12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

.:: Resipi Laksam Simple ::.


  • Hari ke-tujuh puasa teringin pulak nak makan laksam. cari-cari resipi, beli bahan then masak.senang. bukan apa bazar ramadhan tahun ni, tak tahu la kenapa bukan main mahal lagi. haritu beli sayur kangkung mintak akak tu bungkuskan RM2. alahai hujung senduk je. jangan kata celah gigi, celah bibir pun tak terasa. sedih. tak kaya pon kalau dia naikkan harga makanan tu. bukan aku je yang terkena ramai lagi. so, dah tak beli dah sekarang semua masak, kuih pun buat sendiri je. eh eh melampau-lampau off topic kan..haha

ok, ni bahan-bahan untuk buat laksam:-
  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam

  • >>bahan-bahan untuk kuah:-

  • Ikan(direbus,then asingkan isi dan tulang blend. tulang yang dah blend tu tapis dulu ye)
  • Sedikit halia
  • Sedikit bwg putih
  • Sedikit bwg merah/besar
  • Sedikit lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam

  • timun
  • kcg panjang
  • taugeh
  • daun pudina >> sebenarnya daun kesum
  • bunga kantan >> tak perlu pun sebenarnya

  • >>bahan-bahan untuk cili:-

  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau
cara-cara buat laksam :-

campur semua bahan dan gaulkan. kemudian sapu tudung periuk dengan sedikit minyak, pastu, letak sedikit adunan kukus sampai masak. ulang langkah tu sampai la habis adunan tu.biar sejuk baru gulung adunan tu.

cara-cara buat kuah :-

blend kan halia, bawang putih, bawang merah, kemudian, campurkan semua bahan dan didihkan.tu je.simple kan? jangan lupa mencuba. wah dah rasa macam chef je.hehe

oh ya, masa nak hidang tu letak la segala ulam-ulaman dan cili(kalau korang suka pedas) kat atas laksam tu ye. ulam tu jangan la letak sebijik timun dalam mangkuk tu kan..ekeke. racik dulu semua tu halus-halus.


.: Thanks reading Bae's blog :.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers