Ad Code

BREATHE BETTER - KEMPEN KESEDARAN HARI ASMA SEDUNIA DI 1MONT KIARA

Assalamualaikum semua

Di Malaysia, peningkatan pesakit asma dianggarkan daripada 6.4% kepada 9.4% dalam kalangan kanak-kanak berumur 6-7 tahun dan daripada 9% kepada 13% dalam kalangan kanak-kanak berumur 13-14 tahun. Melihat kepada peningkatan bilangan pesakit asma di Malaysia dam kepentingan untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan asma, Asthma Malaysia dan AstraZeneca, sekali lagi telah bekerjasama menganjurkan kempen awam ‘Breathe Better’ bertempat di 1 Mont Kiara pada 6-7 May 2023. Majlis ini telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menguruskan asma secara efektif dan ianya telah dirasmikan oleh Dr Helmy Haja Mydin, Perunding Perubatan Pernafasan, Dina Nadzir, Penyanyi Tempatan, Juruhebah Radio, Pelakon dan Penyampai Televisyen Malaysia, dan Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Negara dan Peneraju Kawasan Metabolisme Kardiovaskular, Perubatan Terapeutik Kawasan Asia, AstraZeneca.


Dengan tema Breathe Better (Kawal Asma Anda), kempen ini bertujuan untuk mendidik orang awam mengenai kepentingan penggunaan ubat terkawal dalam mengurus dan merawat gejala asma dalam jangka masa panjang, dan bukan hanya sekadar bergantung kepada ubat pelega.

Dr Helmy menerangkan tentang pengurusan asma

Dr. Helmy berkata, “Amat penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam bagaimana untuk menguruskan asma. Mendapatkan diagnosis awal adalah penting bagi mengelak serangan yang boleh melumpuhkan dan meletihkan. Langkah awal dan kawalan yang betul dengan ubat yang sesuai bukan sahaja dapat menghalang penyakit yang teruk, tetapi ianya mampu meningkatkan kualiti hidup seseorang. Kempen ini juga bertindak sebagai peluang bagi warga profesional dan individu yang mengidap asma untuk turut sama berkongsi pengalaman dan pandangan dengan tujuan untuk menambahbaik penjagaan dan pengurusan asma di Malaysia.”

Korang tahu tak, di Malaysia jumlah kematian akibat komplikasi asma setiap tahun adalah sekitar empat angka dengan kira-kira 1,700 kes dilaporkan pada 2014. Angka ini mungkin dianggap kecil jika dibandingkan dengan punca kematian yang lain, tetapi menurut pakar kebanyakan kes kematian disebabkan asma boleh dielakkan sekiranya rawatan awal dan teratur diberikan. Dengan penilaian klinikal yang bersesuaian, asma boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan teruk dan berdasarkan kepada keparahan/ketenatan, pesakit memerlukan jenis dan dos ubat berbeza bagi mengawal keadaan mereka.

Perkongsian daripada Dr. Ashwini

“Asma yang teruk biasanya memerlukan rawatan dan pengurusan perubatan sepanjang hayat. Ianya sukar untuk dirawat dan tempoh pemulihan daripada serangan asma yang teruk adalah berbeza berdasarkan situasi individu. Amat penting bahawa mendidik orang awam pengetahuan mengenai asma merupakan satu usaha berterusan tanpa henti.

Perasmian Hari Asma Sedunia 2023

Menurut Dr. Helmy, kesedaran orang awam terhadap perbezaan ketiga-tiga kategori masih rendah. Perlu diingatkan bahawa setiap peringkat memerlukan kaedah rawatan yang berbeza dalam pengurusan asma. Pesakit asma yang teruk memerlukan perhatian khas kerana mereka lebih mudah terdedah kepada serangan asma yang berulang walaupun mereka mahir dalam menggunakan penyedut dengan betul. Ini disebabkan beberapa faktor penyumbang kepada serangan yang teruk, seperti tahap kiraan darah putih yang sangat tinggi. Pesakit ini bukan sahaja mengalami gangguan tidur setiap hari tetapi aktiviti harian mereka juga boleh menjadi terbatas. Terdapat kebarangkalian tinggi bahawa mereka boleh menjadi terlalu bergantung kepada ubat-ubatan yang memberikan kelegaan segera seperti penyedut dan steroid oral setiap hari untuk jangka panjang namun ianya tidak digalakkan.


Pameran Hari Asma Sedunia

Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 yang diadakan di 1 Mont Kiara ini ada juga pameran yang memaparkan mesej pembelajaran utama berkaitan asma, bertindak sebagai platform untuk orang ramai lebih memahami dan memperoleh maklumat awal mengenai penyakit pernafasan selain itu ada juga permainan berasaskan pendidikan agar orang awam lebih memahami apa itu asma. 

Pertandingan mewarna dilansung sempena Hari Asma Sedunia. Fokus ye semua kanak-kanak

Turut diadakan sesi perkongsian asma oleh artis tempatan Dina, di samping reruai permainan yang interaktif dan pertandingan mewarna bagi peserta yang lebih muda. Majlis ini telah dihadiri hampir 500 pengunjung dalam tempoh dua hari.

Perkongsian dari Dina Nazir sebagai seorang pesakit asma. "Yang paling penting ibu bapa jangan panik bila anak diserang asma" antara nasihat Dina Nazir

Diharapkan kempen seperti ini diadakan secara berterusan agar dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam serta penjaga mereka yang menguruskan kondisi berkaitan. Dengan pengetahuan yang betul, asma masih boleh dikawal dan diurus agar dapat menjalani kehidupan yang sihat.


Sesi penyampaian hadiah
About Asthma Malaysia

Asthma Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk menjadi sumber yang boleh dipercayai tentang asma, untuk meningkatkan kesedaran terhadap piawaian penjagaan terbaik dan untuk memperkasakan pesakit dalam pengurusan asma mereka.

Asthma Malaysia berusaha untuk menjadi portal bagi penyakit asma yang terulung di Malaysia dengan harapan untuk memperkasakan pesakit dan menjadikan mereka lebih berpengatahuan. Mereka juga berhasrat untuk memastikan penjagaan asma di Malaysia standing dengan yang terbaik di dunia dengan harapan untuk mengurangkan penderitaan dan kematian yang dikaitkan dengannya. Selain menjadi sebuah pertubuhan yang terlibat secara proaktif dalam kempen penyelidikan dan promosi untuk meningkatkan kesedaran terhadap asma di Malaysia.

Haruslah sempat bergambar dengan Dina

#AsthmaMalaysia #1montkiara #WorldAsthmaDay #AsthmaAwareness #health #AsthmaCareForAll

Post a Comment

9 Comments

  1. Usaha yang sangat baik untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit asma dalam kalangan orang ramai, terutamanya kanak-kanak yang hadir.

    ReplyDelete
  2. betul.. esp kepada pesakit asma kena tahu cara nak kawal.. kempen yang baik dan bagus untuk masyarakat malaysia

    ReplyDelete
  3. I learnt so many info and tips about Asthma management and how to detect the symptoms too

    ReplyDelete
  4. Bagus awareness macam ni, my dad pun ada Asthma dan kena peka selalu cara-cara mengawal penyakit ni.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya ada kempen macam ni. Teringat anak saya kena semput aritu. Keep it up

    ReplyDelete
  6. Bagus ada kempen macam ni. Dapat membantu pesakit atau parents yang ada anak yang mengalami asthma supaya tak panik

    ReplyDelete
  7. Good to see this return ya! Memang annual events with great initiatives about spreading knowledge related to ashtma ye 🥰

    ReplyDelete
  8. ThankS for sharing this good awareness event , absolutely the public learnt much more about asthma. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  9. Program kesedaran kesihatan sempena Hari Asma Sedunia sangat penting untuk membantu meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang awam mengenai cara terbaik untuk mengawal dan mengendalikan kes asma dengan betul. Dengan adanya program seperti ini, kita semua dapat belajar dan memahami lebih lanjut tentang asma dan cara terbaik untuk mengurangkan risiko krisis asma. Semakin banyak informasi dan kesedaran yang disebarkan, semakin mudah bagi orang awam untuk mengenali simptom-simptom asma dan mengambil tindakan awal dengan segera. Bravo!

    ReplyDelete