TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

SURAT RINDU BUAT BAPAK

Assalamualaikum semua


Hari ini genaplah 74 tahun, sekiranya ayah saya masih hidup. Posting ni khas buat ayah (saya panggil bapak) yang sangat saya rindui. Kata orang tua, anak perempuan biasanya rapat dengan bapak, begitulah saya masa bapak masih ada. Setiap hari mesti akan berhubung, mesti nak dengar suara, dengan mak saya tak pulak macam tu, sampailah bila Allah menjemput bapak untuk berehat, saya jadi kekok untuk call mak. Saya jarang cakap telefon dengan mak, kalau jumpa baru akan bersembang panjang dan sesi meluah perasaan pun bermula. haha

Kalau dulu, saat bapak masih ada, cukup cuak kalau battery handphone dah nazak, risau kalau bapak tak dapat call. Sebabnya pernah sekali tu handphone takda bateri, memang dah padam, so saya pun charge. Masa tu praktikal jadi saya dok menyewa seorang je di Kajang. Tiba-tiba bapak datang ketuk pintu rumah dalam keadaan cemas. 

'Angah, angah ada rumah tak? bukak pintu ni'

'Awat ni bapak? Mai sini malam-malam' Masa ni memang dah cuak. Bapak aku sakit ka apa kan

'Awat call tak dapat? Phone hang mana? Dari tadi call tak dapat?'

'La handphone mati, takdak bateri. Sorry takdan nak bagitau. Tu ha dok charge'

'Oh takpa la. Hang okay dak? Semua okay ka?'

'Ha, semua okay ja. takdak apa pun.'

'Kalau takdak apa, bapak balik dulu. apa-apa call nah'


Masa tu kan, saya rasa bersalah sangat sebab biarkan handphone tu takdak bateri. Bapak mai naik moto, mesti bawa moto laju sebab risau kan saya. Sejak dari tu memang serik nak biar handphone takdak bateri/tak ada line. Saya akan bagitau bapak siap-siap kalau bateri dah sikit, saya bagi no telefon kawan yang ada dengan saya masa tu. 

Bapak saya ni seorang yang funny, dia sentiasa hiburkan kami anak beranak. Walaupun bapak dengan mak bercerai masa saya 12 tahun, masa tu UPSR. Tapi saya tak pernah rasa kekurangan kasih sayang keduanya. Cuma dari kecik memang lebih rapat dengan bapak berbanding mak. Mak kan garang, bapak ni lebih cool. 

Sungguh, takda sehari atau sesaat pun saya tak rindukan bapak, sangat-sangat rindu. Saya masih simpan no bapak, walaupun orang lain yang guna sekarang. Kadang rasa nak call, nak cakap 'Kakngah rinduuuu sangat kat bapak' Tapi kang orang tu cakap gila pulak haha

 
Tak sangka ini Raya terakhir kita bapak.


Sapa la ambik gambaq gegaq ni, kenangan di masjid dengan bapak

Bapak kahwin semula dengan mak selepas 16 tahun bercerai. Panjang jodoh dengan mak dengan bapak, masing-masing tak kahwin lain, rupanya jodoh mereka masih kuat hingga akhir hayat bapak.

Saja saya tulis surat rindu ni, sebab saya rindu sangat dengan bapak saya. Kalau bosan boleh je skip, tapi tolong sedekahkan AL FATIHAH buat bapak saya ye. saya hargai pada semua yang mendoakan bapak saya. Hanya yang pernah melalui tahu betapa sakitnya menahan rindu pada yang telah tiada.

SURAT RINDU UNTUK BAPAK

Bapak, 

Kakngah ingat lagi masa kakngah tadika, kakngah merengek-rengek taknak pi tadika, bapak pujuk jugak, tapi kakngah dok nangis tak mau pi, last-last bapak bawak kakngah pi office. Bapak belikan kakngah sebungkus coklat, macam-macam jenis. Bukan main happy kakngah masa tu. Tapi bila balik rumah kakngah kena marah dengan mak. Haha Setiap pagi bapak akan hantar kakngah dengan dikwan pi sekolah. Balik kami akan jalan kaki ja sebab sekolah tu bukan jauh pun hehe Bila petang kakngah selalu tunggu bapak, sebab nak ikut bapak pi sunshine. Bapak pi untuk exercise, tapi kakngah mesti mintak coklat lah susu lah kesian bapak ada anak macam kakngah. 

Masa kecik-kecik, bapak selalu suruh cari uban,kakngah mesti la tolong sebab bapak bagi upah, sehelai uban bernilai RM1. Masa tu RM1 sangatlah besar, kakngah cabut 20 helai ja haha Sungguh bapak tak pernah kedekut dengan anak-anak. Kalau mintak RM2, bapak akan bagi RM5. Kakngah tak pernah fikir susahnya bapak nak cari duit masa tu. Sampailah kakngah dah besar pun, kalau kakngah mintak duit kat bapak, tak pernah bapak kata takdak duit. Maafkan kakngah bapak…. 

Bapak, 

Masa umur kakngah 12 tahun, bapak dah bercerai dengan mak, tapi kami anak-anak tak pernah tau apa punca perceraian tu sebab kami nampak mak dengan bapak baik ja. Walaupun masa tu bapak dah dok KL, dah berjauhan dengan kami semua di Penang, tapi kakngah tak pernah rasa jauh dengan bapak. Kasih sayang bapak masih sama macam dulu. Bila kakngah sambung belajar Diploma, bapak dengan mak sama-sama hantar kakngah masa pendaftaran. Masa tu kakngah mewah sangat dengan makanan. Setiap minggu bapak akan bawak stok makanan kering, macam-macam ada sampai kakngah bagi kat kawan-kawan. Bapak mesti tanya nak makan apa, dan akan bawak lebih untuk kawan-kawan sekali. Setiap minggu ada je, McDonalds lah, Nasi kandaq la, Lepas tu siap bagi duit lagi. Untungnya kakngah jadi anak bapak… 

Setiap hari kakngah rindukan panggilan telefon dari bapak. Bapak tak pernah miss telefon kakngah. Setiap hari bapak akan call sebab bapak tak suka mesej. Kadang tu bapak call just nak tanya kakngah kat mana je. Rindu sangat dengan bapak… 

Bapak, 

Cepatnya masa berlalu kan? Kakngah rasa macam baru semalam kak jaga bapak kat hospital. Kakngah tak pernah bayang yang kakngah akan jaga bapak kat hospital, sebab bapak sangat sihat, hari-hari exercise, bapak jaga makan, banyak makan sayur, herba dan ulam-ulaman. Ingat lagi bapak selalu minum air rebusan daun sup. Bapak kata sedap, tapi bila kakngah minum, pahit yakmat. Bapak memang champion kalau minum/makan herba yang pahit. 

Kakngah ingat lagi masa bapak sakit tu, kakngah cakap kat bos kakngah nak cuti, taktau berapa hari, kakngah akan cuti sampai bapak sembuh. Syukur kakngah dapat bos yang baik, Rob kata ‘U just take care of your father, do not worries, I’ll take care everything here’ 

Asalnya bapak hanya demam on off. Siang bapak sihat je, Bila lepas maghrib badan bapak akan jadi panas sangat. Ada sekali tu kakngah sendiri yang lap peluh dibelakang badan bapak, badan bapak panas sangat sehingga peluh tu dah macam air hangat, tuala yang kakngah guna untuk lap badan bapak pun jadi panas, macam rendam dalam air suam. Bila ambulans datang ambik di rumah, bawak ke hospital, hospital kata tak sakit dan tak bagi warded. Masa tu hantar hospital Lam Wah Ee, hospital swasta di Penang. Lepas beberapa kali demam on off, akhirnya Bapak warded di hospital Balik Pulau. Kakngah yang bersama bapak masa ambulans bawa bapak ke Hospital Besar Pulau Pinang dari Hospital balik Pulau. Sedih hati kakngah bila tengok bapak menahan sakit, ambulans kan bawak laju habis semua lubang di langgarnya. Bergenang air mata kakngah dalam ambulans tu. Bapak di pindahkan ke hospital besar pada hari ke 5, masa ni bapak dah makin lemah, doktor kata ada jangkitan kuman di otak. Hari ke-6 bapak koma, bapak hanya minum susu je. 

Bapak tau tak, saat bapak lemah di katil hospital tu, kakngah sedih sangat-sangat. Anak mana yang tak sedih tengok bapak dia sakit kan? Tapi masa tu kakngah sungguh-sungguh doakan keajaiban Yang Maha Baik, kakngah nak melawak dengan bapak, macam dulu-dulu. Masa tu kakngah doa sangat bapak sembuh macam biasa. Tapi apalah kudrat kakngah sebagai hambaNYA, kakngah hanya mampu redha. 

Terima kasih bapak, melalui bapak kakngah dapat berkhidmat untuk yang terakhir kalinya. Kakngah tau bapak malu bila kakngah tukarkan lampin bapak, bersihkan najis semua. Tapi lebih baik kakngah yang buat dari nurse tengok aurat bapak kan. Masa bapak dah koma, hanya minum susu melalui tiub, masa tu dah hari ke 8/9, badan bapak dah tolak makanan, kakngah nampak tiub susu keluar darah, dan nurse tarik dan tukar tiub, masa tu nurse cakap bapak lansung dah tak boleh makan. Jujurnya kakngah nangis, siksanya bapak masa tu, kakngah sendiri tengok nurse dok tarik dan masukkan tiub tu, kakngah tau bapak sakit sangat, walaupun bapak tak boleh cakap sebab bapak dah koma, kakngah nangis sebab kakngah tak dapat nak bantu bapak masa tu. Kakngah tau bapak mesti lapar. Ya Allah ampunkan aku sebab biarkan bapak aku lapar dan dalam kesakitan. 

Doktor bagitau kat mak, ooksigen dalam badan bapak dah kurang sangat, and doktor nak cabur mesin oksigen tu. Perancangan doktor nak cabut pada 14/05/2015 namun perancangan Allah lebih baik, Pada hari ke-10 bersamaan 13 Mei 2015 jam 3.25 petang bapak menghembuskan nafas yang terakhir. Air mata kakngah masa tu mengalir sepanjang masa, bila tengok bapak dikafankan. Ramai yang ziarah bapak malam tu, termasuklah YB Rashid, masa tu YB sebagai Timbalan KM di Penang, Yb pun cakap bapak nampak tenang, tersenyum ja. Kakngah tau bapak gembira sebab bapak dah tak sakit lagi, bapak gembira dapat jumpa Maha Pencipta.Kakngah redha...sungguh.

Bapak, 

Alhamdulillah, kakngah dah berkahwin, dengan orang Perak. Kakngah tau bapak selalu doakan jodoh kakngah orang Brunei sebab kakngah yang suruh bapak doa macam tu hehe Kakngah tak pernah stress kakngah kahwin lewat, dulu-dulu kalau orang tanya kenapa kakngah tak kahwin lagi bapak mesti cakap, dia tunggu orang Brunei haha Bapak memang cool, backup anak sendiri tak perlu susah-susah kakngah nak jawab soalan makcik bawang. Terima kasih bapak sebab jadi bapak yang cool untuk kakngah. Sedih sebab bapak tak dapat walikan kakngah, sedangkan itulah impian terbesar kakngah. Takpalah semuanya pasti ada hikmah. Yang penting, salah satu doa bapak buat kakngah dah di makbulkan Allah.

Kakngah rindu nak berjemaah dengan bapak. Setiap kali bapak berdoa, suara bapak akan bergenang menahan tangis. kakngah kat saf belakang pun jadi sebak. Ingat lagi pesan bapak, selalu baca Al-quran, kalau tak reti, belajar! Teguran bapak selalunya pendek tapi ringkas. Kakngah akan ingat selalu pesan bapak tu.

Sungguh….kakngah rinduuuu sangat dengan bapak. InshaaAllah dah tak lama, nanti kita jumpa ya bapak. Berehatlah disisi Pencipta, kakngah sentiasa doakan bapak, Tak sabar nak jumpa bapak kat sana. 

Terima kasih Tuhan untuk 29 tahun yang kau pinjamkan.

Anakmu,
Kakngah


To my father, the man I love the most..Happy birthday 74y/o..Moga Allah ampunkan dosa-dosamu dan pelihara bapak di di akhirat..Allahumma aamiin. 
.
Sungguh kakngah rindu😢
.
Bapak tak boleh baca ucapan ni..tapi kawan2 boleh..mohon kawan-kawan hadiah Al-Fatihah utk MOHD ROSLAN BIN YAMAN..
.
Terima kasih..Moga Allah merahmati kita semua..Aamiin


#22101946-13052015
#howimissyourwarmhug

Comments

  1. LH nangis baca warkah kak bae ni 😭. Serius sedih. Tak pernah ada anak yang bersedia kehilangan ayah atau ibunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. membayangkan depa takdak pun, luluh hati ni.

      Delete
  2. Ayah saya pun dah tak ada beberapa tahun lepas. Tapi terasa seperti dia masih bersama kami. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin.

    ReplyDelete
  3. Akak buat saya nangis laaaa. Huwaaa. Rindu kat Abah saya juga. Hurmm kisah setiap keluarga berbeza. Apa berlaku di antara ibu bapa kita biar mereka laluinya while kita terus menghormati mereka berdua. Saya pun parent bercerai. Abah saya tunggu emak saya sampai akhir hayat dia. Moment anak pompuan dengan abah ni beza. Suara abah tu bila dengar memang best. Rileks cool je bg nasihat. Tanya khabar pun bleh buat kita nangis. Beza bila call mak. Semua nak cakap cepat. Sebab mak busy uruskan keluarga. Tak menang tangan. Hehehe. Sekarang dah jd mak, baru faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sekarang bila bapak dah takdak slowly dah rapat dengan mak..bila kita jadi mak baru faham kenapa mak2 ni garang

      Delete
  4. Baca tajuk tu, Sis mulanya takut nak baca sebab takut sedih mengenangkan arwah Emak Sis yang baru pergi bulan lepas... serius jujur, maaf Sis tak baca.. cuma Sis doakan moga arwah Bapak Bae di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah sis lin. moga sis tabah. i feel u sis

      Delete
  5. Salam takziah..semoga arwah ayah sis berada di kalangan org yang beriman.. Sedihkan kalau memikirkan memori ttg org yg kita syg.. Alfatihah (dibaca)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. U make me cry bae😭😭😭tak dapat nk bayangkan Dan takut nk bayangkan😭😭allah semoga bae n keluarga Di satukan Di syurga. Allahuma aamiin

    ReplyDelete
  8. allahu ...faham sangat perasaan awak dik. Akak ni walaupun takder ayah sejak kecil tapi bila dah anggap ayah mertua cam ayah sendiri masa dia
    meninggal pun akak camni sampai buat warkah rindu buat abah...apapun kita yang masih hidip teruskan berdoa yang baik2 ...semoga bertemu kembali dinegeri abadi

    ReplyDelete
  9. Alfatihah, inshaaAllah Allahyarham ayah sis pasti disana punyai ank didunia seperti sis yang sentiasa ingt pdanya. Sy sgt terkesan dgn kata2 sis “ sgt sakit rindu pd yg tiada” . Allahu xsanggup sy nk hadapi bila tiba masanya nnt. Hopefully sy mampu bg yg terbaik pd mereka selgi mereka masih ada dan menjdi ank seperti sis yg sentiasa ingt pd mereka even sudah berpisah dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sakit merindu pada yang telah tiada..aamiin..terima kasih

      Delete
  10. Alfatihah, kasih seorang ayah memang tiada tandingan. Itulah kenangan yang tinggal buat ingatan untuk anak nye. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  11. Alfatihah buat arwah bapak sis. Sarah pun tak banyak kenangan dengan arwah ayah sebab last dia ada pun masa sarah tahun 6 hehe

    ReplyDelete
  12. Sedih baca artikel ni. Saya pasti akan rasa benda yang sama kalau membesar dengan adanya daddy.. Tapi apakah dayanya. Tak kesempatan merasa kasih sayang sorang insan yang bernama ayah ni.. Anyway, take care sis and selalu doakan untuk mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin..terima kasih...inshaaAllah selalu doakan

      Delete
  13. hey there, I don't know you, but I do know that you are a strong and amazing woman. stay that way!

    ReplyDelete
  14. Ya Allah tempatkan bapa akak dalam golongan orang beriman dan juga terus tempat di syurga sana aminnn. Ini kerana bapa akak telah mendidik akak menjadi seorang anak yang terbaik dan berbakti pada agama dan negara....

    ReplyDelete
  15. Allahu tak boleh bayangkan hilang orang tersayang. Hmmm. Takpe bae at least dapat merasa kasih sayang bapak. Ena dari lahir tak dapat pon. Tumpang kasih syg dengan atok je.

    ReplyDelete
  16. sedih sangat bila kehilangan org tersayang ni...i feel u..ayah meninggal bulan 5 hari tu...dah la pkp susah nak balik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers