CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Image
Assalamualaikum semua Trip hiking Gunung Angsi ni trip sebelum covid sebenarnya haha Baru ada masa nak bercerita kat sini. Gunung Angsi terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702ft atau 824 meter dari aras laut. Ia adalah gunung ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung ni memang antara gunung pilihan para pendaki sebab jaraknya yang tak jauh dari KL/Selangor Untuk hiking Gunung Angsi ada dua starting point. Korang boleh naik dari Bukit Putus atau Ulu Bendul. Trail dari Bukit Putus lebih pendek dan lebih mudah berbanding trail dari Ulu Bendul. Kebanyakkan hikers yang otai akan buat trans Angsi iaitu Ulu Bendul - Bukit Putus - Ulu Bendul, kiranya naik dari Ulu Bendul sampai ke peak, turun ke Bukit Putus, kemudian naik semula ke peak dan turun ke Ulu Bendul. Ia menjadi satu kepuasan untuk hikers kalau dapat buat Trans Angsi ni. Trip kali ni kami adalah training fitness untuk sebagai persediaan untuk hiking Gunung Tahan. kononnya nak buat Trans Angsi, tapi malam sebel

NUKILANBAE - MEMORI PULAU

Serasakan angin pulau,
Masih menyelimuti diri,
Biar Ia membungkam erat,
Bersama memori indah pulau,

Terima kasih Pemilik Alam,
Terima kasih Makhluk Tuhan,
Terima kasih Hamba Tuan,
Atas memori indah pulau,

Sungguh, 
Aku rindu kamu,
Teruslah selimuti diri,
Agar hati ini tak lupa,
Memori pulau pernah bersama.

Bae@030418 Tioman 2018


Pantai Pasir Panjang, Daik, Lingga

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Comments

  1. alam tengah merehatkan dirinya ketika ini. banyak tempat yang dulunya tercemar dah mula cantik dan bersih. semoga berterusan pulih dan dijaga keindahannya

    ReplyDelete
  2. pulau tioman tk pernah smp lg...slalu tgk kwn2 share keindahan di pulau tioman...seronok dpt jln2 kt pulau ni

    ReplyDelete
  3. thn depan, dah plan nak rata semua pulau di Malaysia, sis.
    sebenarnya tu plan utk 2020. anjak ke 2021 lah kan.
    bwk anak-anak. kebetulan diorang bertiga dah besar.
    so, best la. diorang dah boleh appreciate alam. diorang dah boleh rasa bahgia dgn percutian.
    diorang boleh explore...

    ReplyDelete
  4. Beautiful poem. Keep on writing this kinda poem. Insya’Allah suatu hari nanti boleh buat buku.

    ReplyDelete
  5. Dah lama sungguh tidak ke Pulau Tioman yang indah nan permai.

    ReplyDelete
  6. Kita pun rindu dah dengan Pulau.. Ya Allah, bila dapat jumpa pulau ni lagi.. Cepatla covid berlalu

    ReplyDelete
  7. Saya belum pernah lagi ke Pulau Tioman... tapi dok dengar juga cerita daripada kawan-kawan yang dah pernah pergi yang mana ia penuh dengan keindahan alam semulajadi... pasirnya yang putih bak salji dan air lautnya yang membiru memang menggamit-gamit hati saya untuk ke sana... tunggu keadaan dah reda dan anak-anak besar sikit, insyaAllah, akan plan juga untuk ke sana...

    ReplyDelete
  8. Pergi Tioman sekali aje dulu, jadilah puashati juga sebab lama 4 hari 3malam..semua aktiviti dapat buat...bagi mereka yang suka laut, pasti kalau dengar aje deruan ombak, maka akan terhasillah segala ilham nak menulis puisi ataupun sajak ataupun vait-bait ayat-ayat cinta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sebab tu bae suka pi pulau, nak cari ilham puisi

      Delete
  9. Saya pun rindu pulau. Tahun depan kena start planning pergi bercuti ke pulau.

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak pergi ke pulau ataupun ke pantai macam ni. Tenang je rasanya kalau dapat pergi lagi ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah
      saya pun nak repeat ke pulau tioman

      Delete
  11. rindu laut dan semuanya...harap2 lps pkp ni berkesempatan ke tempat seperti ini..cari ketenangan hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers