CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Image
Assalamualaikum semua Trip hiking Gunung Angsi ni trip sebelum covid sebenarnya haha Baru ada masa nak bercerita kat sini. Gunung Angsi terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702ft atau 824 meter dari aras laut. Ia adalah gunung ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung ni memang antara gunung pilihan para pendaki sebab jaraknya yang tak jauh dari KL/Selangor Untuk hiking Gunung Angsi ada dua starting point. Korang boleh naik dari Bukit Putus atau Ulu Bendul. Trail dari Bukit Putus lebih pendek dan lebih mudah berbanding trail dari Ulu Bendul. Kebanyakkan hikers yang otai akan buat trans Angsi iaitu Ulu Bendul - Bukit Putus - Ulu Bendul, kiranya naik dari Ulu Bendul sampai ke peak, turun ke Bukit Putus, kemudian naik semula ke peak dan turun ke Ulu Bendul. Ia menjadi satu kepuasan untuk hikers kalau dapat buat Trans Angsi ni. Trip kali ni kami adalah training fitness untuk sebagai persediaan untuk hiking Gunung Tahan. kononnya nak buat Trans Angsi, tapi malam sebel

MY MCO BIRTHDAY 17 APRIL 2020

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO BAE ROSLAN 
HAPPY BIRTHDAY TO YOU😄😄

17 April 2020 menjadi sejarah, untuk pertama kalinya menyambut ulang tahun kelahiran berseorangan. Harini merupakan hari jadi saya, tapi dah rezeki hari jadi musim PKP, sambutlah seorang diri dirumah haha

Tapi, hidup ini pilihan, bahagia juga ada di tangan kita, jadi, I am celebrating my self to the fullest today. Saya masak pelbagai lauk, meraikan hari jadi, walaupun makan seorang diri. Saja la letak sini masak apa untuk seharian ni, supaya kemudian hari bolehlah di kenang, meraikan hari jadi musim Perintah Kawalan Pergerakan. Rare kan? haha

Apapun saya rasa sangatlah bersyukur, walaupun seorang diri di rumah, tahun ini, semua kesayangan memberi ucapan dan doa seawal pagi. Ceritanya malam tu tido awal dan tutup data internet, bila bangun pagi, semua yang tersayang wish, ada yang dah lama tak jumpa/text, ada yang saya tak expect dia akan ingat birthday, tapi dia menjadi antara yang awal wish birthday. Rasa bersyukur terharu dan rasa disayangi. Alhamdulillah for everyone around me and for everything, I am so blessed. 

Back to story, pagi tu, saya cuma goreng koey toew seafood. Saya sejenis makan berat untuk breakfast, paling leceh bila masuk hutan, pagi-pagi nak nasi, kawan-kawan hiking pun dah tau kalau saya masuk hutan, load biasanya lebih dari orang sebab sejenis tak boleh lapar dan tak boleh makan ringan-ringan.

Koey Teow Goreng Seafood
Disebabkan PKP, saya masih bekerja di rumah, jadi lepas masak breakfast tu masuk lah ke office kecil kat rumah tu, siapkan apa yang patut. Masih ada kurang lebih 30 eBook untuk di catalog. Mungkin ada yang belum tahu, saya bekerja sepenuh masa sebagai Librarian, jadinya musim PKP ni memang siapkan catalog eBook, Audiobook, dan all online resources untuk para pelajar.

Lepas zohor baru perut ni terasa lapar, jadi marilah masak untuk tengahri pula. Menu tengahari ni semua yang saya pertama kali masak. Musim PKP ni sangatlah mengasah bakat memasak, kebanyakkan resepi pertama kali cuba. Kiranya ada manfaat juga yang kita semua dapat dari PKP ni.

Menu untuk tengahari bagi meraikan birthday sendiri pada 17 April 2020

Nasi Minyak
Ayam Goreng Mamak
Acar Timun Masak
Dalca Sayur

Nanti saya akan buat entry resepi untuk semua menu-menu di atas, walaupun korang lagi pandai masak, takpa untuk rujukan anak cucu, nanti cucu cicit boleh rujuk blog maktok untuk cari resepi haha

Nasi minyak paling simple

Dalca Sayur

Acar Timun Masak

Ayam Goreng Mamak
Sebagai bonus menu harini, saya buat aiskrim malaysia tembikai. Kebetulan ada orang jual tembikai RM2/kg, terus whatsapp mintak delivery ke rumah. manis betul tembikai ni, Saa sebenarnya tak makan tembikai sebab tak suka biji-biji tu, tapi tembikai ni takda biji, memang sedap sangat, terus blend dan buat aiskrim, nanti-nanti boleh makan, dah la musim panas sekarang ni.

Aiskrim Malaysia BaeRoslan
Akhirnya, menu penutup untuk hari yang indah ini adalah manisan yang di order dari jualan online group taman ni. Saya order pavlova mini dan crepe cake. Suka sangat crepe cake ni, susah nak cari yang sedap. Alhamdulillah dapat yang sedap. Jangan tak percaya saya habiskan seorang crepe cake dan pavlova tu. Memang kau ni sejenis kuat makanlah Bae! haha

My favourite
Dan pabila malam menjelma, kawan-kawan hikers ajak video call, marilah kita bergosip bersama. Sebenarnya semua geng hiking dah gian nak hiking tu, dah takda arah masing-masing haha Bertabalah para outdoorians sekalian. Bersama kita membantu negara mencegah covid-19.


So basically, inilah cara saya menyambut ulang tahun kelahiran berseorangan di musim PKP. Ada ke ke #GengAries atau #AprilBabies kat sini? Kalau ada Happy Birthday koranggggg.. Terima kasih buat semua ucapan dan doa, stay safe everyone.

#mcoAloneLife 













Comments

  1. Happy belated day Bae..moga ceria selalu dan bahagia sentiasa..
    Uitt sedap mengancam gile paha ayam tu uittt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin. terima kasih kak lin. memang sedap kak lin, resepinya rasa macam kat kedai mamak hehe

      Delete
  2. Ya bae. Happy belated birthday for you.

    Semoga bae dipermudahkan segalanya urusan dan dimurahkan rezeki dari semua aspek

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir Bae, walaupun tengah PKP sempat lagi buat party thru vc ye. semoga panjang umur, murah rezeki & dipermudahkan urusan dunia akhirat. wow sedapnya makanan tu.. terliur kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..meh la nak makan, aiskrim tembikai ada lagi ni hehe

      Delete
  4. Happy Belated Birthday. Moga panjang umur dan murah rezeki. Aiskrim tembikai tu rare tapi kalau dapat makan time panas ni sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiinn terima kasih. sedap yakmat aiskrim tu musim2 panas ni

      Delete
  5. happy belated birthday bae... ammaaa pavlova tu saya mahu lah jugak.. saya pun favorite makan pavlova. semoga ceria selalu ok.. panjang umur dan di rahmati Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiinn.. terima kasih. pavlova dah habis haha

      Delete
  6. Selamat Hari Jadi.. rasanya ramai yg menyambut hari Jadi pada musim PKP ini.. apa pun rajinnya masak utk diri sendiri...nak tggu resepi Bae nanti.

    ReplyDelete
  7. happy birthday, bae. moga kekal bahagia dan sihat ye.
    nanti boleh la kembali hiking dgn geng.
    wajib la share resepi. bahan sama, mungkin cara tak sama. kita boleh share tips ke kan :)
    memasak ni kan subjektif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin terima kasih. musim pkp ni content blog memang penuh resepi je la haha

      Delete
  8. selamat hari jadi kamu :) belated lah kan. sehari je pun. hehe. apa pun, kita doakan awak dipermurahkan rezeki sentiasa, sihat walafiat, dan semoga yang baik-baik sahaja untuk kamu :)

    Aamiin.

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday! My sis pon dah gian nak hiking tu, nasib la week before pkp dia sempat hiking 2hari 1malam..haha..ni tengok dia x abes2 shopping barang hiking la pulak..kesian..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiking ni lepas pkp pun belum tentu boleh lagiiii sedihhh

      Delete
  10. Happy belated birthday. Apa pun hari jadi yang ke berapa ya? Semoga dilindungi Allah dan dimewahkan segala rezekinya. Aamiin Ya Allah.

    ReplyDelete
  11. Alamak bae! You boleh call I ma.... Your new friend too! I think this year my birthday also kat rumah je... kalau keluar sure kena lockup . Happy belated birthday! Stay safe!

    ReplyDelete
  12. Selamat hari lahir , semoga tercapailah impian yg diimpikan. Saya pun dah banyak kali juga sambut hari lahir secara berseorangan & mungkin juga kdg2 tak sambut. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin terima kasih. ni first time tapi happy je sebab dapat masak haha

      Delete
  13. Saya geng Aeries! Sedapnya lauk pauk, sis suka juga kuey teow. Btw selamat hari lahir dan berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  14. Happy belated vedday.. moga trs sukses,diberi kesihatan yg baik dan bahagia

    ReplyDelete
  15. Happy belated birthday bae . Sama la kita Aries baby. Birthday za 18. Sehari lepas awk je. Nk wtcmne kan PKP kena sambut umh je. Nnt tuntutlah celebration lps pkp tau .hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih #GengAries and happy belated birthday to you too

      Delete
  16. Happy birthday bae.. Allahu, sorang2 ke.. Takpe nasib ade video call kan.. Semoga pnajang umur, dimurahkan rezeki. Mental kjat ya pkp ni. Sedapnya crepe cake tu. .lama tak makan

    ReplyDelete
  17. happy belated brithday sis. sedap2nya, saya paling teruja tengok crepe cake tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. memang dah lama teringin crepe cake tu

      Delete
  18. Hapoy Birthday sayang😍😍rugilah sambut birthday time PKP ni... haaa.. klu duk dgn family mmg seronok blh sambut birthday kan? Tabahkan hati. Love you🍰🎁

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas PKP nak tuntut balik hahahahaah terima kasih kak limah

      Delete
  19. Wow!! Sambut birthday sorang-sorang pun meriahhh dengan pelbagai juadah... macam-macam ada. Rajin sangat2. Apa pun selamat hari lahir buat bae roslan.. semoga panjang umur, murah rezeki.

    ReplyDelete
  20. Happy birthday to you hopefully all your wishes will come true. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers