APA PERLU BUAT SETELAH KEMASKINI APLIKASI MY SEJAHTERA UNTUK PENDAFTARAN VAKSIN COVID 19

Image
Assalamualaikum semua Harini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang lebih dikenali sebagai Abah Din menerima suntikan pertama Vaksin Covid 19 Pfizer-BioNTech menjadikan beliau rakyat pertama menerika suntikan itu. Kita sebagai rakyat Malaysia, sudahkah kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan mendaftar menerima vaksin? Kredit gambar : Berita Harian Untuk menerimna vaksin covid 19 korang perlu mengemaskini aplikasi my sejahtera di telefon pintar korang. Hanya dengan 10 langkah mudah, pengguna aplikasi my sejahtera boleh membuat permohonan vaksin covid 19. Saya sediakan 10 langkah mudah untuk pengguna Android. LANGKAH 1 Langkah pertama buka aplikasi My Sejahtera korang kemudian tekan butang "CLOSE" dibahagian atas sebelah kanan. Kemudian satu tetingkap kemaskini "UPDATE" muncul pada screen. Tekan butang UPDATE. LANGKAH 2 Setelah proses kemaskini "UPDATE" selesai. ulang langkah satu (1) kemudian ikon "Covid-19 Vaccination&quo

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE



Trans Naning merupakan trip hiking yang menjadi idaman para hikers.


Pendaki akan melalui 7 puncak gunung iaitu Gunung Datuk, Gunung Rembau, Gunung Gagak, 701,705, Tampin Utara dan Tampin Selatan. Trip trans naning ini adalah trip reverse, maksudnya pendakian akan bermula dari Tampin Selatan dan menamatkan pendakian di Gunung Datuk. 


Trans naning bukan trip untuk beginner kerana trip ini agak panjang dan trail yang turn naik dan keadaan pacak yang tiada diskaun hehe. Maksudnya trail pacak landai dan di setiap puncak, kira 1-2jam hanya untuk melalui trail yang pacak dan mencanak tu.


Trail jugak agak licin dan perlu melalui pokok-pokok duri serta pohon buluh. Trail Tran Naning agak mencabar, perlu merangkak, melalui balak, lereng gaung, dan melalui trail licin tanpa pohon yang boleh berpaut. Anda akan berjumpa dan beramah mesra dengan pacat di sepanjang perjalanan. Hanya di Gunung Datuk je yang takda pacat.


TIME LOG TRANS NANING

0415 : Starting point (Tiang 9)

0450 : Tampin selatan 35min

0520-0540 : Tampin utara 20minit. Berhenti untuk solat subuh

0615-0705 : Puncak 705 50minit

0720-0820 : Jeram waterpoint 1jam. Regroup

0910 : Jeram- Ultra 10minit

0920-1050 : Ultra-Puncak 701 1j30min

0110-0158 : Puncak 701-Gagak 48minit

0209-0243 : Gagak-simpang Y 32minit

Simpang Y-Rembau 20 minit (optional. Tapi kalau tak ke Puncak Rembau tak complete Trans Naning)

0315-0340 simpang Y-Datuk 25minit

0425-0530 Datuk-Starting point Datuk 1j5minit

Total 7.5 jam (Berdasarkan moderate pace)

TIPS UNTUK HIKERS

  • Pakai baju lengan panjang supaya tak luka kena duri.
  • Tudung hendaklah yang bersesuaian. Jangan pakai tudung kain satin, jika terkena duri, rosak tudung nanti.
  • Jangan pakai sandal, di nasihatkan pakai kasut yang bersesuaian untuk hiking. Jangan pakai kasut running sebab trail licin
  • Pakai stokin yang ketat dan panjang (stokin pemain bola) bagi mengelakkan pacat masuk.

Pendapat peribadi saya, trail Trans Naning adalah trail yang sesuai jika pendaki memilih untuk menadi trail yang panjang namun begitu sekiranya pendaki suka kan trail yang mencabar trail ini tidak begitu memberi cabaran yang besar. Ini kerana tahap ketinggian setiap gunung tidak begitu tinggi dan keadaan trail pacak landai merupakan trail yang biasa pendaki hadapi. Namun begitu jangan memandang enteng pada setiap trail. Walau apa keadaan sekalipun, pendaki seharusnya membuat persiapan yang rapi dari segi kelengkapan dan mental serta fizikal.

All the best pada yang bercadang nak mendaki Trans Naning. Antara trail yang menjadi trend dan kegemaran para pendaki.

Comments

  1. Negeri sembilan memang banyak tempat Nature yang boleh diterokai. Hari tu ada terbaca dekat blog lain, pasal tempat-tempat nature dekat negeri sembilan jugak. Best orang negeri sombilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. negeri Sembilan banyak gunung dan bukit, memang pujaan para hikers

      Delete
  2. Teringin nk mendaki TN nie. Ramai kata mencabar tp satu pendakian yg wajib utk penggemer hiking. Entah bila dpt pi pon xtahu lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau trans memng mencabar, tak sesuai untuk beginner, memang mencabar mental dan fizikal

      Delete
    2. Zharif Nak join ke TN, 29/8 saya g Sana

      Delete
    3. sekarang masih fasa berehat. enjoy your hiking. inshaaAllah next time kita ontrek sama ye

      Delete
  3. Hanya org yang kaki panjat gunung je yang bole melakukan trekjing macam ni... baru tahu adanya gunung2 begini si NS. #nokomen

    ReplyDelete
  4. Baru nak tanya bila hikingnya, kesahnya tengok date 2019 ek hahahaha...adeiii
    Gayat juga ek dah daki pastu jenguk atas tu kebawah, kalau Sis mau nak pitam gak hahahaha tak gayat tapi gayat jenis tengok macam gaung gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang gaung tu kat gunung datuk. memang kena panjat batu besar naik atas tu. silap langkah memang ke bawah huhu

      Delete
  5. Looks fun! Next time nak ajak together my kawan2 and daughter, they loves adventure!

    ReplyDelete
    Replies
    1. can try denai 3 puteri in damansara, ramai orang bawak their children's hiking there

      Delete
  6. Macam best je track dia, landai je kan. Sambil2 uji stamina elok disini. Nak masuk dalam wishlist lepas pkp

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak landai. trek memang rollercoaster. tang pacak 70/80 darjah pacaknya

      Delete
    2. Bestnye dpt Hiking kt situ...negeri sembilan mmg best lah

      Delete
  7. fuh. lap peluh juga baca kat sini. kena kuat semangat tengok laluan tu. boleh kot kalau memang hantu hiking. nak kena banyak senaman kalau macam ni. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trans naning memang kena training tak sesuai untuk beginner

      Delete
  8. dah lama tak hiking.. dulu time single mmg suka aktiviti lasak tapi sejak2 ada anak ni.. takde stamina dah.. kena keep fit balik lah.. tengok trail dia bahaya sikit kena hati2 la kan kalau nak hike sini... thanks for sharing

    ReplyDelete
  9. Kaki hiking memang akan jadikan trans naning trail salah satu tempat untuk diorang mendaki. Tempatnya tenang dan best kalau mendaki. Tempat kerja akak selau buat hiking kat gunung datuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul trans naning ni antara pujaan hikers

      Delete
  10. Rajinnya Bae gi hiking, tgk pun sgt mencabar nak lalui dan mendaki, kak yv pernah join nightwalk pun dah xlarat nk jln2 lalui denai dlm hutan. teruskan minat tu dlm usia masih muda

    ReplyDelete
  11. Wah. Rajinnya tracking. Rawlins bukan seorang yang gemarkan tracking tapi sekali sekala tu bolehlah - tapi kena pergi dengan geng yang best baru boleh tracking dengan enjoy kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kena ada geng yang best baru tak mental

      Delete
  12. Powernya hiking sampai ke sini. Tak pernah sampai lagi sebab takde geng nak ke sini... Nampak menarik dan challenging

    ReplyDelete
  13. Best hiking ni.lama giler tak buat..tunggu naak2 besar boleh hiking la..sambil peluh, sambil tengok pemandangan

    ReplyDelete
  14. Salam,
    Tahniah atas kejayaan menamatkan Trans Naning Reverse (entrance G.Tampin ke entrance G.Datuk). Maklumat2 yg diberikan mmg byk munafaat dan berguna utk cdgn nak hiking trans Naning N9 nanti.
    Dari pemerhatian saya, kalau mula 4.15AM dari G.Tampin dan tamat di G.Datuk pada 5.30PM maka jumlah keseluruhan masa adalah 13 JAM dan 15 MINIT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih sudi baca. saya totalkan jam hiking saja tu yang jadi kurang 8jam. lama sangat rehat di puncak 701 untuk regroup.

      Delete
  15. Saya dah lalui trans naning ni solo, mula 0830h g. datuk- 1715h bkt. tpn. trek & suasana hutan yg best. musim hujan pak pacat memang berpesta kenduri kat trek. betul pakaian panjang tangan-kaki sbb duri. air-makanan bawa. & saya sendiri bawa 2botol 1.5, 1botol 500ml 100+ & 1botol 500ml coke. saya jenis minum banyak tu yg bawa air byk walaupun ada air kat kem ultra tapi bila hujan air sg tu keruh tanah liat. jika musim hujan guna adidas kampung 6stat memang win. stokin dibasahkan dgn sabun 999 & bawa botol spray isi dettol. pak pacat naik kasut spray sekali trus pacat memgeletek lari. pacat yg tiba kat stokin pula trus keras sbb sabun 999 tadi. sabun 999 memang bawa setiap masa masa masuk hutan. nak solo kena studi dulu trek & mata, akal kena peka pada panduarah. laluan trek ni kena ambil permit jab hutan tapi saya guna permit rm5 g. datuk saja kalau2 ditahan renjer. kemudian naik grab (016 2123567 vincent) ke kaki datuk semula. jika tiba tpn malam/ramai org mr. vincent akan arrange keta tambahan dgn harga grab. (mcm promosi pula).

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabun 999 tu nak cari mana. bagus ni. next time boleh guna

      Delete
  16. Wah nampak macam hardcore jugak trail ni ya? Ngeri tengok gambar u meniti atas balak tu. Kalau i confirm dah tergolek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakau tak berani lalu balak, biasanya u bokeh meniti balak tu dengan duduk. ngesot sikit2

      Delete
  17. Saya akan ke naning 3/1 2020 InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. All the best. Kalau musim hujan bersedia nak hadap pacat hehe

      Delete
    2. Ultra ke 701 memang tak ada diskaun!

      Delete
    3. hahaha tapi layan kan trek dia..

      Delete

Post a comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN