Posts

Showing posts from June, 2019

TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK

Image
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain. Gambar Ariq ketika kecil. Sedari kecil dah menunjukkan minat terhadap bidang seni. Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan. Ariq bersama ayahnya Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan.  Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat s

ARIQ AZHAFI - LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN

Image
LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN Lirik lagu KITA by ARIQ AZHAFI Sinar pagi mengejutkanku Membataskan mimpiku Syukur pada Illahi Ku kan teruskan langkahku Demi masa depanku yang terbentang Demi dia, ibu ayah yang tercinta Tapi satu ketika Semuanya kan berlalu Tiba di persimpangan Dan ku abadikan kisah kau dan aku Moga suatu hari kita pasti bertemu Hari-hariku, diwarnakan olehmu Dan hilanglah segala sepiku Bahagia sungguh di hatiku Tawa riang kita Bersama jadikanlah Sebagai kenangan kita Lirik/lagu: Zaff Penerbit: BJ Production Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair. "KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA" merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga a

NUKILANBAE - BUNGA LAYU ITU

Image
Layunya bunga bukan untuk dibuang,  Tapi untuk dikenang,  Pernah ada yang sayang,  Bukan untuk di ratapi,  Tapi untuk diperbaiki,  Agar tak kecewa lagi,  Hidup ini hanya pementasan,  Bukan asbab riak luar batasan,  Tapi untuk utuhkan iman,  Kelak disana pasti nyaman.  bae@4062019 Bunga yang menjadi saksi akan kasih sayang yang pernah terbina. Biar ia layu dan mengering, tapi bukan kenangan kita. Kau adalah kenangan terindah yang tercipta. Moga kau baik-baik saja ❤️ DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Followers