Ad Code

SUNSCREEN YANG BOLEH BASUH DENGAN AIR? PEMILIHAN SUNSCREEN YANG SESUAI KETIKA HIKING - HANSAEGEE ALOE VERA SUNSCREEN

Assalamualaikum semua

Setiap kali hiking, korang sedia maklum yang saya memang akan minimalkan penggunaan skincare, sebab nak kurangkan load. Tapi kalau korang pernah baca posting saya, korang mesti tau 3 skincare yang wajib saya bawak, dan salah satunya adalah sunscreen! Semasa hiking, bukan sahaja kulit terdedah pada cahaya matahari, tetapi jugak faktor cuaca dan habuk juga dapat merosakkan kulit wajah kita tau. Penggunaan sunscreen adalah wajib, bukan hanya sewaktu hiking, setiap hari pun memang kena pakai sunscreen.

Puncak Bukit Kutu

Ada blog reader pernah tanya saya apa sunscreen yang sesuai untuk hiking? Haaa... meh sini nak share, sunscreen terbaik yang memang wajib saya bawak setiap kali hiking. Bukan tak boleh ye pakai sunscreen yang ada di kebanyakkan drug store, masa hiking ni kulit kita bukan saja terdedah matahari, tapi juga berpeluh dan faktor di dalam hutan yang pelbagai akan membuatkan tindakbalas sesetengah sunscreen jadi tak sesuai untuk kita guna pada kulit. Jadinya kulit mungkin akan lebih berminyak, bercapuk atau lebih teruk lagi liang pori boleh tersumbat tau.


KENAPA KENA PAKAI SUNSCREEN?

Ramai antara kita tahu yang kulit kita ni memerlukan pelindungan matahari, iaitu sunscreen, tapi tak ramai yang tahu kenapa. Okay, kalau korang nak tau, sinaran matahari tu ada cahaya UV yang dapat rosakkan DNA pada sel kulit kita. Sebab tu lah, pentingnya penggunaan sunscreen ni, ia bukan hanya melindungi kulit dari sinaran UV, tetapi juga dapat melindungi kulit dari bintik matahari yang terbentuk pada lapisan dermis kita tau. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai lapisan perlindungan tambahan daripada kulit terbakar akibat terdedah pada cahaya matahari. 


Saya memang in love sangat dengan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni. Kalau tak hiking, biasanya saya akan travel, jadi pemilihan sunscreen haruslah sunsceen terbaik yang mengandungi SPF50 PA+ agar kulit saya kekal sihat. Lebih tinggi SPF lebih lama kita dilindungi dari sinaran UVB, dan sunscreen SPF50 PA+ juga dapat melindungi kulit kita lebih 98% daripada sinaran UVB. Aloe Vera Sunscreen ni ada beberapa ekstrak tumbuhan seperti Centella Asiatica, Morus Alba Bark dan Orkid. Ektrak-ekstrak tumbuhan ni dapat melegakan kerengsaan kulit akibat debu/habuk halus bila saya ada dalam hutan. Sebelum ni saya pun tak ambil berat tentang ni dalam pemilihan sunscreen, tapi percayalah korang akan rasa perbezaannya bila dah guna Hansaegee Aloe Vera Sunscreen ni.

ALOE VERA SUNSCREEN TIDAK BERMINYAK

Sunscreen tidak berminyak

Kulit saya pula jenis kombinasi, so memang akan cepat berminyak di zon T, bila beraktivisi lasak, kulit akan lebih berminyak dari biasa. Ekstrak aloe vera dalam sunscreen Hansaegee Nature dapat melembapkan kulit, jadi kulit pun kurang berminyak. Bila kita melakukan aktiviti lasak, dah pasti la kita berpeluh kan, kulit muka pun memang akan berminyak. Tapi kan, sejak saya pakai Aloe  Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni, serius weh kulit  tak berminyak tau. Sebab tu saya kata sunscreen ni tak berminyak, takda la kita rasa melekit je bila apply kat kulit wajah tu. Korang tengok perbezaan wajah saya sebelum dan selepas, boleh nampak kulit muka nampak lebih lembap dan tak berminyak kan?

Gambar sebelum : Kulit berminyak di zon T
Gambar selepas : Kulit lebih lembap dan tak berminyak, nampak macam pakai bedak je, tapi tak ye, memang sunscreen sahaja.


Saya suka tekstur sunscreen ni, sebab sangat ringan, lembap dan tak berminyak, jadi bila kita apply pada kulit, ia lebih mudah meresap dan tak melekit. Saya pernah pakai satu brand ni, kulit jadi berminyak, dan dah tentulah tak selesa, bila pakai bedak pun dah nampak bercapuk sebab sunscreen tak sesuai, dah la muka pun jenis berminyak pada zon T. Korang tau kan, sunscreen yang jenis berminyak akan membuatkan pori korang tersumbat dan menjadi penyebab munculnya jerawat. Kalau kulit wajah korang mempunyai pori terbuka, penggunaan sunscreen jenis berminyak akan menyumbat pori tau. Sebab tu saya suka menggunakan Aloe Vera Sunscreen ni, ia jenis yang tidak berminyak dan semestinya tidak akan menyebabkan pori tersumbat. 

KRIM SIANG TERBAIK - SPF YANG BAGUS UNTUK WAJAH

Aloe Vera sunscreen dari Hansaegee Nature ini bukan sahaja tinggi SPF, tetapi ada fungsi untuk melembapkan kulit kita, kira 2 dalam 1, melindungi dan melembapkan kulit wajah. Jadinya, ia bukan sekadar sunscreen SPF50 yang bagus untuk wajah, malah dapat menggantikan krim siang. Aloe Vera juga sangat terkenal dalam pembuatan kosmetik dan terbukti banyak manfaat pada kulit seperti:

>> Merawat kulit sunburn, melembapkan kulit dan bersifat penyembuh pada pelbagai masalah kulit

>> Merangsang kerja sistem imun anda untuk membaiki kulit yang rosak.

>> Menggalakkan pembinaan semula lapisan kulit baru

>> Aloe Vera adalah pH yang sama dengan kulit kita, ia membolehkan gel aloe vera menyerap dan menembusi kulit anda dengan cepat dan mendalam

>> Kaya dengan Antioksidan, vitamin C & E yang mana banyak manfaat untuk anti penuaan


Memang banyak sunscreen yang kita boleh pilih di pasaran, tapi kalau korang jenis selalu terdedah pada cahaya matahari, ada beberapa perkara yang korang perlu titikberatkan. Antaranya adalah SPF, semakin tinggi kadungan SPF dalam sunscreen, semakin tinggi juga ia dapat membantu melindungi kulit kita dari sinaran UVB. Kalau korang jenis yang aktif bersukan tak kiralah hiking atau apapun dan memang selalu terdedah pada matahari, kira jenis outdoor people la kan, Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen adalah yang terbaik untuk korang kerana ia mengandungi SPF50 PA++ yang mana boleh melindungi kulit daripada 98% sinaran UVB. Selain daripada ekstrak tumbuhan yang kita semua sedia maklum banyak khasiatnya pada kulit kita, Aloe Vera Suncreen ini juga mengandungi Sodium Hyaluronic, Gliserin, & Allantoin yang dapat memebantu melindungi kulit wajah. Jika kita boleh pilih sunscreen yang juga dapat dijadikan krim siang terbaik, kenapa tidak kan?

SUNSCREEN YANG BOLEH BASUH DENGAN AIR

Antara perkara penting untuk saya dalam pemilihan sunscreen adalah sunscreen tu mestilah jenis yang mudah dibasuh. Bukan apa, bila hiking ni, waktu untuk kita solat tak lama tau, sebab dalam hutan tu ada cut of time, maknanya kita kena sampai ke destinasi ikut masa yang diaturkan oleh guide. Jadi tak banyak masa untuk cleansing oil atau double cleansing, tapi jangan risau, bila guna Aloe Vera Sunscreen ni boleh basuh dengan air je, so sangat lah mudah. 

Kalau korang travel pun sama, kita kena ikut itinerary kan, ada masa terkejar-kejar jugak untuk solat ke apa, ha senang je bila pakai sunscreen ni, tak risau dah, InshaaAllah bersih wajah kita walaupun hanya basuh dengan air je. Lagipun sangat mudah nak re-apply tau, ni pengalaman sendiri la, saya akan basuh dulu muka dengan air je, lepas tu saya sapu semula pada kulit wajah, terus berseri-seri, hilang terus muka berminyak tu haha

Meja kerja saya memang betul-betul menghadap dinding berkaca, penggunaan sunscreen yang bagus adalah wajib bagi melindungi kulit wajah dari sinaran UVB.

Sunscreen ni memang sangat membantu, bukan hanya untuk hiking atau masa saya travel je, tapi setiap hari saya wajib pakai sebab keadaan pejabat saya yang jenis dinding berkaca. Sinaran cahaya matahari tu memang direct masuk ke dalam pejabat. Kiranya seharian berjemur dengan matahari haha Tapi saya tak risau sebab ada sunscreen Hansaegee Nature, ada SPF50, ia dapat melindungi kulit wajah sekaligus melembapkan. Nak basuh pun senang, itu yang penting ye, lagipun waktu solat semasa bekerja pun agak terhad, memang tak ada masa nak cuci dengan make-up remover. Bagusnya sunscreen boleh basuh dengan air je, sangat mudah dan hemat waktu, nak re-apply pun senang. Nak solat pun rasa lebih tenang sebab tak perlu guna cleanser pun, boleh basuh dengan air je dah bersih. 


Gambar atas ni korang boleh tengok sendiri betapa senangnya nak basuh sunscreen ni. Hanya menggunakan air biasa, memang mudah sangat nak basuh tau, gosok perlahan je, kulit memang akan bersih. Bila saya lap dengan tisu pu memang tak meninggalkan kesan. Nak solat pun lebih yakin kulit memang dicuci secara sempurna.

SUNSCREEN YANG TIDAK MENINGGALKAN  WHITE CAST

Gambar saya di pejabat, re-apply selepas solat. semua jenis kulit sesuai pakai sunscreen ni, boleh nampak kulit wajah saya lebih glowing dan cantik lebih penggunaan sunscreen

Kalau korang jenis kulit gelap macam saya, kena pilih sunscreen jenis NO WHITE CAST, sebab tu la saya memang in love sangat dengan sunsceeen ni. Saya juga jadikan sunscreen ni sebagai krim siang saya tau. Bila kita apply, muka tak nampak pucat ataupun nampak macam putih semacam je, kalau yang kulit gelap akan nampak macam kelabu je muka haha Aloe Vera Sunscreen ni tak ada warna, so bila kita sapu pada kulit, lebih cepat sebati dan meresap, kulit pun nampak natural je. Saya ni bukan jenis mekap tau, walaupun pi kerja setiap hari, saya memang hanya akan pakai sunscreen Hansaegee Nature je. Walaupun hanya menggunakan sunscreen, kulit dah nampak cantik, yang penting tak ada white cast dan natural glowing je. Takda la macam muka tak bersiap ke tempat kerja hehe 
Setiap kali saya hiking atau travel memang saya akan minimize kan barang yang saya bawak, Aloe Vera Sunscreen ni kira 2 dalam 1, saya dapat jadikan krim siang terbaik saya dan juga kandungan SPF 50 PA+ ini sekaligus dapat melindungi kulit wajah. Jenis kulit sensitif sangat recommended untuk guna sunscreen yang bagus ni ye. Yang paling penting, sunscreen ni Bebas Alkohol, Bebas Paraben, Bebas Silikon, Bebas Sulfat, Bebas Alergen.

Korang mungkin korang rasa penggunaan sunscreen tak berapa penting sebab kulit sekarang macam okay je kan, korang hanya akan rasa kesannya bila dah meningkat usia nanti. Betapa bahayanya terdedah pada sinaran UV setiap hari. Penggunaan sunscreen ni bukan masa kita keluar rumah je, walaupun dalam rumah, tetap kena pakai, sebab tu kita kena pilih sunscreen yang teksturnya ringan. Sunscreen ni wajib dipakai setiap hari tanpa gagal, bila hari-hari kita pakai, pilihlah yang berkualiti, untuk kesihatan kulit kita sendiri.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari

🍁Brand: Hansaegee Nature





Post a Comment

14 Comments

  1. Meja kerja saya menghadap tingkap. Memghadap matahari petang pulak tu. Wajib pakai sunscreen walaupun dalam bilik. Nnt nak cuna hansaegee ni pula

    ReplyDelete
  2. Wowo new sunscreen with aloe kena try ni. thanks sharing nanti nak cari & try this . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. sunscreen hansegee ni nampak macam bagus, kalau saya ada aktiviti outdoor macam hiking, saya blh cuba ni. terima kasih

    ReplyDelete
  4. Bagus using sunscreen yang boleh dibersihkan dengan air sahaja

    ReplyDelete
  5. Jenama ni memang best kan. Ruby tak perlu basuh dah, berpeluh teruk. Nasib baik sunscreen ni best dan tak ada white cast.

    ReplyDelete
  6. nice one.. memang terbaik sunscreen ni

    ReplyDelete
  7. best juga sunscreen macam ni. Mudah nak pakai and tanggalkan.

    ReplyDelete
  8. sunscreen memang sgt penting. saya pun baru je amalkan penggunaan sunscreen, nnti boleh try jenama ni pulak :)

    ReplyDelete
  9. This is a nice sunscreen with aloe vera contains, good for skin from sun protection. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  10. This sunscreen is so lightweight and protective, I like it coz can easily be washed using water

    ReplyDelete
  11. i cant wait to use this sunscreen during my next hike!

    ReplyDelete
  12. Sunscreen ni luar dalam ofis kena pakai. Pergi beriadah lagi kena pakai.

    ReplyDelete
  13. antara brand fav.. sbb dia xmelekeit.. dah pakai seharian pun rasa selesa dan best jer hehehe

    ReplyDelete
  14. Rawlins pun terpengaruh dengan review Hansaegee nie. Dah la elok, takde whitecast.

    ReplyDelete