Posts

Showing posts from January, 2020

EARTH HOME PRODUK RUMAH YANG WAJIB KORANG ADA

Image
Assalamualaikum semua Serangga adalah penyebab utama penyakit dan ketidakselesaan di seluruh dunia. Penyakit yang disebabkan oleh serangga, seperti malaria, boleh menghalang perkembangan ekonomi dan sosial negara. Ini terutama berlaku di kawasan tropika dan sub-tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia. Contohnya penyakit Malaria lebih daripada 300 juta kes setiap tahun dan beberapa juta kematian, yang disebabkan oleh nyamuk Anopheles. Denggi berdarah pun berjuta-juta kes ada yang sehingga menyebabkan kematian disebabkan oleh nyamuk Aedes. Dan banyak penyakit bakteria, virus dan parasit, seperti kolera, disentri, kepialu, kusta, poliomielitis, hepatitis berjangkit, cirit-birit, jangkitan helminthik, dan sindrom hospital yang disebut dipercayai disebarkan secara mekanik oleh lalat, lipas dan perosak lain. Selain daripada risiko digigit serangga, alergi yang berkaitan dengan lipas dan serangan tungau debu rumah juga bahaya untuk kesihatan. Sebuah rumah pasti tak lengkap kalau tak a

AYAM GEPREK VIRAL @KL TRADERS SQUARE

Image
Salam korang.. maaflah dah lama tak menulis akibat kekangan waktu dengan tugasan hakiki. Lapar tak tengok gambar makanan kat atas tu? Kali ni saya nak share satu menu yang viral iaitu Ayam Geprek. Saya berkesempatan untuk rasa ayam geprek di Kampung Station yang terletak di KL Traders Square. KL Traders Square ni baru di buka dan kat sini berjenis kedai beli belah dan kedai makan termasuk lah kedai Eco RM2. Parking agak susah tapi inshaaAllah ada je.  Kampung Station ni baru je dibuka pada September 2019 kira baru kurang lebih 5 bulan di buka, dan menu viral di Kampung Station adalah ayam geprek!!!! Kira best selling di kedai ni. Harga pun sangat lah berpatutan, hanya RM7.50 je, korang akan di hidangkan dengan nasi putih, ayam goreng, sambal, tempe dan tauhu goreng serta ulam-ulaman seperti salad, timun dan kobis. Haaa dan juga sup kosong. Ayam Geprek ni lebih kurang macam ayam penyet cuma bezanya adalah pada sambal. Pada saya sambalnya t