PENGALAMAN GUNA PRODUK CETAPHIL BAGI KEMPEN #CETAPHILAMBASSADOR

Image
Assalamualaikum semua Penjagaan kulit yang paling asas adalah membersihkan dan mencuci muka untuk menghilangkan kotoran, peluh dan mekap pada lapisan luar kulit. Memilih pencuci muka yang terbaik bergantung pada kondisi kulit kita. Sebelum membuat pemilihan, adalah lebih baik kalau kita tau serba sedikit tentang kesan pelbagai tekstur dan bahan yang terdapat dalam pencuci muka/pencuci muka. Kalau kulit muka korang jenis kulit kering, cari pembersih yang tidak berbuih dan mempunyai agen penghidratan seperti asid hyaluronik atau ekstrak aloe vera. Untuk kulit muka kombinasi dan berjerawat, cari pembersih jenis gel dengan bahan seperti pengelupasan kimia seperti AHA dan BHA. Jika korang make-up, membersihkan wajah dengan cleanser jenis minyak (oil cleanser) adalah lebih berkesan untuk menanggalkan segala kotoran. Jenama Cetaphil, dipercayai oleh ramai orang yang mempunyai kulit sensitif dan bermasalah. Cetaphil ialah satu jenama yang menyasarkan produknya untuk kulit sensitif. Produk me

KEPULAUAN RIAU, LINGGA PULAU INDAH DI INDONESIA



Hari terakhir di Kepulauan Riau, Lingga hanya melakukan aktiviti santai memandangkan perjalanan ke Batam Terminal agak jauh dan mengambil masa yang panjang.

Pagi sebelum check out dari hotel Lingga Pesona, berdua bersama Nurul, kami jalan-jalan di sekitar Hotel. Dibelakang Hotel ini terdapat sungai yang amat indah dan permukaannya memantul seakan cermin. 

Terdapat rumah di sepanjang sungai Daik


Pemandangan dari atas jambatan kecil ini teramat indah. Kelihatan rumah-rumah di tepi sungai memberi gambaran kehidupan penduduk tempatan. Lihat sendiri keindahan disini pastinya hati akan terpaut.

Model Daik - Nurul @Anak Denasor

Kami melewati kedai-kedai runcit di sekitar dan sempat membeli ole-ole. Dan tak melepaskan peluang bergambar di sekitar kampung tersebut. Kami kemudiannya balik ke hotel untuk sarapan pagi di warung berdekatan dan terus ke Terminal Ulu Tenam.



Sepanjang di sini, hati benar-benar terpaut dengan keindahan flora dan fauna di sini. Begitu juga di Sungai Tenam, pemandangan sungai yang indah dengan langit yang cukup indah, sememangnya tempat terbaik untuk photoshoot. Bams, blogger dan photographer dari Batam tak melepaskan peluang mengambil gambar disini dan aku seharusnya tumpang sekaki haha.

Perjalanan dari Terminal ini ke Terminal Telaga Pungur mengambil masa 4jam. Jangan di tanya bagaimana keadaan dalam bot. Kemudiannya kami menaiki bas ke Batam Terminal dan singgah makan tengahari di Kedai Nasi Pandang Aisya. Sesampai di Terminal Batam, ada masa lebih kurang 1 jam sebelum depart ke Stulang Laut. Kami hanya shopping untuk habiskan sisa-sisa duit di Terminal ini. Terminal Batam ini adalah terminal antarabangsa, jadi, ianya bukan seperti terminal feri yang biasa. Ia sebuah terminal yang besar dan lengkap dengan segala kemudahan dan kedai duty free. Boleh shopping di sini tapi agak mahal harga disini berbanding di luar.

Jadual Kapal ke/dari Batam




Goodbye Batam

Kami sampai di Stulang Laut pukul 8.30pm waktu Malaysia dimana dari Batam Terminal ke Stulang Laut mengambil masa lebih 2 jam. Menyambung pula perjalanan ke Puchong selepas itu.

Kepenatan yang di rasai sepanjang berada di kepulauan riau Lingga ini berbaloi dengan pengalaman yang kami dapat di sana. Jika tanya aku, nak kembali ke Lingga? Jawapannya sudah pastilah YA! Kami hanya mengembara ke sebahagian kecil Lingga dan pasti kembali untuk keindahan pulau-pulau indah di sana suatu hari nanti. InshaaaAllah

Comments

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers