CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Image
Assalamualaikum semua Trip hiking Gunung Angsi ni trip sebelum covid sebenarnya haha Baru ada masa nak bercerita kat sini. Gunung Angsi terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702ft atau 824 meter dari aras laut. Ia adalah gunung ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung ni memang antara gunung pilihan para pendaki sebab jaraknya yang tak jauh dari KL/Selangor Untuk hiking Gunung Angsi ada dua starting point. Korang boleh naik dari Bukit Putus atau Ulu Bendul. Trail dari Bukit Putus lebih pendek dan lebih mudah berbanding trail dari Ulu Bendul. Kebanyakkan hikers yang otai akan buat trans Angsi iaitu Ulu Bendul - Bukit Putus - Ulu Bendul, kiranya naik dari Ulu Bendul sampai ke peak, turun ke Bukit Putus, kemudian naik semula ke peak dan turun ke Ulu Bendul. Ia menjadi satu kepuasan untuk hikers kalau dapat buat Trans Angsi ni. Trip kali ni kami adalah training fitness untuk sebagai persediaan untuk hiking Gunung Tahan. kononnya nak buat Trans Angsi, tapi malam sebel

NUKILANBAE - TERSUNGKUR SENDIRIAN


Aku..
Tenggelam Dalam Lautan Asmaramu,
Walau Ku Tahu,
Geloramu Tak Bertuju,
Bodohkah Aku?

Kau..
Hadir Lembut Menikam,
Meninggalkan Bayang,
Sukmaku Turut Menghilang. 

Dia..
Ikhlas Menyapa,
Menjauh Derita,
Namun Masih Tak Bertakhta.

Aku, Masih Disini..
Persimpangan Berantakan,
Tak Punya Haluan,
Penuh Ketamakan,
Akhirnya Tersungkur,
Sendirian.

bae30082019

Puisi adalah nukilan hati yang saya coretkan untuk diri sendiri, hamparan kisah kehidupan yang penuh suka duka. Lain orang lain caranya mengekspresikan rasa hati dan melalui puisi, inilah cara hati saya menjerit menceritakan kisah hati.

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Comments

  1. Sama Sis, kadang hati ni tak keruan, suka menulis puisi tapi bukan di blog public tu, suka menulis di diari..buhsan-buhsan baca balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada manuskrip puisi, tapi takda publish semua kat sini. hehe

      Delete
  2. mcm2 cara org meluahkan isi hati bagi mengurangkan stress dlm kehidupan..pandai sis berpuisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati rasa lega bila dapat nukilkan sebuah puisi

      Delete
  3. Luahkan lah isi hati dalam medium apa sekalipun. Lega rasa hati bila dah meluahkan. Kalau simpan dalam hati rasa tak keruan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul hati rasa lega bila dapat tulis puisi

      Delete
  4. Tak ramai yang boleh menulis puisi. Mana tau boleh buat lirik lagu pula ni nanti. It is a good way to express your feeling inside.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah..lirik lagu ritmanya lain, kena belajar dulu hehe

      Delete
  5. pandai kamu melontarkan kata isi hati dengan cara begini. tak semua orang punya bakat semulajadi sebegini. dan hanya yang pernah merasa sakitnya, kecewanya akan tahu betapa dalam maksudnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkadang puisi ini dinukilkan pada waktu kejadian, jadi bila baca balik ingatlah kenangan suka duka yang pernah terjadi

      Delete
  6. This is nice . But I am not good at writing those pantun ke puisi, but you did it well! Nice one!

    ReplyDelete
  7. Puisi ni bole dihantar ke syarikat rakamam utk jd lirik lagu tau.. memarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. camna nak hantar tu kak? bagi tips sikit hehe

      Delete
  8. sungguh puitis. nice words used.
    yes. lain org, lain gaya meluahkan perasaan suka, duka...
    cara lagu... cara filem... bersajak... bershair.
    tak mudah nak jadi puitis. nak buat pembaca masuk dlm kata-kata kita tu.
    pemilihan perkataan yg berbunga. aida sgt suka fetri yahya tu. he is so good in this puitis thing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. fetdri yahya tu guna bahasa tinggi. sastera. bae belum level tu.

      Delete
  9. Rajin tls puisi suka baca. Kak dulu pun rajin tls puisi utk suka2. Teruskan menulis

    ReplyDelete
  10. Wah terbaikla. .Sedap di baca. .Kalau ni situasi awak, jangn putus asa, jangan lemah semnagt.. Kene kuat..kene bangkit. Makan kuih bangkit.. Eh. Heheh

    ReplyDelete
  11. Sedapnya puisi.. Puitis sangat. Tapi betul tu. Lain orang lain cara meluahkan rasa yang ada di dalam hati kan. Macam saya tak pandai sangat bab ni. Lebih suka tulis diari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Allah sentiasa ilhamkan untuk tulis puisi

      Delete
  12. Rawlins pun suka menulis sebegini di kala hati tak keruan atau jiwa kacau. Time sekolah dulu suka buat cerpen - BI and BM dan tiap tahun akan masuk buku tahunan hehehe

    ReplyDelete
  13. kadang2 kita mmg perlu menulis utk luahkan...satu perkara yang boleh kita boleh expresi apa yang rasa di hati

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak tulis puisi gini. Dulu rajin. Kalau Qis tulis kadang nangis bila baca balik. Heheh teruskanlah menulis ok. Takpe sekali sekala lepaskan apa yang terbuku dihati

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers