Ad Code

MOISTURIZER APA YANG BAGUS? HANSAEGEE NATURE AQUA WHITENING CREAM - TIPS KULIT KEKAL LEMBAP KETIKA HIKING & CAMPING

Assalamualaikum semua

Korang mesti tau niche blog baeroslan.com adalah hiking dan camping selain sesekali berpuitis melalui puisi-puisi ciptaan saya sendiri. Tapi bukan nak cakap pasal puisi, bukan jugak nak cerita pasal hiking dan camping. Kalau korang pun jenis outdoor person, korang pasti mengalami masalah yang sama dengan saya. Bila kita kerap melakukan aktiviti di luar, kita terdedah pada matahari, jadi kulit lebih mudah kering dan terbakar. Sangat penting ye kita mengekalkan kelembapan kulit walaupun kita aktif diluar.


Haritu saya ada kongsikan trip wild camping dan kongsikan video aktiviti saya di hutan. Ada follower yang tanya, walaupun di hutan nampak kulit saya glowing dan tak kering. Padahal video tu bedak pun saya tak pakai tau. Dah alang-alang nak menjawab pertanyaan tu, meh saya kongsikan sekali skincare wajib saya bawa setiap kali ada trip hutan.


Bila masuk hutan ni, sedia maklum ye saya tak akan bawak complete set skincare, sebab saya biasanya akan wild camping, dan sebagai minimalis campers, saya akan limitkan barangan yang dibawa. Yelah nak meredah sungai bagai, memang tak koser la nak bawak semua benda kan. Saya hanya akan bawa basic skincare iaitu cleanser, moisturiser dan sunscreen. Tiga benda ni memang wajib walau kemana pun saya travel.


Sesetangah orang especially yang bukan jenis kulit kering tu, diorang akan rasa moisturise ni tak penting. Salah konsep tu, kulit kita ni memerlukan kelembapan yang mencukupi untuk proses healing. Memang tugas skincare yang kita pakai setiap hari tu ada bahan-bahan yang dapat membantu kulit kita lebih sihat dan cantik, tapi tanpa kelembapan yang cukup, ia akan membantutkan proses healing tadi. Dah macam posting ilmiah pulak haha tapi itulah yang kita perlu faham bila kita memilih suatu produk.


Macam saya jenis kulit combination, berminyak di bahagian T, tapi bahagian tepi hidung tu sangat mudah kering, lagi lah saya pulak jenis suka aktiviti outdoor kan. Jadi sebab tu saya pilih Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Dalam krim ni ada satu bahan yang sangat power iatu Niacinamide. Niacinamide ni adalah sejenis vitamin B-3 yang dapat merawat dan melindungi kulit kita daripada sinar matahari, pencemaran udara seperti asap, bahan kimia dll. Ia juga adalah antioksidan yang hebat yang mana ia dapat meminimumkan garis-garis halus dan merawat hiperpigmentasi.


Mudah je nak apply pada kulit wajah, lepas korang bersihkan muka, boleh terus apply krim ni dan sapu pada kulit wajah secara memutar perlahan-lahan. Korang akan nampak titisan air seperti gambar 4. 

Titisan air jelas kelihatan

Krim ni jenis water based, jadi ia sangat mudah meresap kedalam kulit wajah. Bila kulit kita kekal lembap, pori-pori terbuka pun akan mula berkurangan. Kalau tak caya, korang try lah guna krim ni, korang pasti akan jatuh cinta dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni.


KULIT BERMINYAK MASIH KENA PAKAI MOISTURISER?

Ya! kulit berminyak bukan bermakna kulit korang lembap ye. Kulit berminyak tu sebab pengeluaran minyak yang berlebihan (ni maybe faktor pemakanan dll). Kalau korang biarkan, lama-lama nanti pori-pori boleh tersumbat tau dan akan akibatkan masalah kulit yang lain pulak. Kalau korang jenis kulit berminyak, wajib cari moisturiser yang ada Niacinamide sebabnya ia berasaskan air jadi ia dapat mengawal dan meminimumkan pengeluaran sebum. Kulit kita akan mendapat kelembapan yang secukupnya agar kekal sihat dan segar.


Setiap kali saya melakukan aktiviti ourdoor, tak kiralah hiking atau camping, saya dah tak risau lagi kulit wajah saya terbakar atau pun masalah kulit kering. Semua tu dapat diselesaikan dengan Aqua Whitening Cream ni. Korang boleh baca betapa berkesannya krim ni masa trip saya ke Sabah haritu. 


Dengan penggunaan yang konsisten, kulit korang memang akan kekal lembap dan berseri. Saya guna ni dah masuk botol yang kedua tau. Krim ni sangat berkesan untuk saya, dan pastinya berkesan untuk korang. Kalau korang bukan jenis outdoor person, dengan krim ni, pasti lagi flawless lah kulit korang.  Apapun sunscreen jangan tinggal ye, itu pun antara basic skincare yang wajib tau!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari

 ๐ŸBrand: Hansaegee Nature

 ๐ŸWebsite: www.hansaegee.com/shop

 ๐ŸIG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

 ๐ŸFB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

 ๐ŸYoutube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Post a Comment

14 Comments

  1. Akhirnya Rawlins pun beli dah nie sebab banyak sangat great review pasal Hansaegee nie. Sejenis tak kuat iman hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat2 bagus rawlins, u sure like it.

      Delete
  2. Yaya memang suka sangat moisturizer Hansaegee ni lagi2 kalau pakai sebelum tidur bila bangun tidur tu muka rasa lembut sangat hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn and kesan tu memang cepat, tu yang best

      Delete
  3. Nampak gayanya Nell pun kena go for this bah since banyak travel outdoor nowadays. Banyak positive feedback about this kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. definitely, worth purchase nell, u should have it

      Delete
  4. mmg pilihan terbaikk// suka penyerapan dia.. tak melekit langsung.. sangat best

    ReplyDelete
  5. Wow...woow...this looks so good to apply on skin to keep the skin healthy looking though in jungle too. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. setuju, kat mana-mana kita pergi moisturizer paling penting. especially perempuan kan.

    ReplyDelete
  7. This moisturizer is good coz my friends also using it and feedback semua bagus bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. because it is really good kelly, u should try, sure u like it

      Delete