Ad Code

BAE'S LOVE LETTER I BAIT KATA YANG MEMBUNUH?

Assalamualaikum semua,

Selama beberapa tahun menjadi blogger, menulis pelbagai artikel dan kadangkala bermadah, saya lihat betapa penulisan mampu mempengaruhi yang membaca. Gabungan abjad yang menjadi kata dan ayat ini terkadang mampu menyembuhkan hati yang lelah, patah dan hancur. Begitu juga sebaliknya, kata-kata juga mampu menghancurkan hati yang rapuh. Sebab tu, walaupun hanya melalui penulisan, kita dianjurkan untuk berkata yang baik-baik, jujur dan berlemah lembut kerana ia mampu mempengaruhi watak seseorang secara positif dan negatif bergantung pada apa yang penulis bicarakan.

Saya nak ceritakan satu kisah supaya korang akan lebih faham, bagaimana melalui kata-kata ia mempengaruhi kehidupan seseorang.

Pada zaman dahulu, ada seorang raja, suatu malam, raja bermimpi yang kesemua giginya gugur. Dia jadi keliru dan panggil penilik mimpi untuk menafsirkan mimpi raja. Seorang tukang tilik masuk menghadap dan bagitau maksud disebalik mimpi tersebut "mimpi itu melambangkan kematian, kesemua gigi yang gugur itu melambangkan seluruh keluarganya akan mati". Dah tentu la raja murka dengan tafsiran tersebut, raja titahkan untuk dia diseksa. Raja jadi tak puas hati, so raja panggil penilik mimpi yang kedua, tukang mimpi yang kedua ni bagitau raja "Berita baik Tuanku, Tuanku akan hidup lebih lama dari semua ahli keluarga dan menjalankan kehidupan yang bahagia". Raja gembira dengar tafsiran tersebut, penilik tadi diberi hadiah permata yang mewah. Kesimpulannya, maksud mimpi tadi sama je sebenarnya, tapi cara penyampaian tu berbeza dan sangat mempengaruhi orang lain. Kata-kata tafsiran pertama lebih kasar, macam tak ada empati pada si raja, sedangkan tafsiran kedua lebih berhati-hati, ada rasa belas dan empati, untuk maklumkan seluruh keluarga raja akan mati.

Kenangan di Pulau Kapas, Terengganu (sekadar hiasan).
Biasanya ilham menulis, berpuitis datang bila saya travel, dengan view yang menenangkan.

Penulis ni ibaratnya macam seorang yang membawa pemberat, setiap kali nak membuang bebanan, tak seharusnya kita terus buang macam tu je, kena fikir juga apa akibatnya, mana tahu bagi efek negatif pada orang lain kan, atau lebih teruk lagi, ia secara tak lansung memberi impak negatif pada diri sendiri. Kata-kata ni ibarat makanan buat hati dan fikiran, sebab tu kita dianjurkan untuk diam daripada bercakap perkara yang tak elok. Begitu juga penulisan, kalau kita hanya nak menulis perkara yang tak baik, lebih baik lah dari tidak menulis, kan?

Kita semua sama ja, kadang kita rasa down, rasa sedih, beremosi tapi ia tak bermakna kita boleh downgrade diri sendiri. Jangan sesekali katakan pada diri sendiri hodoh, lemah, gagal, bodoh, dan lain-lain yang negatif. Jangan sabotaj diri dengan kata-kata yang negatif! Sebab kata-kata ni akan menjadi makanan pada hati dan fikiran kita, lambat laun diri kita akan mempercayai semua perkataan negatif ini adalah benar. And that is so wrong. Sentiasa ucapkan perkara yang baik untuk diri sendiri, jadikan ia makanan harian hati dan fikiran kita.

Keluarga dan kawan yang rapat tahu perangai saya yang satu ini, saya sentiasa memuji diri sendiri di depan siapa pun, saya cantik, saya bijak, saya kurus, saya bekerjaya, saya kaya, semua yang hebat-hebat ada pada seorang Bae. Sampai kawan dan keluarga kadang naik jemu nak dengar, haha But do I care? Not really, because I care myself more. Self love gittewww But trust me, bila kita sentiasa memberi bait kata yang positif untuk diri dan orang lain, ia akan mempengaruhi aura dalam diri kita, sebarkan aura positif untuk orang lain termasuklah pokok dan haiwan. Ya, korang tak salah baca. Saya selalu puji pokok-pokok yang saya tanam, dan bagi kata-kata semangat setiap kali saya siram pokok. Saya akan puji, "cantiknya awak, saya suka awak hijau, awak segar, saya sayang awak", tapi suprisingly saya rasa lebih fresh, lebih bertenaga, aura positif tu lebih baik bila dapat puji pokok yang saya tanam tu. Alhamdulillah.

Dan bilamana kita mula sabotaj diri dengan ungkapan yang negatif, ketahuilah ia adalah langkah pertama kamu membunuh dirimu sendiri, dan tak mustahil ia juga mampu membunuh orang lain yang membaca kata-kata negatif ni. Sebabnya kata-kata juga ibarat rumah, kita yang perlu buat pilihan rumah yang macam mana untuk kita diami. Kita nak rumah yang penuh rasa cinta dan bahagia atau rumah yang rapuh dan boleh roboh bila-bila masa saja?

Dunia moden kini, lagilah kita perlu untuk memilih apa yang kita baca, apa yang kita dengar, apa yang kita lihat kerana ia akan terlihat dari apa yang kita tulis dan apa yang kita ungkapkan. Jika kita sentiasa menulis atau ucapkan kata-kata yang negatif, boleh jadi itulah makanan hati dan fikiran kita seharian. Satu tips yang saya selalu lakukan adalah, saya pilih apa yang saya nak tengok dan baca di media sosial, jika saya rasa apa yang friendlist kongsikan tu tak memberi manfaat pada saya, unfollow button kan ada, as simply as that hahahahaha Tapi saya sememangnya jarang baca newsfeed, baik di Facebook, Intstagram, Tiktok, untuk jaga hati dan fikiran saya sendiri. Kalau ada yang kata "kenapa tak deactive je akaun, rehat sebentar dari media sosial?" Media sosial tak negatif ya, cuma kita ja yang perlu pandai pilih apa yang kita nak lalu di mata kita, so pada saya tak perlu sampai deactive akaun sosial media. Apa yang saya boleh buat adalah saya pilih apa yang saya nak baca, apa yang saya  nak tengok, apa yang saya nak dengar supaya saya juga tidak ungkapkan perkara yang tak baik juga.

Apapun, dalam hidup ni, ingat selalu, kita punya Tuhan yang Maha Menjaga, yang sentiasa rindu dan cinta, akan hambaNYA. Bermula hari ini, berhenti sabotaj diri dan mula memberi pujian sebagai makanan hati dan fikiran. Cuba korang buat setiap hari selama 40 hari, korang akan nampak perbezaannya.

Moga manfaat buat kamu dan aku,
Bae

Post a Comment

5 Comments

  1. ye betul tu. sebab itu la sentiasa berhati-hati dengan kata-kata sebab kadang kala ia boleh menjatuhkan semangat seseorang. Dah sebab kata-kata juga boleh menjadi satu dosa. nice sharing

    ReplyDelete
  2. betullll never sebotaj diri kita kata2 negatif.. just fokus diri dan maju ke hadapan

    ReplyDelete
  3. entah kenapa bila baca nukilan Bae kali ini rasa sedih pulak.. kata-kata memang ada yang semanis gula namun ada juga yang setajam pedang. Namun kata2 ini juga akan membentuk dan menjadikan kita lebih dewasa di kemudian hari..

    ReplyDelete
  4. Agree! we have to use the positive words to motivate and energize ourselves and others too

    ReplyDelete
  5. We all need more motivational & positive vibes, so try not to say words that hurt people feeling. That's doing good. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete