTUK RAMADHAN

Image
Sumber: Google (Credit to: Eddyrush Fatboy) Ramadhan ini, Chakri Palace sekali lagi mengadakan bufet masakan Thai dan hidangan kegemaran tempatan bagi mempromosi bufet bertemakan "Tantalizing Tastes of Thailand" yang akan diadakan di Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas. Satay ayam dan daging di hidangkan di bahagian Live Action Stalls Melibatkan pasukan Chef yang dibawa khas dari Thailand, yang berdedikasi yang telah menyediakan lebih daripada 50 hidangan Thailand dan masakan tempatan dan pemilihan ulam-ulam terbaik dan kerabu tempatan, seperti salad mangga Thailand, kerabu betik, glass noodles salad , salad ayam, thai appetizer terkenal dengan tujuh ramuan iaitu "Mieng Kam", samosa, gulungan bunga thai crispy, keropok dan banyak lagi.  Mieng Kam, forever favourite Ikan bakar Bagi hidangan utama, korang boleh menikmati pilihan masakan Thai seperti kambing kari hijau Thai, udang dengan sos mentega yang dih

NUKILANBAE - KENANGAN KITA

Image
Ibarat angin di dedaunan,  Lembut nya hembusan,  Damai dan mengasyikkan,  Namun, seketika cuma,  Tanpa sedar,  Tiga tahun kenangan indah dititip,  Menjadi kenangan terakhir kita,  Tawa duka dikongsi bersama,  Perbezaan haluan yang menjauhkan,  Tapi kau sentiasa di ingatan,  Dua tangan dijadikan tadahan,  Pada yang Maha Mengembalikan,  Moga sentiasa dalam lindungan,  Bersamaku pulang ke pangkuan,  Tuan yang Maha Memaafkan.  bae@26022020 Puisi ini nukilan saya buat seorang sahabat yang kini tidak seakrab dahulu. Jika dia bacakan puisi ini, hanya dia paling mengerti apa maksud dan simboliknya puisi ini. Saya sangat sayangkan dia sebagai seorang sahabat, namun saya akur akan pertemuan dan perpisahan yang ditakdirkan. Saya tahu dia lebih bahagia dengan dunianya sekarang. Sahabatku, moga kau tahu, tak pernah aku lupa mendoakanmu. ❤️ DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBE

CPRC Hotline Covid-19 #coronavirus

Image
Gambar oleh The Sun Website  Assalamualaikum semua, maaf sangat sebab lama menyepikan diri. Korang pun mesti tau sekarang Malaysia sedang mengalami gelombang kedua covid-19. World Health Organization WHO) telah mengklasifikasikan corona virus sebagai keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit dari selesema biasa kepada penyakit yang lebih teruk seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV). Coronavirus novel (nCoV) adalah ketegangan baru yang belum pernah dikenal pasti pada manusia. Coronaviruses adalah zoonotik, bermakna mereka dihantar antara haiwan dan manusia. Siasatan terperinci mendapati bahawa SARS-CoV telah dihantar dari kucing civet kepada manusia dan MERS-CoV dari unta dromedari kepada manusia. Beberapa coronavirus yang diketahui beredar dalam haiwan yang belum dijangkiti manusia. Tanda-tanda jangkitan biasa termasuk gejala pernafasan, demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas. Dalam kes yang lebih teru

Followers