Ad Code

LUNCH DI PADI HOUSE CYBERJAYA

Assalamualaikum semua

Cerita 2 minggu lepas, tekak ni rasa nak makan yang sedap-sedap sebelum nak mulakan azam baru, azam dari entah berapa tahun lepas nak kurus tu, dengan husnuzonnya kita bawak ke tahun 2023. Sebelum nak diet tu nak penuhi la citarasa tekak ni, dan sebab rasa macam dah lama tak makan kat Padi House, terus lah ke Padi yang terdekat.

Dulu suka makan kat Padi House Putrajaya, dan pernah jugak makan kat Padi House Prima Cyberjaya yang sebelah Mcdonalds tu, sedap jugak, masa tu makan Pesto Pasta. Baru ni ke Tamarind Square terperasankan Padi House opposite Tamarind, jadi ayuhlah kesitu je, lebih dekat.


Bila masuk rasa macam ruang tu lebih kecik berbanding outlet lain yang saya dah pernah pi. Ruang makan macam open area dan tak ada aircond. Kalau korang nampak lembu ni kira entrance, sebelah kiri tu ruang open area. Tengah makan baru perasan, sebelah kiri lembu tu pun ruang makan Padi House jugak, untuk area berhawa dingin.


Masuk terus order makan, kebetulan memang belum lunch, masa kami sampai around 4pm. Boleh bayanglah betapa laparnya kami masa tu haha Order appertizer dulu. Agak hampa juga dengan mushroom soup ni, dan roti pun takdak flavour. Kecewa jugak lah, sebab saya ni memang peminat Padi House.


Air saya order Strawberry Milkshake dan tok laki order teh ais. I tell you, strawberry milkshake ni memang sedap yakmat. Hampa kena try weh, manisnya tu rasa macam manis buah je, cukup berlemak semua. Teh ais nampak sedap tapi tak rasa la pulak haritu.


Nasi & Chicken Sweet Sour, kalau tak silap la, dah tak ingat menunya. Yang ni okay la boleh di makan, ayam pun besar. Hat ni menu yang diorder oleh tok laki. Portion pun memang mengenyangkan. Untuk repeat order tu mungkin lambertttt lah lagi.


Saya order nasi putih dengan chicken grill. Set ni datang dengan telur mata, samosa 2pcs dan coselaw. Alhamdulillah memang kenyang, rasa tu pada saya biasa je kecuali samosa memang sedappp, isi pun penuh.After all makan kat Padi House kali ni tak berapa memuaskan hati. Hati masih husnuzon mungkin outlet ni yang tak berapa nak sedap agaknya kan. Takpalah dah rezeki kami.


Lepas tu last week, ada farewell kawan kerja nak berhenti, jadinya kami ke Padi House yang kat Prima Cyberjaya tu. Saya order spaghetti aglio olio dengan chicken fillet. Ayam tu sedap, spaghetti tu flavourless. Sebelum ni memang cukup flavour, tapi kalini sangat kurang memuaskan hati, kawan saya order Spaghetti Aglio olio Spinach lagilah hambar rasa. Dengan harga tu rasa tak berbaloi. Saya tak kisah bab harga, sebab kita dah tau price range kat Padi House ni, cuma dari segi rasa tu rasa agak kecewa. Rasa macam tak boleh nak husnuzon dah. Teringat-ingat menu-menu yang saya pernah makan sebelum ni kat Padi tak pernah mengecewakan. Bila kena dua kali di dua outlet berbeza jadi serik pulak nak ke Padi House lepas ni. Untunglah Cyberjaya ni banyak restoran yang best, haruslah divert ke sana je lepas ni.

Korang pernah makan kat Padi House?

Post a Comment

0 Comments