12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

CPRC Hotline Covid-19 #coronavirus

Gambar oleh The Sun Website 
Assalamualaikum semua, maaf sangat sebab lama menyepikan diri. Korang pun mesti tau sekarang Malaysia sedang mengalami gelombang kedua covid-19. World Health Organization WHO) telah mengklasifikasikan corona virus sebagai keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit dari selesema biasa kepada penyakit yang lebih teruk seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV). Coronavirus novel (nCoV) adalah ketegangan baru yang belum pernah dikenal pasti pada manusia.

Coronaviruses adalah zoonotik, bermakna mereka dihantar antara haiwan dan manusia. Siasatan terperinci mendapati bahawa SARS-CoV telah dihantar dari kucing civet kepada manusia dan MERS-CoV dari unta dromedari kepada manusia. Beberapa coronavirus yang diketahui beredar dalam haiwan yang belum dijangkiti manusia.

Tanda-tanda jangkitan biasa termasuk gejala pernafasan, demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas. Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan juga kematian.

Cadangan standard untuk mencegah penyebaran jangkitan termasuk membasuh tangan secara tetap, meliputi mulut dan hidung apabila batuk dan bersin, daging dan telur masak dengan teliti. Elakkan hubungan rapat dengan sesiapa yang menunjukkan gejala penyakit pernafasan seperti batuk dan bersin.

Saya nak berpesan kalau korang or siapa-siapa yang korang kenal baru balik dari China, Iran, Jepun, Korea Selatan, dan Italy, ada anak yang bersekolah, TOLONGLAH jangan hantar anak ke sekolah macam takda apa-apa berlaku ye. Bukan dia seorang je bersekolah kat situ. 😅

Atas nasihat KKM, pada yang baru balik dari negara terlibat covid-19, boleh dapatkan nasihat kesihatan secara maya di www.moh.gov.my atau terus hubungi CPRC hotline di talian 0388810200, 0388810600 dan 0388810700 (8-5 petang) 

Selain tu, pihak swasta pun ada sediakan khidmat nasihat kesihatan 24 jam. Lepas 5 petang boleh la contact pihak swasta ye. Bayaran dikenakan, taknak bayar mahal perlu ada kesabaran yang tinggi, KKM bukan nak layan kau sorang je. 😅

Untuk khidmat nasihat kesihatan pihak swasta boleh terus ke laman web:

1. www.doctoroncall.com.my/coronavirus 

2. www.bookdoc.com (24 hours)

Sebarkan maklumat ni pada semua kenalan. Tolong, jangan pentingkan diri sendiri sebab kita semua bertanggungjawab membantu KKM dalam usaha nak membendung covid-19 dari tersebar dan berjangkit pada yang lain.

Moga kita semua sentiasa dalam lindungan yang Maha Melindungi. INGAT! Ini tanggungjawab kita bersama.

#covid19 #coronavirus 

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers