TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

KENALI JENIS PARUT JERAWAT DAN TIPS PUDARKAN PARUT DENGAN YOGURT

Assalamualaikum semua

Kulit wajah ni sesekali naik jerawat tu biasa je, yang tak biasa bila jerawat meninggalkan parut. Parut yang ditinggalkan sebenarnya menunjukkan kulit sedang dalam proses penyembuhan akibat keradangan yang berlaku masa jerawat muncul. Kebiasaanya, kolagen akan termusnah ketika keradangan bila jerawat tumbuh dan akibatnya parut akan terhasil kerana tisu dan sistem sokongan kulit dah hilang. Jom kenali jenis parut jerawat dan tips pudarkan hanya gunakan barangdi rumah je

JENIS PARUT JERAWAT

Kita mungkin tak sedar atau tak ambil tahu sebelum ni kan yang parut jerawat ada tiga jenis iaitu atrophic, hypertrophic dan keloid. Nak tau lebih lanjut, teruskan baca tauuuu

Atrophic
Merupakan parut jerawat yang biasa kita semua alami. Ia juga diklasifikasikan sebagai parut jenis ice pick (parut kecil lebih kurang 2mm dalam dan berbentuk V) atau juga jenis rolling scar (bersaiz lebih besar lebih kurang 5mm berbentuk M. Kalau jenis box scar ia berbentuk U dan parut jerawat agak luas.

Hypertrophic
Berwarna merah jambu dan biasanya berlaku bila kolagen hyalinized menjadi tebal dan berkumpul pada kulit. 

Keloid
Parut jenis ini adalah lebih kecik berbanding hypertrophic dan biasanya berwarna merah-ungu. 

Parut jerawat ni kadang memang menjejaskan keyakinan diri kita kan? Kalau muka bersih dan tak ada parut, jagalah sebaiknya, tapi kalau dah ada parut macam muka saya ni, ada je tips untuk pudarkan parut. Kalau korang ada modal, lebih cepat pudarkan parut menggunakan teknologi terkini di klinik pakar kulit, mereka ada pelbagai rawatan untuk pudarkan parut. Cara ini lebih cepat dan terbukti berkesan namun, kalau tak ada modal, jangan risau, boleh je guna cara DIY yang saya lakukan dirumah ni. 

Sejak mengamalkan DIY FACE MASK, saya dah mencuba pelbagai DIY face mask. DIY atau Do-It-Yourself ni menggunakan bahan yang murah namun sangatlah berkesan. Saya memang amalkan face mask putih telur, nanti saya share, tapi kalini nak share DIY FACE MASK YOGURT DAN KUNYIT. Kalau korang google, sure akan jumpa pelbagai versi face mask yogurt kunyit ni dan khasiatnya. Disini saya kongsikan beberapa khasiat yougurt dan kunyit untuk kecantikan kulit wajah.

Yougurt
Selain menyihatkan tulang, yougurt berfungsi untuk mengbuang sel kulit mati. Kandungan asid laktik di dalam yougurt ni akan membantu membuatkan kulit wajah lebih bersih dan lembut. Selain itu, penggunaan yogurt dengan bahan tertentu seperti walnut dapat memhilangkan kulit mati dan tompok kering pada kulit wajah. Yogurt juga kaya dengan vitamin B12, kalsium dan kalium yang diperlukan oleh badan dan dapat mencantikkan kulit wajah kita.

Kunyit
Penggunaan kunyit di dalam rawatan kulit wajah memang tak asing lagi. Kunyit terbukti berkesan membasmi sel kulit mati dan mengecutkan jerawat.. Ini kerana tekstur dan kandungan curcumin yang terdapat di dalam kunyit bersifat antiseptik dan antibakteria sekaligus dapat membuatkan jerawat menghilang. Kunyit juga mempunyai volatile iaitu sejenis minyak mudah meruap yang dapat mencegah jerawat singgah di muka kita selain mengawal pengeluaran minyak berlebihan di pori kulit wajah.

Kesimpulannya, face mask ni sangat lah bagus selain menjimatkan poket korang. Cara-cara nak buat face mask ni sangatlah mudah. Korang cuma perlukan dua bahan je. Untuk makluman, ini adalah cara saya ye, sebab ada pelbagai versi face mask ni. Saya cuba guna apa yang ada kat dapur je. 


Bahan yang di perlukan adalah :

  • Satu sudu yogurt asli (janganlah guna yang ada perisa, yang tu tak sesuai) 
  • Satu sudu kecil serbuk kunyit

Cara-caranya:

  • Korang gaul rata kedua-dua bahan dan sapukan pada muka yang dah dibersihkan ye. 
  • Biar sehingga lebih kurang 15minit. 
  • Kemudian, basuh dengan air suam (air biasa pun tak apa).
TIPS : Sejukkan yougurt lagi best, muka nanti rasa sejuk je

Rasa macam terlebih letak pulak hahaha

Korang cuba buat selama seminggu, InshaaaAllah pasti akan nampak keberkesanannya. Namun jangan la harapkan kesan yang cepat tau, nama pun guna bahan yang natural, jadi proses penyembuhan parut jerawat juga sedikit mengambil masa. Biar lambat asalkan berkesan, dan paling penting poket tak sakit bayar rawatan mahal.

Selamat mencuba!

Comments

  1. menarik...byk parut jerawat ni..nati nk tryyy

    ReplyDelete
  2. kena hati-hati sapu mask.. takut kena pakaian.. tak hilang kuningnya .. hahaha

    tips menarik ni.. tq share ya

    ReplyDelete
  3. pernah juga guna krim kunyit sebelum ni, risau muka jadi kuning tapi hakikatnya tidak ya haha

    ReplyDelete
  4. Gigih kan guna kunyit. Tapi semua bahan nie ada kat rumah kan so senang la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah yogurt tu dah nak expired, sebab tu buat mask je haha

      Delete
  5. Masker guna bahan semulajadi mmg bagus. Kita tahu apa yv terbaik utk kulit kita

    ReplyDelete
  6. Thank you share tips ni. Nak hilangkan parut jugak ni. Hehe

    ReplyDelete
  7. Dulu rasa leceh betul guna masker kunyit tapi tengok hasil dia memang sangat puas hati.. tapi tak pernah try lagi yogurt with kunyit, Menarik juga ni..

    ReplyDelete
  8. Kedua2 bahan ni memang bagus untuk kulit. Kunyit tu bukan setakat untuk parut jerawat, tapi untuk mengecutkan jerawat aktif pun berkesan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu i kalau naik jerawat besar terus letak kunyit haha

      Delete
  9. Dulu selalu gak guna tepek kunyit tau.. memang bagus.. tapi lepas Laki tegur terus stop hahahahaa.. satu hal gak Sis ko, pi pakai time nak tidur, hangin lee laki bau kunyit hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa bae kalau nak tidoq suka pakai kayu manis pun kena marah jugak

      Delete
  10. thanks for sharing this great info about tumeric, i love the DIY facial masking idea the most, gonna try too. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  11. This looks absolutely effective! Thanks for sharing the natural skincare method.

    ReplyDelete
  12. Betul betul... Yogurt memang bagus for skin. Kekadang kita pun diy jer mask base bahan dari dapur. Natural selamat.

    ReplyDelete
  13. Wah thanks for the information, macam ok juga. Nanti sis pun nak try kat rumah.

    ReplyDelete
  14. saya ada masalah keloid kt atas belakang bahu ni. besar n banyak plak tu. nanti nak cubalah . thanks for sharing

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers