Ad Code

5 CIRI SUAMI NARSISTIK - KISAH SUAMI NARSISTIK DALAM DRAMA AKU TANPA CINTAMU FULL EPISOD

Assalamualaikum semua

Saya baru je habis mengkhatamkan drama Aku Tanpa Cintamu lakonan Zamarul Hisyam dan Bella Astilla. Korang ada tak tengok cerita ni? Siapa yang follow cerita ni, memang mengundang betul, sebab tu saya tak tengok masa drama ni berlansung, rasa macam tak boleh nak kawal emosi nak tunggu episod seterusnya tu haha

Tajuk drama : Aku Tanpa Cintamu
Bilangan episod : 15
Penerbit : Saiful Bahri Alias
Pengarah : Emi Suffian
Barisan pelakon : Zamarul Hisham (Adam), Bella Astillah (Nuha), Malek Mccrone (Hadi), Dato Sri Eizlan Yusof (Idris), Jiha Sham (Lydia) dan Khaty Azian (Sarah)

Sumber Google

SINOPSIS AKU TANPA CINTAMU

Drama ini mengisahkan Nuha, seorang remaja yang sangat bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pelakon. Nuha berjumpa dengan Adam, seorang pengarah terkenal. Adam merupakan seorang duda tanpa anak. Bila berkenalan dengan Nuha, diorang saling jatuh cinta. Nuha memang menepati citarasa Adam, seorang yang mudah dibentuk mendengar kata dan mudah dikawal. Adam berjaya meyakinkan Nuha untuk tidak menjadi pelakon dan berkahwin dengannya.

Walaupun pada mulanya tak direstui oleh keluarga Nuha, tapi being a teenagers, Nuha ni nak jugak kahwin dengan Adam sampai lari rumah bagai. Sudahnya bapak Nuha (Eizlan Yusuf) kahwinkan je lah diorang. Keluarga dah pujuk pun tak jalan, Nuha tetap nak berkahwin dengan Adam walaupun jarak umur diorang lebih 30 tahun. Adam ni kira sebaya la dengan bapak si Nuha ni.

Setelah berkahwin barulah Nuha tahu sifat sebenar Adam. Setiap hari bagaikan penjara buat Nuha namun dia terperangkap dalam rumahtangganya sendiri. Nuha pernah melarikan diri, tapi termakan pujukan Adam, jadi dia kembali ke sisi Adam. Akhirnya Nuha menebus talak dengan mengembalikan semula kepada Adam. Nuha berjaya melepaskan diri dari kehidupan suami narsistik.

APA ITU NARSISTIK

Ramai yang masih belum sedar narsistik ni sebenarnya merupakan salah satu gangguan personaliti dan ianya perlu dirawat. Seorang narsistik terkadang tak sedar yang dia seorang narsistik, sebab tu orang yang terdekat perlu bantu. Tapi sejujurnya tak mudah la nak bantu hehe

Narsistik ni adalah seseorang yang kagum dengan diri sendiri secara berlebihan, anggap diri hebat, hanya memikirkan kepentingan diri sehingga mengabaikan keperluan dan perasaan orang lain. Narsistik juga kurang empati pada orang lain dan tidak menerima kritikan lansung. Seorang narsis juga lebih suka mengawal sesuatu keadaan, dan mereka tidak memahami kesan tingkah laku mereka terhadap orang lain.

Kebanyakkan kita mesti rasa tak akan lah kita nak dekat dengan orang yang annoying macam ni? Tak mungkinlah kita akan jatuh hati dengan orang narsis. Jangan under estimate ye, sebab orang narsis ni sangat pandai dalam berkata-kata, sangat berkarisma dan kita tak nampak pun personaliti narsis. Personaliti tu hanya akan terungkap setelah kita jatuh ke dalam perangkap mereka.

Narsistik ni kebiasaannya berpunca dari didikan semasa kecik, sama ada dididik untuk terlalu bermegah dengan diri sendiri, kelakuan ini akan terbawa sehingga dewasa. Ataupun mereka melalui penderaan zaman kanak-kanak.

CIRI-CIRI NARSISTIK

Terdapat banyak ciri-ciri untuk kita mengenali seorang narsis, jom kita kenali ciri-ciri umum seorang narsistik.

1. Merasa diri penting dan istimewa

Mereka selalu merasa diri mereka istimewa dan penting dan mereka berhak mendapat layanan istimewa. Paling obvious adalah narsis ni nak orang sentiasa patuh pada dia.

2. Tingkah Laku Manipulatif

Satu lagi sifat biasa narsis ialah tingkah laku manipulatif atau mengawal. Narsis akan buat korang rasa selesa dengan dia, happy dan kita pun mungkin jatuh hati. Lepas dah jatuh hati baru lah dia akan manipulatif korang untuk utamakan kehendak/keperluan dia. Sampai satu tahap, narsis cenderung untuk eksploitasikan orang lain untuk dapat apa yang dia nak.

3. Perlu Kekaguman

Salah satu tanda yang paling biasa seorang narsisis ialah keperluan berterusan untuk pujian atau kekaguman. Kiranya mereka ni dahagakan pujian, as if bila di puji, di kagumi baru diorang akan rasa puas. 

4.. Kurang Empati

Kurang empati adalah satu lagi tanda narsis. Ciri ni adalah paling penting, sebab kurangnya empati tu la, dia akan torture mental korang sampai korang akan rasa diri tak berguna tanpa dia. 

5. Kesombongan

Orang narsisis juga mungkin akan berkasar jika mereka tidak mendapat layanan yang mereka fikir mereka patut dapat. Narsis kan merasa diri mereka istimewa, jadi mereka nak layanan yang istimewa jugak. Kita rasa mereka hanya seorang panas baran, tapi mungkin lebih ke arah narsis.

CARA MENGURUSKAN NARSISTIK

Dengan rawatan yang betul, seorang narsis mungkin akan dapat mengenali tingkah laku mereka dengan lebih baik, dan ini dapat membantu mereka meningkatkan nilai kehidupan ke arah lebih baik. Kebiasaannya narsis tidak mencari bantuan (yelah mereka kan merasa diri lebih baik dari orang lain), jadi galakan dari orang sekeliling sangat penting agar mereka mendapat bantuan profesional.

Kalau korang merasa korang menjalin hubungan dengan seorang narsis, cuba bantu dengan ajak jumpa pakar psikoterapi, tapi kalau dah rasa tak boleh handle tu, korang pun tahu apa perlu buat. Jangan stay dalam perhubungan narsis hanya sebab orang lain. Sayang diri sendiri, paling penting mental health kita tu ye, jangan sampai rasa diri tak berguna ke apa. That might be the worse. Just back off dari relationship tu, nothing wrong to love yourself.

Jika korang rasa korang ada ciri-ciri seorang narsis, cuba dapatkan bantuan. Bukan sesuatu yang mustahil, anggaplah korang buat untuk orang yang tersayang.

Harap posting ni memberi manfaat

Post a Comment

16 Comments

  1. Pernah tengok teaser sinopsis drama ni sikit haritu, memang scary sebab memang ada in real life. Tak boleh bayangkan lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyakkkkk in real life tu yang penulis buat drama ni, macam drama andai takdirnya, tu pun kisah benar

      Delete
  2. Takutnya dengan narsisistik nie. Maybe dalam tak sedar ada jua sifat itu dalam diri kita kan, minta dijauhkan

    ReplyDelete
  3. Narsistik baru firstime dengan tentang orang ada masalah ini. Minta jauh daripada masalah personaliti diri macam ni teruk juga dan bahaya juga kena rawat dengan cepat hehehe drama tu pun kita tak tonton sebab ada Zamarul tak suka di sangat hehehe...

    ReplyDelete
  4. Bagus juga cerita ni, some how or rather i feel that men do have this character only towards which extend

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha if still can control, should be okay i guess

      Delete
  5. memang sakit hati tgk drama ni.. jadi pengajaran terutama dalam memilih suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dan mungkin juga memberi kekuatan untuk mereka yang dah terperangkap

      Delete
  6. Ohh my...the sad storyline of this movie caught my heart to watch it, thanks for sharing this, else I will miss this drama. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. stay away from this kind of toxic traits ya

      Delete
  7. omg thanks for spreading the awareness about narcists, hopefully we can all stay away from people with such toxic traits!

    ReplyDelete
    Replies
    1. we should stay away, really, once u trap hard to find way out

      Delete
  8. Masa drama ni viral hari tu. Excited Zamarul Hisham kembali berlakon. Menjadi ye watak dia. Pastu Bella Astillah plak tu berlakon jadi isteri. Jarang tengok dia jadi lead drama. Tp tengok Datuk Seri Eizlan Yusof jafi bapa last last baru tolong. Puas hati aku. Hahaha. Narsistik teruk watak Zamarul Hisham tu. Rasa nak flying kick.

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram gak masa eizlan taknak tolong anak dia tu, macam eeeee tolong la anak kau tu.. nasib la hujung2 tolong jugak

      Delete