APA PERLU BUAT SETELAH KEMASKINI APLIKASI MY SEJAHTERA UNTUK PENDAFTARAN VAKSIN COVID 19

Image
Assalamualaikum semua Harini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang lebih dikenali sebagai Abah Din menerima suntikan pertama Vaksin Covid 19 Pfizer-BioNTech menjadikan beliau rakyat pertama menerika suntikan itu. Kita sebagai rakyat Malaysia, sudahkah kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan mendaftar menerima vaksin? Kredit gambar : Berita Harian Untuk menerimna vaksin covid 19 korang perlu mengemaskini aplikasi my sejahtera di telefon pintar korang. Hanya dengan 10 langkah mudah, pengguna aplikasi my sejahtera boleh membuat permohonan vaksin covid 19. Saya sediakan 10 langkah mudah untuk pengguna Android. LANGKAH 1 Langkah pertama buka aplikasi My Sejahtera korang kemudian tekan butang "CLOSE" dibahagian atas sebelah kanan. Kemudian satu tetingkap kemaskini "UPDATE" muncul pada screen. Tekan butang UPDATE. LANGKAH 2 Setelah proses kemaskini "UPDATE" selesai. ulang langkah satu (1) kemudian ikon "Covid-19 Vaccination&quo

.:: Anjasmoro #1 ::.

hari ni nak cite seram-seram sikit. baru cam balance kan? ni asyik bagi resipi je, simple je resipi-resipi aku tapi bukan korang cuba pon kan.sedih. eh aku ni cakap ikut sedap mulut je kan?ampunkan kami pengunggu gua.hehe..dah-dah sebelum off topic lebih banyak lagi mari kita seramkan diri anda..

kisah seram ni, jadi masa aku form 4. masa tu aku blaja kat sekolah teknik. masa ni kira first time aku dok asrama. kalau tak salah aku, aku masa tu dekat-dekat nak hujung tahun. kalau dah dok asrama tu tau la kan mesti semua dok dalam dorm semua. kat sekolah aku tu, dalam satu dorm ada lebih kurang 10-11 orang. and untuk pengetahuan korang sekolah aku adalah opposite tanah perkuburan cina. ye, ye, korang memang tak salah baca.kira depan sekolah aku berbukit la dan penuh dengan kubur ok. agak scary kan?and asrama puteri ni adalah tahun pertama , kira kitorang first intake tinggal kat aspuri tu. sebelum ni hanya ada aspura je. and student perempuan pon tak berapa ramai, seingat aku less than 50orang.

ok back to the story, katil kat aspuri semua double decker, and bawah katil aku takda orang ye. so, aku jarang sangat tido kat katil aku. setiap malam aku tido dengan kawan aku.katil dia katil bawah. seperti biasa aku tido la dengan kawan aku ni, aku namakan D ye. so ada satu malam tu aku rasa panas sangat. so, mahu tido kat katil aku, so, tengah malam tu aku bangun dan bagitau kat D aku ank tido kat katil aku, sebab panas. dia tak kisah pon.untuk pengetahuan korang, katil aku adalah hujung sekali mengadap tingkap manakala katil D 2nd hujung dari arah pintu masuk.

ok, masa aku pi kat katil aku then aku nampak akak senior ni tido kat katil aku tanpa tanya dulu. aku ni pulak jenis pantang sket la kalau orang nak guna barang tak cakap dulu. bawah katil aku pulak ada kawan aku yang lagi sorang. masa ni kak senior ada 3 orang je kat dorm aku. bila nampak akak tu aku pi balik kat katil D and merungut-rungut la, "D, hang tengok la akak tu tidoq kat katil aku, dah la aku hangat ni". lebi kurang camtu la aku membebel then terus tido balik dengan D. masa aku dok merungut tu, D kalih tengok kat katil akak tu, katil akak tu sebelah katil D, iaitu paling hujung kat pintu, sebelah atas. so dari bawah boleh nampak la akak tu. dia tak cakap apa-apa dan terus tido jugak.

esoknya, baru dia tanya aku, apa cite sebenarnya then, aku pon story la balik. then korang tau apa dia cakap??dia kata semalam masa aku merungut-rungut tu, dia tengok kat katil akak tu, dannnnnnnn akak tu ada ok.lepas aku cakap terus dia tak berani tengok kat katil aku apa yang ada. aku tak puas hati aku tanya la akak tu dan kawan aku lagi sorang tu, diorang kata buat apa nak tido kat katil aku kan. terus aku macam, eh so sapa semalam tu kan?memang dengan jelas aku nampak sebab aku pi betul-betul depan muka dia ok.nasib la aku terus tido, andai kata la aku pi check pulak kat katil akak tu tak ke naya aku kan.

ok la tu je. bagi aku yang alami ni aku rasa seram jugak la kan. kalau korang ada cite-cite seram ala anjasmoro korang email dekat aku ye.boleh kita share keseraman. eh ada ke camtu.haha

Email : robaeyah.roslan@gmail.com
Subject :  Anjasmoro

.:: Thanks for reading Bae's blog ::.

Comments

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN