SIRI MI GORENG ITALI VIT PASTI MENYERLAHKAN HARI NATAL ANDA

Image
Rawang, 10 December 2021 - Hai, Pencinta Mi Vit! Ayuh sambut bulan Disember dengan meriah kerana kita pasti merasai semangat percutian! Krismas akan datang dan tidak ada kaedah yang lebih hebat untuk menikmati musim riang ini selain dengan beberapa makanan dan pastri Krismas. Tambahan pula, tiada apa-apa yang terngiang-ngiang dalam sorakan yang meriah seperti hadiah dan makanan Krismas, jelas sekali! Tahukah anda Vit Makanan (Kuala Lumpur) Sdn Bhd bermula sebagai syarikat perdagangan makanan pada tahun 1975 dan secara beransur-ansur menceburi industri mi segera. Sejak pengembangan dan dengan orang yang terbaik dalam tangan, keupayaan dan sumber kami telah memperkasakan kami lebih dekat untuk menjadi pakar mi pilihan dunia yang menandakan piawaian global dalam nilai pemakanan, kualiti dan perkhidmatan. Krismas ialah musim yang ajaib dan dengan membeli produk Vit, anda benar-benar dapat merasakan jiwa Krismas! Vit's Noodles dengan sukacitanya akan memperkenalkan kepada anda tentang s

NUKILANBAE - SYUKUR

Assalamualaikum semua

Sumber: Google

Syukur Aku Masih Punya Tuhanku Yang Maha Mulia,
Yang Masih Memeluk Erat Si Alpa.

Syukur Aku Masih Punya Tuhanku Yang Satu,
Yang Menerima Apa Adanya Aku.

Syukur Aku Masih Punya Tuhanku Ya Baari,
Yang Memasakkan Hati Dan Membawaku Kembali.

Tuhanku,
Izinkan Aku Berada Dalam Pelukan Kasih Sayang Mu,
Hati Rapuh Ini Dicarik Untuk Kesekian Kali.

Hati…
Hati-Hatilah,
Percaturan mu Yang Salah,
Kan Mencalar Dan Berdarah,
Simpan Dan Semat,
Dengan Ayat Keramat,
Buat Pemilik Akhirat.

bae25052019

Terkadang kita tanpa sedar kita menjadi manusia alpa, hanyut dalam dunia dan sering terleka akan rahmat dan nikmat Yang Maha Esa. Bila Tuhan menghadiahkan secebis kelukaan, kekecewaan pada kita baru kita ingat yang kita masih ada Tuhan Yang Maha Mencipta. Begitulah manusia yang sering lupa, janji kita masih berpaling dan memohon bantuanNya, jangan pula kita bergantung walaupun dengan diri sendiri. Semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi, dan yang paling penting ia sebenarnya ia mengajar kita menjadi lebih dewasa. Puisi ini hanyalah peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa bersyukur walau sekecil nikmat yang diberikan, apa saja yang berlaku dalam kehidupan kita, baik atau buruk semuanya adalah untuk kebaikan kita. Sentiasa bersyukur dan hidup bersederhana.

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Comments

  1. Syukur, terima kasih atas perkongsian Bae. Ada yang "menarik" sebelum kita terus alpa pun, satu rezeki juga :)

    ReplyDelete
  2. betul..dalam apa juga keadaan kita kena bersyukur..kerana kita ada masih tempat untuk meluah dan memohon.. moga kita semua tabah dalam apa jua ujian yang didatangkan

    ReplyDelete
  3. Ada masa alpa dan marah kenapa diri diuji, kemudian teringat bahawa itu teguran Allah swt, maknanya Dia masih ingat kita. Bayangkan langsung tak diingat, takutnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. jangan la sampai Allah buat taktau ja kat kita, ntah sampai mana kita hanyut kang

      Delete
  4. Suka sangat dengan quote perenggam ke 3 tu, rasa deep sangat ke hati.

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan puisi ini. Whatever happens we should remain grateful and always hope for the best.

    ReplyDelete
  6. I like this masterpiece! Good reminder to everyone to be grateful every single day! bersyukur dengan apa yang ada walaupun sekecil zarah! betul kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. walau sekecil zarah kita kena bersyukur

      Delete
  7. Syukur alhamdulilah... kita memang kena bersyukur selalu, baru hidup ni tenang dan merasa cukup seadaanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..bukan hidup kita kurang, tapi kita kurang bersyukur

      Delete
  8. Syukur dan ikhlas perlu seiring kak. Barulah kita gembira. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Akak cepat-cepat switch bila rasa down ok. Kita kan perempuan, cepat fikir benda best dan terus mood baik. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya makan lah bagi cepat happy tapi lepas tu stress sebab gemok muahahahah

      Delete
  9. Suka dan duka hanya ujian dari Allah SWT. Allah bagi ujian pada yang mampu.

    ReplyDelete
  10. Betul kadang kita alpa.. Kene cepat2 sedar. Sentiasa ingat Allah.. Dekatkan diri kita padaNya.. Sama2 kita beringat

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah manusia, penuh dengan kelemahan

      Delete
  11. Thanks for the positive thought we all need it much these days. Let's appreciate and gratitude to everything we have

    ReplyDelete
  12. Syukur ini sangat perlu dalam kehidupan kita. Ayat sebutan simple tapi punya maksud yang sangat mendalam dan tak semua orang ingat untuk bersyukur. Semoga terus sukses dalam dunia puisi

    ReplyDelete
  13. Betul.kita sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada.kadang kita mengeluh sebab ada masalah tapi kena ingat ada lagi yang teruk dari kita. Kita kena bersyukur sentiasa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers