Ad Code

CARA APPLY PERMIT HIKING DI SELANGOR

Assalamualaikum semua

Aktiviti hiking kini merupakan aktiviti yang menjadi pilihan ramai anak muda kini. Bagus bersukan, tak kira lah apa pun sukan yang kita minat dan aktif. Apapun sukan, semestinya ada peraturannya, contohnya macam hiking, peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Hutan adalah permit. Sebelum ni saya pernah kongsikan cara apply permit di Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan untuk mendaki gunung-gunung di negeri sembilan seperti gunung angsi, datuk, berembun dan lain-lain.

Peraturan yang sama juga untuk Selangor, jika kita nak masuk Hutan Simpan Kekal (HSK) di Selangor, kita perlu apply permit. Tak seperti Negeri Sembilan, kita boleh apply secara online je, tapi untuk Selangor kita perlu ke Pejabat Hutan Daerah untuk mohon permit. Setiap permit dikenakan bayaran RM5 per individu.

SENARAI PEJABAT HUTAN DAERAH & KAWASAN HUTAN

Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang
Tingkat 2, Bangunan Pejabat-pejabat Kerajaan,
41000 Klang, Selangor
03-33716326
03-33714496

Kawasan Hutan Taman Negeri
>> Bukit Jugra

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah
Blok B, Tingkat 1,
Platinum Cheras, Jalan Zen 1,
43200 Cheras, Selangor
03-90814918
03-90815764

Kawasan Hutan Taman Negeri
>> Gunung Nuang via Pangsun
>> Air Terjun Sungai Lepoh
>> Air Terjun Ulu Perdik
>> Bukit Chenuang
>> Gunung Hitam
>> Gunung Ulu Beranang/ Tokwan
>> Air Terjun Sungai Pisang
>> Air Terjun Lubuk Tedung/ Sodea Jane
>> Bukit Kembara

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor
Jalan RP 4/1, Kompleks Kerajaan,
Rawang Perdana, 48000 Rawang
Selangor
03-60916131
03-60917533

Kawasan Hutan Taman Negeri
>> Bukit Choroco
>> Bukit Kutu
>> Air Terjun Lata Macau
>> Air Terjun Lata Medang
>> Air Terjun Setinggi
>> Gunung Ulu Semangkuk
>> Air Terjun Lubuk Kawah

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


CARA APPLY PERMIT HIKING DI SELANGOR

1. Korang perlu kenal pasti gunung/bukit yang korang nak hiking tu di kawasan hutan taman negeri daerah mana.

2. Print dan lengkapkan Borang Permohonan Permit

3. Korang boleh bawa borang ke Pejabat Hutan Daerah mengikut gunung/bukit, kawasan hutan seliaan pejabat daerah tersebut dan buat pembayaran.

Untuk kesemua permit yang dikeluarkan, setahu saya permit hanya dikeluarkan untuk 100 orang/minggu setiap kawasan hutan yang ditetapkan. Korang boleh rujuk Pejabat Hutan Daerah atau boleh hubungi webmaster untuk maklumat lanjut:

Webmaster Jabatan Perhutanan Negeri Selangor,
Seksyen Teknologi Maklumat,
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40660 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Tel : +603-55447507
Faks : +603-55119961

So, lepas ni kalau hiking korang jangan masuk secara haram tau, makesure apply dulu permit. Kalau kena tangkap dengan renjer hutan, kang kena saman kan lagi susah kena bayar penalti. Harap posting ni manfaat untuk korang.

Post a Comment

7 Comments

  1. Baru Ruby tahu ada permit untuk hiking. Nanti nak apply lah. Barulah takda rasa takut-takut kan nak mendaki. Rasa macam penceroboh pula. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. Bukan main panjat ye tak. Thanks so much for this info, kaki hiking perlu tau nie semua.

    ReplyDelete
  3. AM baru tahu rupanya nak hiking ini pun perlukan permit juga.. terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini..

    ReplyDelete
  4. Actually bagus juga wujudkan system permit ni kan, having better control and proper tracking juga kan! 👍🏻

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this information, just in time when i m planning for my next hiking trip with friends

    ReplyDelete
  6. Baru ku tahu. Bahaya tu siap penalti

    ReplyDelete
  7. Betul tu.. nak hiking seelok eloknya ada permit, kita masuk hutan org tahu, kalau ada emergency hilang org boleh cari

    ReplyDelete